Thursday, July 9, 2009

Shopping Online Addicted

Sejak dua menjak ni tetiba saja dok menggila shopping online. Ini semua gara-gara colleque yg memperkenalkan boutique online ni la...aisey.

Pertama kali melawat blog ni amat berkenan dgn koleksi socksnya yg sgt cute, semuanya bentuk kasut. Mula-mula cuma terjebak membeli menda-menda ni.











Combimini 3 pairs antislip socks - Boy
RM 15.90



size kecik dah habis tinggal utk 2-3 thn je.

cute kan?????? kalau Adik pakai sure lg cute.

sock ni dipilih supaya boleh match dgn romper yg dibeli di situ jugak.















Romper Adidas kaler putih jadi pilihan.
RM39.90

Bila tunjuk kat abg dia pun setuju, cun jugak katanya. Mesti adik nampak smart & bergaya bila pakai romper ni nnt.

Especially bila adik merangkak nanti sure cute mcm ni. tak sabarnya nak tggu adik pakai






















Untuk Kakak of course tak dilupakan.
Tight kaler pink jadi pilihan.
RM18.90

Boleh kakak pakai dengan gown or skirt nanti, sure sweet je.


















Ada lagi, berkenan dgn leg warmer ni. Utk Adik dibelikan jenis B & C juga jenis 1 utk kakak. Adik akan dipakaikan dikaki tatkala kesejukan. Kakak pulak boleh kenakan di tangan kalo pakai short sleeve. Bestnye...

Selepas itu, setiap hari blog tersebut dikunjungi, kenkadang ada saja brg baru ditambah dan pastinya menawan hati. Order kali ke-2 telah dibuat. Kali ini brg yang menjadi pilihan

















Pants sock utk adik, bontot adik akan nampak membolat gitew bila pakai.
Pants Fox RM14.90 (clearance stock)
Pants Frog RM18.90















Sock Mary Jane disuggest tuan kedai bila Ballerina sock yh hendak dibeli kehabisan stock.

RM18.90

Selepas saja barang kedua diterima, tiba-tiba tuan kedai publish pulak gown ni. Aiseymann...

Burberry Royal Dress

RM39.90

Sangatlah berkenan pada gown ni, pasti kakak nampak cantik dengan warna merah terang mcm ni kan

Tapi bila sampai kalernya tak mcm ni pulak, gelap skit, material pun tak seperti yg diharapkan...













Skirt pants
RM22.90

Skirt pants ditambah untuk membanyakkan lagi koleksi kakak


Pants sekali lagi dibeli, tapi kali ini utk Kakak.
Order ke-3 kesemuanya barangan Kakak.
Tapi bila dah sampai pants ni nampak kecik pulak. Kalo ikutkan size mesti sama dengan mary jane thight tu size 95 kan.




WOW!!!...sampai 3 kali beli you!!!

June - Bulan Sakit....

Pagi-pagi tengah leka masak breakfast tiba-tiba abah call.....hmmm awal sgt ni, kenapa ya???

Mama masuk hospital problem dgn buah pinggang......It's a very shocking news. Mmg sungguh tak disangka mama ada problem di situ. Benda di dalam, siapalah tahu.

Everyday will call shiela or mama for the updates.

What happened???

Mama disahkan ada batu dlm saluran kencing. Dari penceritaan Bibik Ina buah pinggang mama produce batu, then batu tu dah keluar dan berada di saluran kencing sampai ke tahap dah blok saluran. The results of the blocking saluran kencing jadi bengkak dan ada Klebsiella infections. Terjadilah nanan dan nanah itu telah masuk sekali ke dlm kidney. Lebih menyedihkan kidney sebelah lg pn tak berapa elok, menyebabkan reading urine mama tak cantik.



Source???
Diabetis mama & consumption of pain killer. Sebelum ni bila sakit perut doktor asyik cakap sbb angin dan mama hanya diberi ubat angin + pain killer. Pain killer ni bahaya rupanya jika mkn tak ikut cara.

Now mama dah OK skit, but this coming thursday (09/07/2009) mama akan melalui prosedur buang batu dlm saluran pulak. Sebelum ni hanya buang nanak dalm saluran & kidney saja.

Costing???
1st stage fasa pemulihan mama dari infections, ct-scan & prosedur buang nanah
Total cost = RM13,074

2nd stage estimated RM6k-7k yakni prosedur buang batu
Hanya dpt bantu mama & abah setakat yg mampu = RM2,000

Where???
Mama admitted at Island Hospital, of course the cost is expected like that. Tak apalah demi kesihatan yg berpanjangan. Duit blh dicari. Apa guna duit yg menggunung jika kesihatan terabai.

Thanks to Bibik Ina yg byk sgt membantu.

For Their Precaution

Sejak dari Kakak lahir lagi dah berkira-kira nak beli gadget ini. Memandangkan harganya yg agak mahal (for me) ditangguhkan dulu. Semenjak kejadian tempoh hari, tekad di hati utk membeli juga thermometer digital tambahan dah berdua sekarang ni. Sempena dapat bonus ini tahun.

Pilih punya pilih punya pilih....(tak byk choice pn), akhirnya kami pilih seperti ini:-

Brand : Microlife
Price : RM189.90
-1 second measurement
-Multiple use (0-100°C)
-Large illuminated LCD display
-Silent glow technology
-Beeper
-Fever alarm
-Probe cover free
-Storage case
-Easy to use / read


Cuma yg lainnya beli kaler putih di Guardian Pharmacy. Memang mudah sgt. Sebelum ni asyik teragak-agak saja tahap kepanasan mereka. Sekarang ni kalo rasa was-was je..."tettt" dah tahu temperature. Sangat berguna benda ni.

Rupa-rupanya abg ipar pn beli brand yg sama di tempat yg sama juga (maybe branch lain).

Kakak dah sihat - 20/06/2009 Sabtu

Pagi-pagi lagi kena hantar Adik nak bg can abg balik mandi pulak. Tapi hari ni bukan Kak N yg jaga, dia ada hal pulak hari ni. Terpaksalah mencari alternatif lain. Nasib baik baby-sitter kwn abg blh tlg jagakan. Harap2 Adik OK duduk dgn Kak I nanti.
Kakak nampak seronok sgt melihat kedatangan ibu. Terus minum air byk menunjuk-nunjuk. Tghari Doktor dtg cek dan cakap dah boleh keluar. Maksudnya confirm NOT DENGGI. Alhamdulillah syukur sgt2. Terus call abg soh dtg pick-up balik, tak sempat abg nak tidur....syian abg.
Kak I pn dah berpesan petang karang nak keluar. Masa ambik Adik Kak I tak minta bayaran pun, naik segan pulak kami. Dia ckp tlg jagakan kejap je. Alhamdulillah sekali lg.
Actually sepanjang di hospital Kakak tak demam pun. Sentiasa happy & ceria. But at least Kakak lebih byk rehat sbb disana kakak lebih lama tidur. New experience for her.

Wednesday, July 8, 2009

Kakak Admitted - 19/06/2009 Jumaat

Pagi2 lg dah kena bwk kakak ke klinik. Platlet count dia rendah semalam so kena buat skali lg hari ni. Baru sampai kat pintu gerbang klinik kakak dah warning tak mau pegi sini, sure serik dah kena semalam.

Rupa-rupanya nak masuk bilik ambik darah pn tak lepas, kakak asyik mengamuk saja, so jumpa doktor saja.

Dah la hangin kena tunggu lama sbb staff kat kaunter tu tak ckp pn kena byr dulu seblom masuk jumpa doktor, mcm org bodoh dok menunggu sampai sejam.

Dah jumpa doktor walau mcmanapun kena jugak ambil darah, siap Kakak kena bungkus dgn selimut. Ibu kesian sgt dgn Kakak, tp demi kesihatan Kakak terpaksa jugak buat mcmtu. Maafkan ibu syg....

Bad result, Kakak kena refer to Hosp Klang. Sebelum balik reward dulu kakak dgn McD sbb ambik darah td.

Lps tunggu abg & terus ke hosp Klang petang tu & confirm kena admitted. Maka kena lg la cucuk si kakaknya....nak masuk drip. Alhamdulillah kakak tak nangis.

Kakak ditempatkan di wad pengasingan kanak-kanak. Best jugak wad tu siap air-cond lg. 1 bilik 5 org je. Kakak seronok sgt sbb dpt bilik 'Princess'


1 lg drip dicucuk utk memudahkan pengambilan darah. Dr luar terdengar esakan kakak semasa nak cucuk & darah diambil. Mujur abah ada. Dari penceritaan abg Doktor baru yg cucuk dan 2 kali kakak terpaksa dicucuk. Cucukan pertama jarum tak blh masuk sepenuhnya dn agak sakit hingga terkena tulang (agakan abg). Cucukan kedua berjaya tp masih juga sakit....Kesiannya kakak....Sedihnya....


Malam tersebut kakak tidur bertemankan abg. Adik pn kena tgk jugak, dah menangis hendakkan susu sbb seharian tak dpt lg susu original...kesian adik.

10 mlm baru sampai rumah, sepanjang mlm tak lena tidur ibu & abah menjaga anak-anak. Begitulah betapa besar pengorbanan ibubapa kita jugak dulu.....

Denggi screening - 18/06/2009 Khamis

Nekad hari ni bawak Kakak & Adik ke klinik utk pemeriksaan darah. Kakak dah 6 hr demam-kebah-demam. Hari ni mcm OK sikit. Adik still demam lagi. Kesian sgt2 tgk anak2 ibu kena ambik darah.
Kakak tak nangis langsung, Alhamdulillah...
Adik seblom kena cucuk pn dah meraung, kesian sgt tgn tangan yg kecik molek tu ditusuk dgn jarum....sedihnya....

Adik pn Demam jugak! - 13/06/2009 Sabtu

Ala...adik pn ikut sama demam. Puncanya of course la kakak yg selalu meraba pegang pipi & tangan adik. Kakak time minum susu tangan tu akan menggagau ja....

Kesian ana-anak ibu nih....harap2 anak2 ibu akan cepat sembuh.

Kakak Demam - 12/06/2009 Jumaat

Kakak demam pulak hari ni. Moga-moga cepat sembuh, lgpn dah lama kakak tak demam, bukan bermaksud ibu mengharap.
Related Posts with Thumbnails