Tuesday, May 11, 2010

Dalam Suka ada Duka..... (Balasan tuhan)

Mood gembira dalam sedih...ala2 karangan gitew...

Hari yang ditunggu akhirnya kunjung tiba. Sale yang sangat dinanti-nantikan oleh ibu-ibu sepertiku yang mana cuba menghabiskan menjimatkan wang dengan peluang seperti ini
Selepas dikhabarkan berita buruk baik ini, persiapan telah siap sedia dilakukan seperti memaklumkan pada baby-sitter dan juga yang penting sekali persediaan duit, juga persediaan mental dan fizikal. Kali ini persediaan fizikal dapat dijimatkan memandangkan Ati member sekali lagi peluang untuk menceroboh awal yang mana semua baju dan brg2 masih tersusun rapi. Ala-ala merasmikan gitu.

Yang menambah seronokkan lagi, ku agak cashier disitu telah silap membuat perkiraan TETAPI semua brgn telah ditag. Kemungkinan system yang digunakan mengalami kesilapan. Kuagak sahaja tetapi kudiamkan saja bad girl.

Antara hasil tuaian disana.


Baju merah putih RM1, Seluar belang2 RM1, Gift dalam kotak tu RM5/kotak, booties marron & biru RM3 per pair. Sangat murah kan......dan sangat cantik....

Total : RM151
Tag tp tak masuk: -+ RM142



 
 Ini saja ka??? Banyak lagi yang dapat dikaut..tetapi semuanya bagaikan sia-sia belaka. No mood to capture all the goodies.
Belum sampai rumah, satu malapetaka telah dikejutkan. Alhamdulillah jiwa raga selamat. Sang Kancil juga cuma patah No. plat. Tetapi wang dan ringgit telah cedera parah….Huwaaa..!!!
Mangsa kemikan.
Waktu kejadian: Lepas sale
Tempat kejadian: roundabout sek. 16
Tarikh kejadian: 24/04/2010


Kata Abang:


Ini semua balasan tuhan. Diatas apa yang telah berlaku masa sale pagi tadi.

Dengan ini ku berazam (Insyaallah) supaya sentiasa ikhlas dalam melakukan apa saja pekerjaan dan perbuatan.

Tazkirah abang lagi, semasa zaman Rasulallah, seorang pejuang Islam yang telah terkorban tidak diterima syahidnya. Kerana di dalam hatinya tiada keikhlasan untuk berbuat demikian, sebaliknya hanya untuk mendapat nama dan gelaran.

Ku Redha dengan kehilangan ku … RM400.00 + RM20 (No. plat)

2 comments:

zuzie's life story said...

muahahaha..tu la len kali kene make sure abg redho nak g sale tu ...akakakak..kita kene ingat ye mesti ade sebab ngape terjadi bende2 cam ni kat kita (ayat ni penting..hampa ingat dak???)

Zana said...

zuzie....abg redho pegi sale tu, tp dia tak redho yg kami buat taktau kat cashier tu...huhuhuhu..

musti la ingat ayat tu..selalu sgt dok dengaq dah....akakak

Related Posts with Thumbnails