Sunday, March 29, 2009

Confinement Period

Berpantang kali ni lebih selesa dirumah ibu sendiri. Mama telah dipesan mencari helper to prepare mother & baby. Alhamdulillah 2 mggu sblm EDD telah dikhabarkan sudah berjumpa. Mama tentun yang lebih penat kali ni mengendalikan 2 cucu nakal, tambahan kesihatan mama yg baru habis operation.

Memang berbeza berpantang kali ini dengan yg pertama dahulu. Kali ini dibelai dgn lebih manja bak sang puteri oleh makcik. Tutup mata saja pabila nak membayarnya nanti demi kesihatan dimasa akan datang. Lagipun kos bersalin kali ini sangatlah rendah berbanding dulu, jadi kos tersebut akan berpindah ke sini. Tambahan pula tiada set bersalin lengkap diperuntukkan memandangkan badan yg tidak tahan panas dengan herba-herba tersebut.

Bermula hari ke-4 makcik akan dtg setiap 8.30-9 pagi, balik kerumahnya selesai tugas dan dtg semula utk sesi ke-2 sebelah petang 3.30 p.m.

Tugas-tugas makcik:-
i- Menungku 1 jam
ii- Menyiapkan baby
iii- Menyiapkan ibu
iv- Mengurut

Insyaallah urutan mega@sepenuhnya akan dilakukan penghujung pantang yakni pabila luka disitu sudah baik kerana akan terdapat beberapa step kepak-mengepak yg akan dilakukan. Ngeri ja dengaq. Demi menyihatkan badan akan ditempuhi jua.

Rutin sepenuhnya sepanjang berpantang:
Setiap pagi sebelum kedatangan makcik perlu dipastikan sudah bersarapan



Dan ubat yg diperuntukkan hanya berupa vitamin disebabkan Adik kuning. Setelah reda kuning Adik, hari ke-20 ditambah dengan ubat lain yg agak panas!


Forlax amatlah membantu dlm menangani masalah sembelit ditambah dgn luka yg sgt banyak dan mengarah ke dubur menyebabkan ubat ini adalah satu kemestian. Iktibar perlu diambil dari pengalaman dulu pabila mengalami masalah sembelit sehingga luka terbuka kembali. Forlax dibeli sebelum bersalin lagi memandangkan ianya satu kemestian.

8.30 - 9 pagi makcik akan sampai dan mula memanaskan tungku. Setelah tungku siap, proses menungku akan dilakukan selama 1 jam hanya disekitar perut yakni rahim. Jika Adik tiba-tiba hendak menyusu, mama akan susukan adik dgn EBM yg telah disediakan utk kes-kes seperti ini.


Selesai menungku lazimnya Adik akan dimandikan dahulu dengan air rebusan inai. Mulanya adik dimandikan dgn cara ini utk menurunkan bacaan kuningnya, amalan ini akhirnya dilakukan hinggalah habis berpantang selagi stok daun inai masih ada.


Setelah mandi Adik akan didemah dengan kain yg telah di'iron', disapukan minyak telon seluruh badan disertai dengan bedak sejuk dan dipakaikan barut, baju, mitten & booties. Hasil daripada demahan setiap hari, Alhamdulillah Adik tak pernah kena kembung perut.

Selesai bab Adik, si ibu pula dikerjakan. Hari 1-3 berpantang diurut secara mild dan dimandikan air inai utk kesegaran badan. Hari-hari berikut sehingga habis berpantang dimandikan air biasa, dipakaikan barut, even dipakaikan stokin.

Dalam berbarut, minyak herbanika & minyak Mustajab Nona Roguy yg sudah dibeli hanya menjadi perhiasan & utk kegunaan sesiapa yg sesuai. Hanya ini yg mampu diterima badan. Akan disapu sebelum memakai barut dan sebelum bertungku.


Makcik akan datang semula untuk sesi petang pada pukul 3.30 p.m. dimana rutin yg sama dilakukan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails