Friday, April 3, 2009

Episiotomy

Entah bila luka akan baik sepenuhnya. Dah tak larat menanggung azab menjaga cara berjalan dan gerak duduk.

1st Episiotomy
Kelahiran pertama dahulu episiotomy dilakukan kerana dikatakan ini merupakan rutin bagi semua ibu yg melahirkan anak pertama dimana insisi dilakukan. Berlaku bukaan pada luka disebabkan sembelit yg dihadapi pada hari ke-20. Dek kerana sengaja makan Forlax berselang hari. Anggapan tidak menjadi hal ternyata meleset.

Perlu dipotong kembali sehingga berdarah utk dijahit semula yg didengari sgtlah mengerikan. Harapan agar tidak perlu dijahit semula tertunai pabila doktor memberikan 2 option:
i- dijahit semula 2 jarum, proses pemulihan 1-2 minggu
ii- kaedah conservative, hanya disapu ubat, proses pemulihan 3-4 minggu

Sudah semestinya option ke-ii dipilih biarpun memakan masa sedikit. Terpaksa 'berpuasa' selama 5 bln selepas kelahiran. Redha demi kesihatan sepanjang zaman.

2nd Episiotomy
Anggapan tidak perlu dijahit langsung nyata meleset sama sekali. Malah semakin teruk ada la. Insisi tidak dilakukan maka koyakan dengan sendirinya terjadi yakni perineal injuries. Second-degree vaginal tear. Hmmm... sungguh-sungguh frust! Ditambah dengan kedudukan semasa proses kelahiran "terangkat punggung". Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku memandangkan size Adik yg lebih kecil dr Kakak.

Rata-rata mengatakan termasuklah doktor sendiri luka terkoyak sendiri lebih sakit dari dipotong. Ternyata benar. Tambahan pula luka tersebut berlaku di bahagian perineum iaitu mengarah ke dubur. Kali ini luka perlu dijaga lebih rapi disamping kehadiran cyst dalam rahim semasa kehamilan. Aduhh!!! sudah melalui penderitaan semasa kelahiran yg hanya sekejap dengan bonus tambahan penderitaan semasa jahitan. Penderitaan menjaga jahitan memakan masa yg sgt panjang pula mesti dilalui.

Gerak jalan dan duduk kali ini dijaga lebih rapi. Itupun masih berlaku bukaan pada luka. Sudah sehabis jaga tetapi masih juga berlaku perkara yg sama seperti dulu. Hmmm.. mati akal dibuatnya. Luka diperiksa oleh nurse yg berkunjung saban hari mengatakan ada sedikit bukaan akibat kehadiran nanah. Sama seperti dulu bila berkunjung ke klinik doktor menyatakan bukaan tidak semestinya dijahit, boleh juga hanya disapu ubat tetapi memakan masa. Lega mendengarnya. Sehingga ke hari ini hari ke-36 luka sudah tidak sakit lagi cuma kadang-kadang terasa sedikit pedih. Bahagian lain sudah sedikit sembuh, hanya bahagian yg terbuka masih belum bercantum.
Ya Allah! permudahkanlah urusan hambamu ini. Harap luka ini akan cepat sembuh, sesungguhnya aku hanyalah hambamu yg kerdil.

Untuk mempercepatkan sembuh luka, ubat yg sama digunakan dulu dicari. Terima kasih sekali lagi pada gynae Kakak dulu Dr Annuar Husaini. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas segala jasanya.


Harapan di masa depan
Sengaja mencari info pasal perineal injuries, terjumpa dgn satu alat yg mungkin dpt mengatasi masalah episiotomy ini. Kenapalah baru sekarang bertemu jodoh. Alangkah baiknya kalau bertemu awal, kemungkinan masalah kesakitab akibat episiotomy tidak ada lagi. Insyaallah jika ada lagi rezeki yg mendatang, akan diusahakan untuk mendapatkan this wonderful gadget, Insyaallah....




Ps1: Kadang-kadang terfikir, penderitaan kali ini lebih hebat dari dulu, adakah kerana terlalu banyak dosa yg dilakukan???? Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup hambamu ini. Perlu dibanyakkan ibadat selepas ini.


Ps2: Setiap kali teringat detik-detik kelahiran dan semasa dijahit lebih lagi, airmata pasti mengalir. Kenangan terburuk. Tak tertahan sungguh rasanya......

No comments:

Related Posts with Thumbnails