Monday, June 28, 2010

Hari Ilmu PKNS



Dah nampak banner sepanjang jalan mggu tu. en cikgu pun dah setuju untuk turut serta. Memang sejak dr kecik aku dikenali sbg ulat buku, cuma semenjak berumah tangga ni dah kurang sikit aktiviti. MASA..Ya...sgt-sgt lah tidak mengizinkan. Insyaalah nak cuba jugak curi sedikit masa sambil-sambil untuk kembali ke hobi zaman dulu.


Kebetulan masa sampai di PKNS tu DYMM Sultan Selangor kita tengah buat lawatan rasmi ke setiap gerai. Jadi dapatlah melihat dengan lebih dekat & tengok secara 'live' mcmanalah rupanya Sultan Selangor kita nih. Rock jugak siap pakai rantai leher & tangan emas wooo... Sambil diiringi MB Selangor & ada la org besar yg lain yg kurang kukenali. Kalau tanya en. cikgu dia mesti tau.

Lebih kurang 3 jam disitu, itu pun belum puas. Iyalah mcmana nak kelebek lama-lama kalau dah sekali dengan budak berdua tu. Itu pun dikira lama jugak en cikgu dok mengkelebek. Benda-benda kelebek mcmni mmg kena dtg tanpa budak berdua ni. Tak salahkan diorang jugak, sure boring kan, dengan sesaknya, panasnya. en. cikgu ni punya perangai pulak, kalau dikelebek memanglah sgt lama, bukan setakat buku, baju ka, kasut ka semua akan dilihat & digaya secara terperinci. Gaya mcm nak beli.

Sempat jugak membeli buku ini. Ramai sgt kawan-kawan en. cikgu yg kata best. Sempat jugak kubaca tatkala mendodoi Umar dibuaian, tengah-tengah malam time semua org dah tido. Itu saja la masa yang sempat dibaca & dapat membaca dengan tenang tanpa gangguan. Dah lebih dari separuh ku baca.

Isi kandungan setakat telah dibaca:
Menceritakan tentang keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Bagaimana asal kemasukan rejim Zionis ke tanah Palestin. Terdapat dalil-dalil yang menyatakan tanah Baitulmaqdis perlu dipertahankan daripada ditakluki oleh orang bukan Islam. Semangat rakyat Palestin yang mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis.

Tak pandai sgt nak menghuraikan tapi byk benda yang sebelum ni tak pernah diketahui atau kurang difahami dengan sebenarnya sedikit sebanyak terungkai. Barulah kutahu betapa kaum Yahudi ni sgtlah jahat sedari dulu lagi semenjak zaman sebelum Rasulallah s.a.w. Dan betapa kuatnya pengaruh Yahudi ni di seluruh dunia dimana kebanyakkan negara2 yg berkuasa besar berada di tgn mereka. Kitab2 mereka seperti kitab Talmud sgtlah sesat dan sgt mengejutkan. Memang jahat sgtlah diorang ni. 'Salute' dgn Palestin yang terus menerus mempertahankan bumi suci Batulmaqdis.

Perlu sambung baca sampai habis nih...

Tengahari esoknya, en. cikgu yang blm puas mengkelebek menyambung kembali kelebekkannya. Kali ni en. cikgu bawak kakak bersama ke PKNS lagi. Ada la habuan utk dia nnt.


Masih belum sempat dibaca & didengar. DVD Al-Quran menurut en. cikgu untuk meyakinkan lagi bacaan2 yang perlu disebut. Kadang kala tidak pasti betul ke bacaannya mcm ni



Kakak pun mestilah dapat habuan jugak dah alang-alang mengikut. Asyik-asyik beli buku princess je. So kali ni beli exam pad Ana Muslim plak. Kan nampak sopan & so cute kan. Pink semestinya la...



2 comments:

zuzie's life story said...

best2....i love reading also...no reading no life...ahahhahaha...

Zana said...

jom2...borong beli..
byk gak stall yg ada less...lambat lg nk hbs..

Related Posts with Thumbnails