Tuesday, January 26, 2010

Terima Kasih Semua




Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pembedahan yang dilakukan telah Berjaya. Berkat doa keluarga dan rakan-rakan semuanya berjalan dengan lancer. Tiada lagi kata yang dapat dilafazkan melainkan rasa kesyukuran dan kelegaan yang sangat-sangat. Apa yang dirisaukan sekarang adalah penjagaan luka pembedahan. Harap segalanya lancar dan selamat. Bab-bab penjagaan luka ni agak fail, dari 2 pengalaman bersalin yang lalu kedua-dua lukaku sedikit terbuka. Harap-harap kali ni Berjaya. Maklumlah orang yang berbadan besar ni susah sikit penjagaannya.





Jutaan terima kasih yang tak terhingga pada keluarga dan semua rakan yang telah sudi
· Memberikan sokongan baik dari segi zahir dan batin
· Mendoakan supaya pembendahan ini berjaya
· berkunjung dan melawat semasa di hospital
· menghadiahkan buah tangan yang tak terhingga banyaknya
· mengajar doa dan zikir yang dapat diamalkan
· membayar premium insurans untuk kos pembedahan….off course my company Averroes Pharmaceuticals Sdn Bhd & Mr Shamshul
· Melancarkan semua proses kemasukan ke hospital
· Dr Siti Esah yang telah melakukan pembedahan dengan jayanya
· Kakitangan Selangor Specialist yang very helpful & friendly
· Rakan-rakan sekerja yang menanggung beban tugas

Tak tersenarai gamaknya, untuk semualah…..terima kasih sangat. Mohon maaf kiranya tak tersenarai. Semuanya kalau boleh dibalas saya akan cuba untuk membalas, jika tak termampu hanya Allah yang dpt melakukannya.

Juga untuk Sikin & Zuzie yang buat special entry for my story on their personal blog. Terharunya!!!!!!

Sesungguhnya saya amat menghargai sangat-sangat di atas semua bentuk penghargaan yang telah diberikan.

4 comments:

zuzie's life story said...

aik terharu jek ke??? akakakka

Mimie Fazira said...

zana , semoga cepat baik ye acik mimie doakan .....

Zana said...

terharu la dulu zuzie...yg lain-lain tu nnt la dulu...heheheh

Mimie- thanks so much...

~aSHa~ said...

Terkejut tgk...

semoga cepat sembuh ye...
sy aritu pun disaspek gak...sib baik tidak...

Related Posts with Thumbnails