Friday, November 19, 2010

Lets go to the Zoo

Kalau nak pegi Zoo je mesti akan nyanyi lagu nih, korang ingat lagi tak lagu ni???? Cari versi melayu takde plak. Begitu berkesan pengaruh iklan KFC ni sampai skarang boleh ingat.



Last time menjejakkan kaki ke sini masa Uzma 2 thn lebih. Tak sampai 3 thn dah naik harga ....
Dulu kalau tak salah utk dewasa RM15 je.
Harga tiket sekarang:
Dewasa : RM20
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM6
Warga emas (60 thn ke atas) : RM6
Parking kereta : RM4.20

Itu belum termasuk Taman Serangga & Taman Rama-rama. Kalau nak masuk situ kena tambah lg RM5.
Tak masuk pun taman2 tu, yg dok ada ni pn dah tak larat. Yg lebih menterkejutkan lagi tu, nak naik tram pun kena byr lagiii...Sorg RM3 satu round. Kanak2 tak ingat lak sebab bkn aku yg byr 
Apa nih, dulu tak kena byr pun, siap blh naik byk kali lagi.
Itu belum tgk lagi harga makanan kat dalam yg mmg betui2 mencekik leher...erkkk..

Danish, Uzma & Umar yang bersemangat nk tgk binatang....

Berkobar2 la semangt nih nk tgk binatang kat zoo, dengan harapan berpadanan dgn harga yang sepatutnya lagi best lah dr dulu memandangkan harga dah naik kan.
Hampa....lagi teruk dr dulu, dah la harga dah naik, kena byr tiket tram lg. Patutnya kena improve lg sbb dah naik harga kan. Harga makanan naik ada lah....

 Happy faces!!!

 Umar yang manja dgn tok abah

 Excitednya tgk gajah!!!

Mata masing2 melilau nak tgk binatang...hehehe

Nasib baik kitorang gagah jugak menunggu Animal Show pukul 3 ptg yang memang best.


 show belum start, dah chop tempat best siap2...

sementara menunggu beli ler popcorn yg mahaiii gilaaa..RM4 sebekas kenit tu.

Tak kisah la macammanapun, Apa yang paling penting anak2 seronok. Mama & Abah pun seronok bila cucu2 semua happy.
Kedatangan kitorang ke ZOO sempena kedatangan abah, mama, shiela & danish yg nak pi ambik ayu di Jengka. Zoo antara aktiviti tambahan hiburan.

Cakap pasal..eh cakap plak, taip pasal ambil pi ambik Ayu, pejam celik sekejap je rasa masa pegi hantar Ayu dulu. Sekejapnya 3 thn berlalu....Kalau Ayu further study kat Jengka jugak, sekali lagi la rombongan cik ani ke sana. rombongan cik ani sebab nickname mama org panggil ani...hehehe

Kalau korang perasan, tak nampak pun en.cikgu kan. Mmg pun dia tak ikut. Kebetulan masa rombongan cik ani mai Shah Alam, en.cikgu sedang melaksanakan tanggungjawab sbg anak mithali kat kampung dia nun. Rumah mertuaku telah dilanda banjir, air sampai para pinggang woooo. Dah surut air so nak jena la pegi cuci rumah yg berlumpur tu. Menantu kesayangan ni tak dpt nak ikut kebetulan kedatangan rombongan cik ani. Plus dgn budak2 kenit tu, ingat blh ke aku nk buat keja???

Dalam tengah search pasal zoo ni terjumpa satu blog yg sama hampa dengan Zoo negara skarang. Better pegi Zoo Melaka yg lebih murah & byk binatang. OK la, Zoo Melaka our next destination after this...
Hopefully better la mcm yg dicakap. Jom abah...jom!!!!

3 comments:

zuzie's life story said...

alolololo....nape x habaq nak p zoo kat kl tu??? memang x besh!!! melaka jek best!!!!

Zana said...

last minit punya plan.....ala just nk bwk budak2 tu je...nest time la nk pi zoo melaka plak

eynda said...

Suka pegi zoo tak kira zoo mana pun... :-)

Related Posts with Thumbnails