Tuesday, June 22, 2010

Kronologi Balik Kg Cuti Sekolah June

Ada ka yg berminat nk tau??? heheheh....tak kira nak habaq jugak...
Blh dikatakan lama jugak tak balik, last time cuti skolah bln 3 dulu. Beginilah nasib bila berpasangan dengan cikgu, cuti sekolah baru boleh balik kg ye murid-murid....dah tu berebut2 plak...balik Penang jap, Kedah jap..
Oleh kerana jarang2 sgt balik kg, cuti kali ni mestilah diisi sepenuhnya dgn aktiviti yg paling utama dan berfaedah...kekdahnya..

AGENDA-AGENDA:

1) Melawat Kakak a.k.a sepupu en cikgu yg patah kaki sbb jatuh kat Giant di Ipoh
Moga kakak cepat sembuh....

2) Kona ke Seri Manjung
Kebetulan parents en cikgu pn dtg melawat Kakak di Ipoh dan lgsung tidoq di Seri Manjung. Dah kenen2 dgn en cikgu, alang2 dah sampai Lumut dah lebih 10 kali sampai baik ke Pangkor terus. Round2 jugak di Marina Island iaitu pulau buatan dan jeti baru utk ke Pangkor dimana berkedudukan lebih dekat utk ke jeti Pangkor. Takpa kita survey dulu harga utk aktiviti Island Hoping, manatau on the way nak balik blh singgah sini lg...

Angin yg kuat menghembus muka adik dan kakak di Marina Island

3) Keesokannya lps sampai Penang rumah ibubapaku tercinta, melawat lg org sakit yakni nendaku yg tercinta di Hospital Pantai Mutiara. Sblm ni dpt tau maktok masuk ICU...moga maktok cepat sembuh..

4) Alang2 dah sampai Penang Island, lajak plak ke Batu Feringghi, dah 4 thn tak mai sini...punya la jauhhhh..

Adik sampai ja lena plak....

Kakak dah warning awal2 nak naik horse sbb en cikgu dah janji...
Mummy pn tumpang sekaki

Adik baru lepas caj bateri...apa lagi. 1st time dapat main pasir puas2...syok kena tanam


Dua2 org kena tanam sekerat pinggang

5) Juga merongkah beg2 peninggalan mama & abah. Mama & abah balik umrah hrtu Alhamdulillah ada jugak rezeki utk kami. So dok melaram la budak2 ni...

Kakak suka sgt dgn skarf tu, berejam2 dok melilit sana sini...puashati tokmama beli

Adik pun dapat jubah cute, lg terserlah ke'arab'an dia...

6) Kedah rumah ibu & bapa mertuaku tersayang...
Wuish ibu mertuaku dah buat pagar baru....

7) Tasik Darul Aman di Jitra.
Cuti dulu kakak & en cikgu je naik menatang kayuh2, so kali ni kami join jugak naik bot cruise...RM12
round2 satu tasik, malangnya baru 1 round dah hujan, so soh cepat2 je balik kang demam lagik buadak2 nih. Kakak dah merajuk sbb tak dpt jugak nak main mendalah mcm Hakim & Arissa main tuh....

Adik kena paksa gak pakai life-jacket, demi keselamatanmu nak oii...

8) Kembali ke Penang
Seperti kebiasaan sebelum balik Shah Alam mesti singgah Penang dulu. Minded en cikgu mcm dekat sikit la nak sampai shah alam, tak terasa jauh sgt, which is I really like ..heheheheh

9) Pantai Dubai
Ex-schoolmate ku bagi nama tempat ni, ntah sempena apa. Kat area tol bagan yg baru tuh....
Sebelum ni sampai Penang kakak tak sempat jumpa geng, kali ni geng dah ada a.k.a Danish so lagi syiokk nak main pasir. Budak2 ini lg excited main pasir dr main ombak tuh...

Adik manjang tidoq bila dah sampai...cas bateri..





Syoknya la main pasir, maklumla kat shah alam takdak...


Sapa yg pulun main ni sebenarnya?????

10) Kembali ke Shah Alam Khamis malam
Aku start keja hr Isnin, apa kes balik awai???? Bukan nak sambung jalan2 ye, en cikgu byk nk siapkan keja2 sekolah dia yg menimbun tu...tanggungjawab perlu dilaksanakan.


Moral of the day:
Next time kena ambik cuti awal cuti sekolah, baru blh bercuti se'maximum' mungkin. en cikgu suka buat keja last minit, baru feel...dia kata...

Last but not least.....YA HABIBI ......mood arab tak habih lagi


2 comments:

~aSHa~ said...

wah jauh penjalanan luas pandangan..byk tmpt tu pg...seronok sakan

Zana said...

alang2 berjalan2....cover semua sekali...heheheh

Related Posts with Thumbnails