Tuesday, January 19, 2010

Segala yg terjadi pasti ada hikmahnya


Sakit perut selepas urutan masih berlajutan. Akibatnya tiap kali mengadu sakit pasti kena cenggini...cuma org lain yg berleter...
-Organ dalam badan kita ni sensitif, sebab tu tak boleh kacau tempat2 yg sensitif mcm tu..
-Itu la, nak berurut takmau tanya suami dulu....

Aduhhh...ayat yg ke-2 tu ayg tersentap sikit, mmg salah ku, sebelum mengorder kak nurul mai mmg tak tanya abg dulu, dah nak pi ambik dia baru cakap.......maybe inilah akibatnya kalau dah buat salah....takkan diulang lagi benda ini.
Niat dalam hati nak berurut sekali satu badan utk abg jugak...mengetatkan mana yg longgar & menyihatkan badan...sedih sungguh niat baik dah jadi salah....apa nak buat...

Agak menghairankan jugak, berurut kali ni lain pulak jadinya...memang sgt2 musykil, pemeriksaan mesti cepat dilakukan utnutk menghentikan curiosity...


Selasa 19/1/2010 lepas kakak dihantar ke sekolah alang2 dah lalu singgah la terus buat pemeriksaan. Doktor cuma melakukan ujian air kencing, semua OK tp dia menyarankan utk dptkan 2nd opinion to O&G. Tanpa diminta MC diberi, alang2 dah MC baik pegi cek terus...hmmm bagus jugak idea dr ni.

Hati masih berbelah bagi nak pergi hari ni ke hari lain, dah petang call abg & dia setuju nak teman, tapi sebelum tel diletakkan sedas leteran diberi lagi, ayat yang sama diulang diatas...

Abg dah sampai, terus gerak, dalam kereta leteran tadi disambung lagi, sebab dah ngaku salah kudiamkan aja, menerima semua leteran & kesalahan....Setiap hari berdoa jgnlah ada benda kritikal yg terjadi. Dalam fikiran dah terbayang rahim atau ivari bengkak or worsen pecah ke...nauzubillah...

Salam dituju, malangnya Dr O&G dah balik, kona ke SMC, Alhamdulillah Dr dah ada. 1st time daftar disini, disamping berdebar2 jumlah bil yg akan diterima..(berkira gile) Ramai Dr O&G kat sini, 4 org semuanya...pilih saja. Off course pilih Dr pompuan, Dr Siti lah sbb cam glemer ja nama dia selalu disebut.

Setelah bercerita apa yg terjadi & simptom2 dihadapi pada Dr. time scan tu tiba2 dr cakap,
-Ohhh....
-Suami sila datang sini...
-Nampak tak benda bulat yg besar ni (tgn di skrin), ni ovari nih, dah besar sgt dah ni....13 cm..

Aku cakap..
-Uwaaa....
-Bahaya tak ni Dr.

Dr cakap...
-Mmg takdak cara lain selain operate..
-Terjadi bukan sebab urutan tu, maybe dah 6-7 bulan, tp bila dah berurt maybe cyst tu dah bersimpul2 dan menyebabkan rasa sakit & lebam. Nasib baik cyst tak pecah masa urutan
-In another side, sibbaik dtg cek sbb urut, kalau tidak mmg taktau dah ada cyst besar
-patut la ada bonjol besar kat perut ni (perut ku ditekan2 lagi)
-Ok kita operate Khamis ni...mcmana boleh???

Aku cakap....
-Uwaaa...(meleleh-leleh air mata terkejut + sedih + shock)

Ya.....seperti dalam mimpi, semuanya sekelip mata. Hari ni dpt tau, hari ni kena buat keputusan, lusa operate.....rasa cam nak pengsan sat dlm tu. Sibbaik abg ada masuk skali, kalo tidak torkontang-kanting keseorangn dalam tu nk buat keputusan
13 cm, lebih kurang diameter pembaris pendek tu, fuyyoo..besaq jugak tu
Ovarian Cysts


Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.


AWAS JANGAN TUNGGU TANDA. BUAT PEMERIKSAAN PAP SMEAR DAN UJIAN ‘VAGINAL ULTRASOUND’ SETAHUN SEKALI.


SOAL JAWAB BERSAMA DR SITI ESAH SMC
Apa beza Cyst & fibroid?
-Cyst awak pada ovari, fibroid di dalam rahim, lebih merbahaya fibroid
Kena buang ovari ke?
Ishh, awak muda lagi kalo nak buang, nanti menopause pulak, kita buang cyst saja.
(Ingat aku mau ka)

Boleh mengandung lagi tak lepas ni?
Boleh mengandung lagi sebab tak kacau rahim & tak buang ovari

Besar tak nanti luka pembedahan?
Sama macam csect baby la...
(besaq jugak nih)

Agak2 berapa kos? (soalan wajib)?
Dalam 4-5 ribu
(Nasib baik ada ING)

4 comments:

Syikin said...

jgn risau zana.. insyaallah smuanya akan selamat.. tenangkan minda ok.. even aku pun sgt terkezut.. warning to us also. apa2 nanti update aku tau..

Mimie Fazira said...

salam zana ... wish u all the best ... thank god its early discover .. acik mimie doakan semoga semua berjalan lancar .....

zuzie's life story said...

hmmm..x terkata..semoga semuanya selamat..nanti we all p melawat eh..insyallah..

Zana said...

thanks semua....

Related Posts with Thumbnails