Monday, August 30, 2010

Salam Ramadhan



Salam Ramadhan buat semua....
wakaka...dah nak habih Ramadhan baru berpeluang nak wish...amatlah busy sebelum ni.
Actually busy tu dah berkurangan semenjak puasa nih, tapi seru nak mengupdate tu tak sampai.

Puasa kali ni En. Cikgu dah berpesan, tak payah masak, beli je. Sekali sekala je masak. Beli sikit2 je di PaRam berdekatan. Dek kerana Adik yg sangat 'membantu' setiap kali nak masak, ditambah pulak dgn kesuntukan masa.

Memang tak semua lauk best. Tips nak beli, belilah dengan penjual yg memang menjual makanan hari-hari w/pn bukan bulan Ramadhan. Yang tumbuh bak cendawan sempena Ramadhan ni belum tentu sedapnya.

Tatkala saban hari dok membeli lauk nih terberkenan pulak dekat satu stall ni. 1st time beli patin masak tempoyak. Fuyyyooo...sangatlah sedap makcik ni masak. Kami berdua yg asalnya org utara tiba2 blh terminat plak dgn masakan ni. Blh dikatakan hari-hari makan. Bukan itu saja, semua masakannya yg lain2 telah diuji dan memang sedap mcm daging salai masak lemak cili api, sambal bilis+petai.

Waktu cuti hujung minggu mesti la masak jugak sekali sekala. Antara menu yang penah masak semestinya Kari Kepala Ikan. En. Cikgu tiba2 saja beli kepala Ikan merah, sebagai isteri & ibu yg mithali masaklah daku kari kegemaran kami nih (tak blh selalu mkn kepala nih). Sila percaya, sorang sebelah ye kepala. Sampai kena separate mangkuk besar sebab tak muat.....kami berdua saja tu...

pinggan/mangkuk yang caca merba...huahaha...
dah malas nak keluarkan pinggan baru, tunggu pindah nanti lah
macam ni je la menu simple kami, itu pun alhamdulillah dah kenyang...

Akhir kata...
Moga kita memperoleh keberkatan dan dapat menambah lebih banyak amalan di bulan Ramadhan yag sangat mulia ini.....


Related Posts with Thumbnails