Monday, March 28, 2011

Fotopagesku

Sejarah permulaan berkecimpung dalam online journal ni sebenarnya bukan bermula di sini. Asalnya aku bermula di Fotopages. Banyak juga cerita lama-lama kat situ. Tetiba saja hari ni tergerak hati nk melawat balik page dulu-dulu. Bermula dari gambar kawinku sampai la dapat budak kecik Umar Saidi. Fotopages best sebab boleh letak gambar besar2.Puas sgt kalau tengok gambar yang dipaste kat main page tu. Itu pun kalau paste kat other image hosting dulu, then post kat Fotopages. memang akan dapat picture yg besar & cantik. Best bila baca balik memori lama. Terkenang balik kenangan manis & dapat menajamkan kembali ingatan pada kenangan tersebut yg kian pudar. Dah tua dah mesti la byk dah lupa. Memang itu pun tujuan menyimpan semua memori2 tu disana & disambung plak di sini. Memang manis semua kenangan dulu. Rindunya!!!!!

Ini la header for my Fotopages. For those yang nak tengok ada ke?, silala melawat...hehehehe..


Pernah jugak nampak komen2 samada online, tv or radio. Ada sesetengah orang hairan, kenapa ada org yg nak publish semua kegiatan & aktiviti harian pada semua org? Selain daripada nak save memori, boleh jugak share aktiviti tersebut dengan org lain. Satu lagi persoalan akan muncul, ada ke org nak baca? Mesti ada yang nak baca. Sama jugak mcm aku, suka baca blog & aktiviti org lain. memang aktiviti biasa2 saja, kadang2 benda2 tu cuma aktiviti harian dirumah but at least semua aktiviti diorang tu dapat jugak dijadikan panduan & petua tau.

For example about travelling. Walaupun kita tak dapat ke sana but at least dah dapat baca pengalaman org ke sana pun dah best. Ada yg baik hati lg siap bg info yg boleh kita jadikan panduan. Manalah tahukan satu hari nanti maybe kita pun sama nak ke sana. At least kita dah blh tau overview nak ke sana, what we should prepare, what we gonna face, what we should do, what we shouldn't, what you should not miss. Even travel yg dekat2 pun, tempat tu cuma sekangkang kera dari rumah tp taktau pun kewujudannya sampailah terbaca kat mana2 blog. Kadang2 taktau nk hang-out kat mana hujung minggu. At least we can get some idea some interesting & new places to explore. Very helpful kan?

For another example about food. Blog about food memang bykkan. Dari masak benda yang susah sampailah masak benda yang simple. Benda yang susah tu wajiblah publishkan after all those hardwork. Benda yg simple pun very helpful kalau publish. As a working mother kalau nak masak mesti lah benda yang simple, cepat & sedap kan. Sometime kita masak benda yang sama setiap hari. Bila dah explore ke page kawan2 lain, terus dpt idea lain yg nak masak & patut dicuba even benda tu simple je kan.  Again it is really helpful kan?

Semua perkara yang mereka & aku ceritakan bukanlah dengan niat nak menunjuk2. Cuma sebagai memori sendiri & tatapan kawan2 untuk dijadikan panduan & petua. Syokkan baca blog orang lain even diorang cuma cerita aktiviti harian.

So to all my friends...keep blogging!!!!

4 comments:

Syikin said...

ya setuju sejuta kali..huahuahua... tak kenal maka x cinta ..hanya yg berblogging ja tahu kemanisannya.. biar la syok sendiri pon kan..hehhe

Mama Tuah said...

hum betol! betol! betol!!!!! saya sokong kak zana punya pendapat 100%

Zana said...

nora
blh tambah kenalankan, wpun cuma di alam maya....blogger semua mesti memahami...hehehehe

****

kak yati
tima kasih kerana menyokong...hehehehe....teruskan aktiviti anda....

ammi said...

Ammi suka jugak blog about food..sebab suka keluar jalan2 carik makan..hehehehe!

Related Posts with Thumbnails