Saturday, May 3, 2008

Threatened Abortion -30 April 2008-

Masuk hari ni, dah 4 hari kami tak bercakap. Takpa la kalau dia nak buat mcmtu, jom kita buat sama. Tugas-tugas harian dirumah tetap dijalankan. Masak, basuh baju semua chores macam biasa jugak, Cuma mulut diam membisu. Kakak la jadi pengantara.

Pagi ni pi klinik lah, darah koi banyak plak keluaq. Dah confuse, bleh solat ka dak nih? Semalam la paling dasyat, keluaq hitam-hitam mcm mula-mula period. Risau pun ada gak nih, dulu baca dlm forum sorang pempuan tu keluaq mcm tu jugak, then abortion. Insyaallah tak jadi macam tu… Ya ALLAh ya tuhanku, selamatkanlah anakku ini kalau betoi la pregnant…

Dr. scan terus perut, tak nampak sebab pundi kencing kosong. Ultrasound ni base on air, so, kalau air kurang, tak nampak la.
Keluar darah masa pregnant ni boleh jadi disebabkan dia tak kuat, so selalunya lepas ni akan keguguran lah, kebanyakan macam tu la. Tapi ada jugak kes yang keluar darah sampai bersalin.
Ayat last tu may be ditambah sebab dr. nampak sangnt kecuakanku bila ada perkataan ‘keguguran’.Dr. soh pi kencing nak buat pregnancy test. Alhamdulillah Nampak clear sangat line kedua tu.
Memang confirm pregnant. Maybe dia tak kuat sebab tu keluaq yang darah & hitam-hitam tu. Apa yg kita boleh buat, tunggu dulu bagi dia besaq sikit, baru Nampak bila scan. Insyaallah kalau ada rezeki dia dok diam-diam dalam tu. Lagi 2 mggu mai scan skali lg.
Tp kalau keluaq darah banyak mcm period tu memang gugur la.
Fisrt time ka gugur? Saya faham, memang kita rasa sayang sangat.
Dah nak menitik air mata ni, sedihnya jadi mcm ni. Ya Allah, selamatkanlah baby.

Dapat MC. Inform kat boss. Biasak la bila tak kerja dan-dan tu jugak ada kerja urgent suruh settle. Tak pasai-pasai kena kacau colleague tolong sama. Kat surat MC tulis
‘Threatened abortion’. Kena pi cari info nih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails