Monday, March 16, 2009

Another Date to Remember - 1 Mac 2009

1 Mac 2009

At home
9 pagi sedang leka main game kat laptop sis. Rasa contraction kerap sgt nih, mcm setengah jam sekali. Biaq sat dulu sejam lg dgn harapan akan hilang seperti biasa. After an hour still same. Hmmm..takkan nak beranak dah kot. Baik pi kencing utk lebih kepastian. Tgk2 ada keluar skali dgn DARAH. Hmmm...sah dah.

Then kejut my sis, "kakak rasa akan beranak hr ni la" sambil sengih2. Naik hairan plak dia, mcm tak caya, betoi ka kakak aku nih, nampak relax je. Well, understand her, sure dia ingat kalau org nak beranak akan terus sakit meraung2 mcm dlm tv tu. hehehe... "Ni adalah tanda2nya supaya kita bersedia dik". Pujuk my sis takyah balik kolej la hr ni, temankan kakak. Ponteng la sehr esok.

Hmm..dah makin kerap ni. contraction every 5-10 min. Call mama lah dulu bg semangat n nak minta maaf. Dah sms abg td mention contraction dah makin kerap. Still tak balik lg, for him same as 1st time. Masa kakak dulu abg manada sekali so no experiences. And I know he is so nervous.

Hospital Putrajaya
2.45pm tiba di sana, alamak dah full plak dan diberi option supaya ke Hosp Kajang or Hosp Serdang. Kami berdua blank tak tahu nak buat keputusan. Bila tanya abg dia pun tak tahu nak jwb apa. At last, mintak diorang cek dulu bukaan dah brapa, kalo still sikit maybe we go to Hosp Serdang.
Sorg lady ni hanya menunggu di ruang menunggu dr jam 8 pg td. AKu takmo la tggu camtu, baik pi tempat lain. Nak tggu kena cek pn ada la dekat sejam. Masuk & salin kain dtg seorg Dr. perempuan muda. Dr perbualannya dgn sorg lg Dr. lelaki hr ni 1st day trial dia. Harap2 ok la dia cek nnt. Selukannya agak menyakitkan, - 4 cm. Siap suruh another male Dr. to confirmkan. Dr ni buat tak sakit plak & he get 5 cm. Hmmm dah byk jugak bukaan. Sure tak lepas nak pi Hosp Serdang.

Lps confirm have to deliver here, beberapa prosedur dilakukan:-
i- Masuk drip - by the new Dr.
sekali masuk tak lepas tp diamkan aja, dia kan baru belajar, itupn sbb tak sakit sgt. Dah kena masuk sekali lg kat tempat lain.
ii- Scan
Mention to the Dr. last scan was on last Oct. So tak sure kedudukan uri. Alhamdulillah kedudukan di atas. Ambik precaution sbb dah dgr kes placenta previa taktau, so bila pecah ketuban darah yg keluar - Emergency CS
iii- Pecah ketuban
Sakit jugak dari dulu by another pregnant senior Dr.
iv- Masuk ubat berak
Sakit jugak by the new Dr. Salah masuk lubang. Siap terkentut & tersembur keluar skit
v- Berak
Dipesan jgn teran, biaq keluaq sendiri saja. Pedo gila nak berak

Dah habis semua prosedur tggu nak masuk ke labour room hanya di atas kerusi. Contraction makin kuat, jenoh jugak menahannya. Ya Allah permudahkanlah semuanya. Nasib baik ada sorg patient ni everytime contraction dia akan tlg urutkan belakang bdn...rasa relief sikit.

Contraction dah makin kerap dan sakit, awat la takbleh masuk labour room lg nih, tgh cuci bilik rupanya. Bila dah siap disuruh berjalan masuk ke labour room. Time tu dah makin sakit, bila berjalan air ketuban mencurah-curah mengalir ke kaki, jarak labour room 20 langkah dirasakan amat jauh ditambah dgn contraction yg menyerang.

Dan masanya....
Siap salin baju & naik atas katil, kakiku dikangkangkan & sorg indian nurse melakukan sesuatu disitu dan rasanya sgt menyakitkan. Mengerang kesakitan seketika.
"Saya cuba nak tolong cepatkan bukaan jalan"
Terus tersentap difikiran, ooo ini la prosedur gerodek2 disitu utk mempercepatkan jln yg selalu didengar. Agak bising mulutku dengan erangan kesakitan, dalam hati hanya kalimah Allah yg terngiang-ngiang difikiran.
"Nanti kalau dah rasa nak meneran/terberak bgtau ya"
Tak sampai 5 minit diberitahu terus aku terasa begitu, persediaan kelengkapan mcm tak complete lagi, sempat ke ni.
"Nurse, saya dah rasa nak terberak!"
"Nurse, dulu kaki saya kena gantung"
kata nurse tersebut, mungkin disebabkan saiz bdn yg agak besar akan lebih memudahkan proses bersalin jika kaki digantung.

Abang muncul dan terus berdiri di sebelah kanan. Terdengar abang menyebut nama penuhku sekali. Kesakitan makin memuncak, rasa tidak sabar lagi untuk menyudahkan kesakitan ini. Mulut tidak berhenti-henti menyebut LAILAHAILLALLAH!!!!
Tangan ingin berpaut pada sesuatu tetapi tiada. Hanya disuruh berpegang pada besi penyangkut kaki tapi tak sampai. Hanya tangan kiri sempat berpaut dan tangan kananku berpaut pd tangan abg. Patut la tak sampai, katil dibahagian kepala tidak dinaikkan. Pabila kesakitan sampai dikemuncaknya
sekuat-kuat hati diteran tak sabar untuk mengakhirinya. Alhamdulillah berakhir sudah kesakitan diselangi dengan tangisan dari anak kecil yg baru sampai ke alam dunia.

Abg terus diarahkan utk melihat anak yg baru lahir utk confirmkan jantina serta diazan/iqamahkan. Berakhir sudah penderitaan. Kerlingan nurse ke arah tempat itu sgt lain mcm.
"teruk ke luka saya nurse?"
"teruk jugak, sbb awak tak pandai teran, angkat punggung tadi"
"nurse potong tak tadi"
"saya tak potong pn tadi, koyak sendiri"
Huwaaa!!!! sangkaanku tak akan kena jahit langsung rupanya meleset, malah lebih teruk.
"Nurse bius tak nanti?? tlg la bius"
Setelah terasa 2 kali cucukan disitu, rasa kebas masih blom terasa, terdegar krek..krekk jarum menjahit sudah dibunyikan. Saat-saat jarum itu menyentuh disitu..Ya Allah!!!! sakitnya tak tertahan terasa. Bibir tak henti-henti menangis dan meraung kesakitan. Sungguh-sungguh tak tertahan rasanya. Saat-saat yg paling derita. Topeng gas sentiasa ditekapkan ke mulut utk mengurangkan kesakitan, tapi masih tidak berkesan. Bilakah penderitaan ini akan berakhir??? Sangkaan penderitaan sudah berakhir semasa kelahiran bayi tadi rupanya meleset sama sekali. Penderitaan yang lebih hebat pula terpaksa dilalui. Bising bilik itu dihujani dengan suara esakan dan erangan kesakitan.
Selama 1 jam proses itu berlaku. Sungguh-sungguh bersyukur dan lega terasa.

Lebih berganda kesyukuran bila diberitahu you got a boy. Alhamdulillah what a very surprise. Berbaloi dengan penderitaan yg telah dihadapi. Akhirnya telah dikurniakan dgn sepasang cahayamata. Pastinya abang lebih bahagia dgn kelahiran ini.

Ps:
Sememang rasa trauma & fobia. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah baby boy seberat 2.64kg telah selamat dilahirkan pada 5.51pm on 1.3.2009

No comments:

Related Posts with Thumbnails