Thursday, January 28, 2010

Pemotong Perut

Ganasnya gelaran.... Dr. Siti Esah Bahari O&G di Selangor Specialist. Entah kenapa dlm banyak2 Dr dia dipilih. Bila dah ketemu tenang saja orangnya. Orang yang sakit tengok pun jadi kurang sakit. Tutur bicara pun sangat menenangkan. Really love her. Explaination pun bagus dan senang difahami.



Dengan tak malunya sebelum berangkat pulang insist nak bergambar dgn Dr. kesayangan. Ecewahh..terus dah ladi kesayangan. Mungkinkah akan terus setia dgn dia lepas ni? Insyaallah..



1st time admitted di sini. Bak kata mak aku, secanggih dan seccantik mana pun hospital kalau boleh memang takmo masuk. Layanan memang tip-top & selesa.(promote la plak....)
Isnin (1/2/2010) nak jumpa Dr Siti lagi untuk buang benang jahitan. Satu lagi pengalaman bakal dilaui. Even Dr. Siti kata tak sakit tetap jugak takut. Harap-harap takdak apa-apa la nanti.

Wednesday, January 27, 2010

Yang dikendong selama ini...

MC dapat 30 hari, moga-moga by the time kembali bekerja nanti luka dah sembuh. Tetapi sedih sikit sebab kali ni agak kelam-kabut dan tak sempat buat preparation. Akibatnya beban yang ditanggung terpaksa digalas orang lain. Mohon maaf dipinta pada Noor Asikin & Shahirah dengan keadaan ini for Registration Dept. Juga untuk warga Averroes yg lain yang terpaksa ada keja tambahan tiba2 dek kerana diri ni. Selepas ini akan cuba dibalas sagala budi dan pertolongan yang bakal diberikan malah yang sudah diberikan.


Sekarang masih lagi berisitirehat di rumah. Kenkadang rasa macam melelong-lelong dan pening. Jalan pun pelanpelan lagi walau sakit dah kurang. Sedih sikit perihal susu terpaksa sedikit diabaikan. Maafkan ibu ye Adik. Nanti ibu dah sihat boleh minum puas-puas.

Sebelum pulang, memang dah suruh Dr. snap gambar cemana la rupa cyst yang dikendong selama lebih kurang 6-7 bulan nih. Alhamdulillah Dr Siti dgn baik hatinya dah tunjukkan dan dah bg gambar tu. Memang agak mengerikan bila dilihat. Nasib baik la tak sedar apa-apa masa tu.


Gambar ini adalah gambar sebenar & bukan di google. Tuan empunya badan tu memag adalah diriku. Kot mana kepala? Rasanya belah kiri kot. Agaknya masa ni Dr. cuba nak keluarkan cyst tu. Baru sebahagian la. Eeee...banyaknya darah.


Inilah saiz sebenar cyst bila dah dikeluarkan. Even yg ni Dr. dah pecahkan skit supaya tak payah koyak besar sgt peutku. Nampak tak cekang sgt kan banding yang tadi. Gambaq ni dah tersebar melas dah...hehehehe...

Memanglah nampak sangat mengerikan. Hakikatnya aku tak sedar apa-apa pun. Tahu-tahu saja Dr. dah kejut bangun, then kat perut rasa macam berpijar dan sakit.

Rupa cyst bila Dr dah pecahkan, dah mengecut. Air yang terkandung didalamnya. Menatang durjana ni memang dapat ditengok & dikebek real life, semua family yang meneman dah tengok. Pastu akan dihantar ke lab for test. moga-moga lab result nanti menggembirakan.

So, jangan tunggu-tunggu lagi kalau rasa sangsi. Better go & check. Scan mcm scan baby tu je. Pap smear pun tak pernah buat lagi, itu pn dah kena marah dgn Dr. Baik sakit sikit daripada nak menanggung sakit yg lg azab. Tapi kalau boleh takmo lah ada apa-apa kan.


Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan diri moga dijauhkan dari sebarang penyakit. Tapi kalau dah takdir dapat, kita perlu redha dan terima dengan seadanya. Anggaplah ini semua ujian Allah. Mungkin Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil dan untuk memberi peringatan pada kita.


DOAKAN SUPAYA CEPAT SEMBUH

Tuesday, January 26, 2010

Terima Kasih Semua




Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pembedahan yang dilakukan telah Berjaya. Berkat doa keluarga dan rakan-rakan semuanya berjalan dengan lancer. Tiada lagi kata yang dapat dilafazkan melainkan rasa kesyukuran dan kelegaan yang sangat-sangat. Apa yang dirisaukan sekarang adalah penjagaan luka pembedahan. Harap segalanya lancar dan selamat. Bab-bab penjagaan luka ni agak fail, dari 2 pengalaman bersalin yang lalu kedua-dua lukaku sedikit terbuka. Harap-harap kali ni Berjaya. Maklumlah orang yang berbadan besar ni susah sikit penjagaannya.





Jutaan terima kasih yang tak terhingga pada keluarga dan semua rakan yang telah sudi
· Memberikan sokongan baik dari segi zahir dan batin
· Mendoakan supaya pembendahan ini berjaya
· berkunjung dan melawat semasa di hospital
· menghadiahkan buah tangan yang tak terhingga banyaknya
· mengajar doa dan zikir yang dapat diamalkan
· membayar premium insurans untuk kos pembedahan….off course my company Averroes Pharmaceuticals Sdn Bhd & Mr Shamshul
· Melancarkan semua proses kemasukan ke hospital
· Dr Siti Esah yang telah melakukan pembedahan dengan jayanya
· Kakitangan Selangor Specialist yang very helpful & friendly
· Rakan-rakan sekerja yang menanggung beban tugas

Tak tersenarai gamaknya, untuk semualah…..terima kasih sangat. Mohon maaf kiranya tak tersenarai. Semuanya kalau boleh dibalas saya akan cuba untuk membalas, jika tak termampu hanya Allah yang dpt melakukannya.

Juga untuk Sikin & Zuzie yang buat special entry for my story on their personal blog. Terharunya!!!!!!

Sesungguhnya saya amat menghargai sangat-sangat di atas semua bentuk penghargaan yang telah diberikan.

Thursday, January 21, 2010

Masanya sudah tiba


Saat-saat ini, pastinya ku sudah berada di SMC
Saat-saat ini, pastinya ku sudah dipersiapkan untuk upacara ini
Saat-saat ini, mungkin ku sudah pengsan akibat dibiusi
Saat-saat ini, mungkin doktor sudah mula membuat insisi


KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA, MOHON DIMAAFKAN ANDAI ADA KESILAPAN YG PERNAH AKU LAKUKAN & HALALKAN MAKAN MINUM......


KU POHON DOA AGAR SEMUANYA SELAMAT DAN BERJAYA...

Tuesday, January 19, 2010

Segala yg terjadi pasti ada hikmahnya


Sakit perut selepas urutan masih berlajutan. Akibatnya tiap kali mengadu sakit pasti kena cenggini...cuma org lain yg berleter...
-Organ dalam badan kita ni sensitif, sebab tu tak boleh kacau tempat2 yg sensitif mcm tu..
-Itu la, nak berurut takmau tanya suami dulu....

Aduhhh...ayat yg ke-2 tu ayg tersentap sikit, mmg salah ku, sebelum mengorder kak nurul mai mmg tak tanya abg dulu, dah nak pi ambik dia baru cakap.......maybe inilah akibatnya kalau dah buat salah....takkan diulang lagi benda ini.
Niat dalam hati nak berurut sekali satu badan utk abg jugak...mengetatkan mana yg longgar & menyihatkan badan...sedih sungguh niat baik dah jadi salah....apa nak buat...

Agak menghairankan jugak, berurut kali ni lain pulak jadinya...memang sgt2 musykil, pemeriksaan mesti cepat dilakukan utnutk menghentikan curiosity...


Selasa 19/1/2010 lepas kakak dihantar ke sekolah alang2 dah lalu singgah la terus buat pemeriksaan. Doktor cuma melakukan ujian air kencing, semua OK tp dia menyarankan utk dptkan 2nd opinion to O&G. Tanpa diminta MC diberi, alang2 dah MC baik pegi cek terus...hmmm bagus jugak idea dr ni.

Hati masih berbelah bagi nak pergi hari ni ke hari lain, dah petang call abg & dia setuju nak teman, tapi sebelum tel diletakkan sedas leteran diberi lagi, ayat yang sama diulang diatas...

Abg dah sampai, terus gerak, dalam kereta leteran tadi disambung lagi, sebab dah ngaku salah kudiamkan aja, menerima semua leteran & kesalahan....Setiap hari berdoa jgnlah ada benda kritikal yg terjadi. Dalam fikiran dah terbayang rahim atau ivari bengkak or worsen pecah ke...nauzubillah...

Salam dituju, malangnya Dr O&G dah balik, kona ke SMC, Alhamdulillah Dr dah ada. 1st time daftar disini, disamping berdebar2 jumlah bil yg akan diterima..(berkira gile) Ramai Dr O&G kat sini, 4 org semuanya...pilih saja. Off course pilih Dr pompuan, Dr Siti lah sbb cam glemer ja nama dia selalu disebut.

Setelah bercerita apa yg terjadi & simptom2 dihadapi pada Dr. time scan tu tiba2 dr cakap,
-Ohhh....
-Suami sila datang sini...
-Nampak tak benda bulat yg besar ni (tgn di skrin), ni ovari nih, dah besar sgt dah ni....13 cm..

Aku cakap..
-Uwaaa....
-Bahaya tak ni Dr.

Dr cakap...
-Mmg takdak cara lain selain operate..
-Terjadi bukan sebab urutan tu, maybe dah 6-7 bulan, tp bila dah berurt maybe cyst tu dah bersimpul2 dan menyebabkan rasa sakit & lebam. Nasib baik cyst tak pecah masa urutan
-In another side, sibbaik dtg cek sbb urut, kalau tidak mmg taktau dah ada cyst besar
-patut la ada bonjol besar kat perut ni (perut ku ditekan2 lagi)
-Ok kita operate Khamis ni...mcmana boleh???

Aku cakap....
-Uwaaa...(meleleh-leleh air mata terkejut + sedih + shock)

Ya.....seperti dalam mimpi, semuanya sekelip mata. Hari ni dpt tau, hari ni kena buat keputusan, lusa operate.....rasa cam nak pengsan sat dlm tu. Sibbaik abg ada masuk skali, kalo tidak torkontang-kanting keseorangn dalam tu nk buat keputusan
13 cm, lebih kurang diameter pembaris pendek tu, fuyyoo..besaq jugak tu
Ovarian Cysts


Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.


AWAS JANGAN TUNGGU TANDA. BUAT PEMERIKSAAN PAP SMEAR DAN UJIAN ‘VAGINAL ULTRASOUND’ SETAHUN SEKALI.


SOAL JAWAB BERSAMA DR SITI ESAH SMC
Apa beza Cyst & fibroid?
-Cyst awak pada ovari, fibroid di dalam rahim, lebih merbahaya fibroid
Kena buang ovari ke?
Ishh, awak muda lagi kalo nak buang, nanti menopause pulak, kita buang cyst saja.
(Ingat aku mau ka)

Boleh mengandung lagi tak lepas ni?
Boleh mengandung lagi sebab tak kacau rahim & tak buang ovari

Besar tak nanti luka pembedahan?
Sama macam csect baby la...
(besaq jugak nih)

Agak2 berapa kos? (soalan wajib)?
Dalam 4-5 ribu
(Nasib baik ada ING)

Monday, January 18, 2010

Education




THE WEB



TESTIMONI



Haiza

Marsha

DISCUSSION

KiasuParents

LittleKittle

1450

Friday, January 15, 2010

Massage


Adoi la, tiba2 sakit kat belakang tgn kanan ni, hmmm silap tidoq ka? atau kesinambungan dr bngkak susu hrtu aaa????? Sebab dah tak tertahan terus cargas mencari tukang urut. Alang2 nak urut tubaik ururt satu bdn terus. Nasib baik Zuzie yg baik hati introduce to Kak Nurul


OK jugak K. Nurul ni berurut, mmg berasa la, bdn dia agak berisi jugak macam aku muahahaha... buat semua step lah termsuk yg sengkak2 tu. Dah turun skit katanya.

Memula tgk aku dia kata kat huband dia, layak ke dia nk urut aku, cantik org nya....
Lawak plak rasa..takkan sampai camtu skali..heheheh... Tak pn mmg kat tiap2 org di ckp camtu, org nak meniaga la katakan, mulut mesti mau manis. Siap tanya loket yg ku pakai beli kat man...hmmm.... Sibbaik urutannya OK. Tp best gak layan dia cakap2...
Kak Nurul (Rantau Panjang)
Tel: 013-6085119
Husband K nurul (kot2 la call dia tak dpt)
Tel: 019-6150085
Alhamdulillah dah kurng skit sakit kat bahu ni, tp satu hal la plak yg mai. Dari mlm tadi asyik dok sakit bhgn ari-ari nih, kat bahagian uterus. Hmmm adakah komplikasi dr urut @ sengkakan itu???? Kebetulan mmg dok tgh period ni, hari 1 & 2 lps mmg sakit peru senggugut. Sakit perut tu jd rasanya lebih kurang mcm seggugut la.....
Siangnya sakit masih berlanjutan, terutama bila berjalan. Yg menghairankan, bila duduk sakit tu automatik hilang...... raihan..raihan...
Macam2 dah berlegar di dalm fikiran. Semuanya yg ngeri-ngeri belaka... rahim pecah ka? ovari pecah ka? buang pinggang rosak ka?
Ya Allah tolong lah selamatkan hambamu ini.....harap2 sakit ni hanya bersifat sementara. Moga kesakitan yang dilalui ini dem kebaikan di masa depan.... Amin....

Thursday, January 14, 2010

Dengki


Tazkirah pada hari ini, selain untuk memperingati diri sendiri, serta untuk bermuhasabah diri...Insyaallah....


Dengki merupakan salah satu penyakit hati yang mesti dihindari. Dari banyak referensi, dituliskan bahwa dengki merujuk kepada kebencian dan kemarahan yang timbul akibat perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat. Ia amat dekat (berhubungan) dengan unsur jahat, tidak berkenan, benci dan perasaan dendam yang terpendam.

Ada juga yang mendefinisikan dengki sebagai suatu perbuatan atau tindakan hati yang tidak senang melihat kesenangan (nikmat) orang lain serta berharap agar kesenangan (nikmat) orang lain akan hilang atau lenyap atau pun berpindah kepadanya.

Rasululloh SAW bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling menelikung transaksi orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzhaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula melecehkannya. Takwa tempatnya adalah di sini -seraya Nabi SAW menunjuk ke dadanya tiga kali. Telah pantas seseorang disebut melakukan kejahatan, karena ia melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas sesama muslim yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. ” (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

ALLOH SWT berfirman:
“Katakanlah, Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai sebuah dari kejahatan makhluk Nya,” kemudian Dia berfirman, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (AI Falaq(113): 1, 2 dan 5).

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahwa Rasululloh SAW bersabda:
“Ada tiga hal yang menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan iblis Inenolak bersujud kepada Adam. Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang. Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya.” (HR Ibnu Asakir).

So, saudara-saudaraku (yang seiman, maksudnya), marilah kita jauhi penyakit hati dengki ini.

Thursday, January 7, 2010

1st day at school

Hari ni, 5 Jan kakak akan memulakan rutin baru, ke Tadika Islam Al-Hidayah di Sek. 18 Shah Alam. Sangatlah nervous + excited apakaj gamaknya yg akan berlaku nanti. Dengan harapan semuaya akan berjalan lancar dan biarlah ini merupakan detik2 yg amat meggembirakan buat kakak. Kakak sememangnya amat mudah untuk dikejutkan di waktu pagi, 1 perkara yg dah tak perlu peningkan kepala. Tapi bab mandi mmg agak malas sikit. So pgi2 lagi dah dijanjikan akan dimandikan dn air panas. Air dari cerek je, karang di rumah baru kita soh abah pasang water heater kat bilik air ek.


OK, dah siap pakai baju segala, siap dgn beg skali. Kakak sedari dulu dah pesan & bg specification mcmana beg yg dia nak.
Kakak nak beg tarik, pink, barbie....macam K. Izzah....
Setelah dicari2 dgn bantuan seorang rakan, akhirnya beg yg diidamkan akhirnya berjumpa juga, beg tarik paling kecil dicari, gambar je lain skit gambar Princess. Mesti kakak suka jugak sebab Princess adalah antara character kegemaran.
Ada apa ek dlm beg tu???? Ada la 1-2 buku yg kakak letak, Ditambah jugak pampers buat bekal nak berak nanti & beberapa helai panties. Manalah tahu nak terkucil tak tahan sgt adala spare panties kalau yg dipakai tu basah.



Sebelum berangkat kita, hantar Adik dulu ke rumah mak. Mak pun gtlah excited kakak nk ke sekolah. Siap ambik gambar jugak. Along nk tgk, karang nak send MMS ke dia...
Alhamdulillah mak & family memang sgt sygkan kakak & adik. Sangat beruntung kerna dipertemukan dgn baby-sitter mcm mak ni. Sangatlah bersyukur.

Ok. Lets go to school.....Sebelum ke sekolah kakak minum susu dalam botol dulu, dah ajar minum susu dalam cawan, still cannot go. Takpa kita try pelan-pelan....




Ibu pun excited kakak nak ke sekolah, ambik cuti tau hari ni.....


Ibu nak pesan kat kakak ni,
- belajar rajin-rajin
- taknak nangis-nangis
- nak kencing nanti angkat tangan & bgtau cikgu


Dah sampai school dah ramai ibubapa di sana. Masing2 ditangan semua dgn camera, dslr, hp....
Parents zaman sekarang, gamaknya diorang pn nak update kat blog & fb kot nanti..kekekekekek
Rupa2nya hari ni ada taklimat for parents saja, blom start belajar...
Sambil dengar taklimat kakak cuba beramas mesra dgn kawan2, kawan ni nampak monyok je, tak seronok ke nak schoo mcm kakak?


Dah testing duduk kat tempat belajar, ada kawan baru lagi. Harap2 nnt kakak berkawan baik dengn rakan2.

Ibu...mana buku & pen, kakak nk tulis ni......





Bas Cik Mat, bas yg akan bawa kakak pulang ke sekolah. Mesti dia seronok naik bas ni nanti.




Kelas akan dibahagikan mengikut bas yg akandinaiki. Memudahkan cikgu utk manage time balik nanti.


Sekolah kakak


Kakak di depan kelas


Kakak kat depan school, taksabar nak pi mkn aiskrim, pagi2 lg dah mintak aiskrim. Takpa la, for today diikutkan aje.... Bg can..
2nd day
Hari pertama belajar dah dipesan hari ni kakak akan blik naik bas. Kakak dah gaduh taknak naik bas, nak balik dgn ibu. Hmmm..mcmana ni? Ibu iyekan aje.
Masuk je class tak sart belajar lg, baru duduk di tempat masing2, cuba nak tinggalkan kakak tp kakak bertegas soh ibu tgu situ jugak....alamak!! nak kna masuk keja lambat skit la camnih...
Cuba gak nyorok2 di baik tinag kenkonon dah bali, kakak dpt carik jugak, siap keluar kelas nk carik....takpe tggu lagi....
Cuba skali lg nyorok jauh skit, dr kejauhan blh dengar kakak menjerit...Ibu!!!..Ibu!!!....terus kakak keluar dr kelas mencari...Cikgu cuba pujuk & tarik masuk balik dm kelas...hmm mcm dah ok je, takdak pn dengar melalak2....lgpn dah start main masuk gulu dlm botol & masukkan manik dlm tali....ok pass dah blh gi keja...tp hati still kurang sedap, setiap jam berkira2 apa agaknya kakak sedang lakukan sekarang...
Pukl 11 lebih mak dah call cakap kakak dh selamat sampai dgn bas & she's soooo excited naik bas tu..
Alhamdulillah...

3rd Day
Kakak dah ok, siap salam, kiss & say I luv You...
Ibu tak payah tggu hari ni, kakak nak balik naik bas....
Alhamdulillah!!!!!
Sempat jugak tggu kejap tgk aktiviti kakak, hr ni cikgu panggil nama setiap murid & kena angkat tangan.... Then baca doa...sronoknya!!!!!

Sunday, January 3, 2010

Bengkak Susu



Betoi la demam disebabkan bengkak susu, lama jugak nak hilang. Cuba guna petue kobis ni. Alhamdlillah dah kurang skit. Teraksa melalui selama 4 hr, sampai kakak tersentuh part lain pn sakit sgt!....


Masa kakak dulu pn tak pernah kena lg. 1st time la kena ni. Dah cuba jugak tuam dgn botol panas, mcm ok jugak, Sambil pam dah urut2 skit, ok la....Bg adikhisap lama2, kenkadang dia bergerak terkena kat tempt bengkak tu adussss!!!!...Takpa nak, ibu redha.... Alternatif tambahan lain, boh cool fever, pd pemikiran abg sama gak functionnya mcm kobis, utk menyejukkan...blh dipakai jugak tu.

Hari Jumaat Alhamdulillah totally bengkak hilang selepas adik nyonyot lama sambil tidq....Fuhh dasyat jugak penangan bengkak susu ni ye...

Semenjak bengkak, susu dah makin kurang....huhuhu sedihnya + stress lagik....
Related Posts with Thumbnails