Thursday, April 16, 2009

I'm Free

Alhamdulillah tempoh berpantang sudah pun tamat. Tidaklah terlalu berbeza waktu berpantang dgn waktu-waktu lain. Ada benda yg sudah boleh dimakan/dibuat tetapi sengaja ditahan sehingga habis waktu darurat ini.

Makcik
Perkhidmatan makcik hanya setakat hari ke-40. Diri sudah terasa lebih sihat, jadi sudah banyak perkara yg blh dilakukan sendiri. Lgpun lebih lama, maka lebihlah lg ongkosnya. Terima kasih kepada abang kerana mengingatkan.

Serasa makcik bukanlah berkira sgt sedikit meleset, tambahan makcik yg mulut agak riang selalu bercerita perihal semasa menjaga org lain. "Intan" itulah nama yg selalu diceritakan dek makcik.
"Dulu dengan Intan buat mcm ni, Intan takmau buat mcm ni"
"Masa nak balik tu depa bg kat makcik RM2000, siap bg kain pasang, bwk shopping-shopping"

Hmm..mcm dibagi hint saja berapa patut diberi. Katanya semasa ditanya tentang harga
"Ikut suka, ikhlas la nak bagi berapa pun"
Oleh kerana makcik kira berapa hari dia tak dtg dan berapa hari utk halfday, perkiraannya:-
Deliver - 01/03/2009
Makcik start - 03/03/2009 = 2 days off
Halfday - 2 days = 1 day
Absent - 1 day
Last day - 09/04/09
Hari ke-40 is the last day makcik datang, so tolak dgn 4 hari = 36 hari
Pemerhatian mama menyebabkan kami semua sepakat untuk membayar RM30/day.
36 days x RM30 = RM1080 digenapkan kepada RM1100
Tudung e-kin warna purple juga diberi sebagai hadiah kepada makcik

Patut tak bayaran yg telah diberikan?? Puas hatikah makcik nanti??
Isu ini berlarutan 2-3 hari selepas pemergian makcik

Kakak
Malam last day berpantang Kakak tiba-tiba bangun dan memuntahkan isi perut. Sangatlah banyak agak-agak 1 mangkuk besar. Menggigil kaki kakak selepas muntahan itu. Kesiannya anak ibu nih. Pasti kakak lapar kerana dari isi yg dikeluarkan sedari tengahari td. Poor you Kakak. Kakak jarang sekali muntah dan inilah 1st time Kakak muntah sebanyak ini. Keadaan yg sgt asing baginya. Tangisan sakit dan simpati darinya begitu menyayat hati. Minyak angin disapukan seluruh badan Kakak selepas di salin ganti baju. Kakak diselimutkn dan digosok badannya utk meredakan sakit. Esakannya masih berbaki. Pelbagai cara cuba dilakukan utk mententeramkan Kakak. Badan Kakak masih menggigil. Sayu hati ini melihat keadaan Kakak. Terlena akhirnya anak tersayang.

Kakak agak terpinggir sejak kehadiran Adik, Perhatian 100% seperti dulu tak dpt diturutkan. Kakak kena belajar menerima keadaan baru ini.

Tiba-tiba Kakak merengek lagi, Ya Allah panasnya badan kakak. Suhunya badannya tiba-tiba naik. Kakak menangis lebih kuat dan muntah sekali lagi. Kasihannya Kakak. Kakak dicuci dan ditenangkan sekali lagi sebelum sambung tidur. Ribena diminta selepas keluar semua isi perutnya. Tiba-tiba Kakak bangun sekali lagi dan terhambur dari mulutnya bak air paip ribena yg diminum tadi. Kasihan sungguh-sungguh padanya. Kali ini ini ubat cousin diminta utk meredakan muntah & demam kakak. Kasihan Anakku. Sakit kakak datang pabila tamat sakit ibu.

Adik
Adik makin sihat dan makin besar. Susu juga makin bertambah diminum. Bagaimana diketahui? Tiap kali mama susukan EBM utk Adik 2oz seperti tidak puas. Jadi 0.5oz ditambah lg utk Adik. Menjawab kepada production susu yg agak byk tiap kali diperah.

Luka Episiotomy
Masih belum sembuh sepenuhnya. Bukaan masih belum tertutup tetapi muncul isi baru untuk menutupinya dibahagian dalam. Bersila sudah berani dilakukan namun, mencangkung masih belum berani. Hmmm...bila nak baik ni!!!!


Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kesihatan yg baik utk keluargaku sepanjang zaman. Jadikanlah anak-anakku menjadi anak yg soleh. Mudahkanlah segala urusan keluarga. Banyakkanlah rezeki anak-anakku. Sesungguhnya engkaulah maha pemurah lg maha penyayang.

Ps: Rupa-rupanya makcik OK dengan harga tu. Alhamdulillah....

No comments:

Related Posts with Thumbnails