Friday, October 8, 2010

Alhamdulillah Maktok


 Masih ingat entry aku pasai maktok yang kurang sihat dulu??
Actaully gambar maktok masatu sebelum masuk ICU lagi, masih di wad biasa. Masa aku buat entry tu maktok dah masuk ICU dan keadaannnya agak teruk mcm kat dalam gambaq ni.



Dengan wayar disana sini, leher maktok juga terpaksa ditebuk utk membolehkan maktok senang bernafas.
Masa ni semua org mcm dah putus harapan, sbb tu ayat mamu dlm sms mcm tu. Ayat yg mana??? mcm ni ha

"Yg terbaik daripada ALLAH swt samada nak dijemput balik dgn 'Husnul Qatimah' ataupun menyembuh dgn rahmatNYA"

Alhamdulillah berkat doa semua anak-anak, cucu-cucu, saudara mara dan sahabat handai semua maktok dah semakin sembuh dan ceria. Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah. Gembira sangat maktok dah makin sihat, cuma tak blh ckp kuat-kuat lagi sebab tebukan leher tu la. Insyaallah lama-lama nnt blh ckp dah.

Berbaloi dengan duit yang terpaksa dikeluarkan sbb sebulan lebih dok kat ICU di Hosp Pantai. Jumlah bil blh beli apartment satu.

Cuti hari raya lepas Alhamdulillah aku masih berpeluang melawat maktok, memeluk dan mencium maktok. Dia lah satu-satunya wakil maktok/datuk yang masih ada.

Tak sempat nk bergambar dgn maktok haritu, ramai sgt yang dtg melawat. Semua takmau melepaskan peluang bertemu maktok yg dah makin sihat. Ni gambar mak & abahku yang tersayang. Ni la masanya nk tayang mak & abah aku..... Cantik & hensem tak? kekekeke...


Moga maktok sentiasa sihat dan dirahmati Allah

P.S: Pada sesiapa yg masih ada maktok/opah/nenek/wan....hargailah mereka.....


No comments:

Related Posts with Thumbnails