Monday, June 28, 2010

Ohhh..Maktok

Salam. Nama emak mentua saya : Hjh. Che Siah Binti Hj. Din

Nama ibunya : Zainab
Umur : 77 tahun


Mohon jasa baik tuan yg mulia apalah kiranya sudi membaca yassin (hajat), mohon yg terbaik kepada ALLAH swt untuk ibu mentua saya yg kini di dlm wad I-C-U (sangat2 tenat dgn satu buah pinggang sahaja).


Yg terbaik daripada ALLAH swt samada nak dijemput balik dgn 'Husnul Qatimah' ataupun menyembuh dgn rahmatNYA. Terima kasih, Jazakallah. Ma'assalama - Al-Fakir, Shaharrudin.

Ahad mlm sebelum tidoq baru perasan ada sms seperti di atas dari Mamu. Cuti sekolah lepas Alhamdulillah sempat melawat maktok dan semasa tu sudah semakin sembuh dan dah boleh bercakap seperti biasa selepas dimasukkan ke ICU. Maktok sebenarnya tidak langsung tahu yg dia hanya mempunyai 1 buah pinggang. Semua ini dibuat demi kebaikkannya juga. Kalau diberitahu, pasti Maktok tak akan menjalani pembendahan tersebut.

Seingatku, ini adalah kali ke-3 maktok dimasukkan ke ICU. Pagi tadi sempatku membacakan surah Yassin hadiah dariku yg jauh untuk Maktok.




Mama & Shiela pun call jugak tadi inform pasal hal ni. So, dapat lagi info tambahan. Bermula dengan Maktok gatal-gatal satu badan lepas mkn ubat hingga menyebabkan kaki jadi hitam akibat dr alergic ubat tu. Segera maktok dibawa ke hospital Pantai. Sampai di sana maktok mengadu pulak sesak nafas, Alhamdulillah semasa kejadian dah berada di hospital so tindakan cepat dapat dilakukan.

Dikatakan jantung maktok berhenti selama 1 minit. Cuba bayangkan kalau keadaan tu Maktok masih berada di rumah?? Nauzubillah.

Moga Maktok bertambah sihat hendaknya. Tapi jika ketentuan Allah sebaliknya, ku hanya mampu redha & berserah. Ikutlah mana yang terbaik daripada Allah untuk Maktok.

4 comments:

zuzie's life story said...

Huhu...so touching..sabar & redho..kalau dah tiba masanya; semoga di permudahkan olehNYA..amin...

Zana said...

TQ Zuzie.....
Ikutlah mana yang terbaik drpd Allah....
berbakti selagi mana yg blh...

Syikin said...

hanya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat mak tok..sama2 la kita doakan..amin

Zana said...

tq nora...
sama2 kita doa...

Related Posts with Thumbnails