Tuesday, March 31, 2009

Adik The 30th Day

Diiringi TokMama, TokAbah & 2 budak nakal, kami berdua dikehendaki membuat check-up utk tempoh 1 bln. Klinik Kesihatan Sg Dua dituju. Suasana lengang hanya 4-5 patient yg ada. Tambahan dibahagian ibu & kanak-kanak hanya 1 org patient sedang diperiksa. Berbeda dgn keadaan di Poliklinik Shah Alam. Alangkah bahagianya jika suasana yg sama di sana. Utk bulan-bulan yg mendatang ditempat yg sesak disanalah yg bakal dikunjungi selepas ini.

Adik di catit kesemua perinciannya. Antaranya:
Berat : 3.1kg
Panjang/Tinggi: 48cm
Lilitan kepala: 36cm

Alhamdulillah, ini bermakna berat Adik telah bertambah 530gm dr berat lahirnya dahulu. Moga Adik akan membesar dgn sihat dan pintar. Insyaallah. Kulit Adik dikatakan agak kering kerana adanya ruam-ruam merah dimukanya. Nurse mencadangkan penggunaan losyen atau baby oil kepadanya. Kesian Adik, moga adik cepat sembuh nanti. Staff nurse yg sama ditemui semasa kunjungan bacaan kuning adik yg lalu. Charanjeet Kaur, akan diingat keramahan dan kejelitaannya. Walaupun badannya yg agak sasa dan besar, rupanya cantik dan manis sekali. Cara percakapan dan rupa ada iras maksu, badan pun ada jugak.

Berat ibu hari ini 85kg. Penurunan hanya sebanyak 6kg dr berat akhir semasa mengandung yakni 91.6kg. Very shocking!! Sangkaan penurunan 10kg rupanya meleset. Harus bekerja keras lg selepas ini. Tetapi kualiti & kuantiti susu Adik perlu lebih diutamakan. Ahh!! biarkan saja dulu, buat mana yg lebih penting. Ujian-ujian lain juga menunjukkan keadaan badan adalah normal, Alhamdulillah. Harap-harap abang tak memandang ke arah yg lain memandangkan isterinya yang lebih membesar bagai johan. Insyaallah cita-cita ke arah itu akan diusahakan kemudian.

Selesai urusan disitu, farmasi berdekatan dituju utk menambah stok Forlax yg kehabisan. Ini merupakan kotak yg ke-3. Benda penting nih. Dek kerana luka yg belum baik sepenuhnya, ubat tambahan luka diminta untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Barang-barang yg telah dikaut:-

i- Forlax RM22.00/box (lg murah dr Guardian, cehh)
ii- Baby SebaMed Liquid Cleanser RM18.00
iii- Puting botol RM1.50/unit (3 for Adik, 2 for Kakak)
iv- Savlon wash RM2.00/botle
v- Antibiotic cream RM4.50/unit
vi- Baby oil RM3.50/bottle

Selama sebulan Adik dimandikan tanpa sabun dikatakan kulit bayi masih sensitif. Sudah sedikit acemm baunya. SebaMed dipilih sebagai mandian pertama Adik kerna diketahui kebaikannya. SA disitu bertanya jika Adik mengalami Allergic, diiyakan saja. Sesuai sangatlah disebabkan kulit Adik yg banyak ruam yg kemerah-merahan. Baby oil dipilih atas nasihat nurse tadi. Moga kulit Adik cepat sembuh & senantiasa sihat


No comments:

Related Posts with Thumbnails