Wednesday, July 8, 2009

Kakak Admitted - 19/06/2009 Jumaat

Pagi2 lg dah kena bwk kakak ke klinik. Platlet count dia rendah semalam so kena buat skali lg hari ni. Baru sampai kat pintu gerbang klinik kakak dah warning tak mau pegi sini, sure serik dah kena semalam.

Rupa-rupanya nak masuk bilik ambik darah pn tak lepas, kakak asyik mengamuk saja, so jumpa doktor saja.

Dah la hangin kena tunggu lama sbb staff kat kaunter tu tak ckp pn kena byr dulu seblom masuk jumpa doktor, mcm org bodoh dok menunggu sampai sejam.

Dah jumpa doktor walau mcmanapun kena jugak ambil darah, siap Kakak kena bungkus dgn selimut. Ibu kesian sgt dgn Kakak, tp demi kesihatan Kakak terpaksa jugak buat mcmtu. Maafkan ibu syg....

Bad result, Kakak kena refer to Hosp Klang. Sebelum balik reward dulu kakak dgn McD sbb ambik darah td.

Lps tunggu abg & terus ke hosp Klang petang tu & confirm kena admitted. Maka kena lg la cucuk si kakaknya....nak masuk drip. Alhamdulillah kakak tak nangis.

Kakak ditempatkan di wad pengasingan kanak-kanak. Best jugak wad tu siap air-cond lg. 1 bilik 5 org je. Kakak seronok sgt sbb dpt bilik 'Princess'


1 lg drip dicucuk utk memudahkan pengambilan darah. Dr luar terdengar esakan kakak semasa nak cucuk & darah diambil. Mujur abah ada. Dari penceritaan abg Doktor baru yg cucuk dan 2 kali kakak terpaksa dicucuk. Cucukan pertama jarum tak blh masuk sepenuhnya dn agak sakit hingga terkena tulang (agakan abg). Cucukan kedua berjaya tp masih juga sakit....Kesiannya kakak....Sedihnya....


Malam tersebut kakak tidur bertemankan abg. Adik pn kena tgk jugak, dah menangis hendakkan susu sbb seharian tak dpt lg susu original...kesian adik.

10 mlm baru sampai rumah, sepanjang mlm tak lena tidur ibu & abah menjaga anak-anak. Begitulah betapa besar pengorbanan ibubapa kita jugak dulu.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails