Friday, March 18, 2011

Holiday School Break : Genting Highland

Sambung lagi pasal percutian jauh kami. En Cikgu mencadangkan Kuala Gandah, aku yang kaki jalan menambah plan singgah ke Genting ....Last skali pegi masa bujang2 dulu. Lama dah rasa2nya dah 8 tahun. Padahal bukannya jauh sgt Genting nih. Kadang kala cadangan aku cuma jadi cadangan saja. Tak sangka kali ni cadanganku dipertimbangkan. Heheheh....ghenyih sampai ke telinga aku. Bukan apa nk bg anak-anak seronok jugak. maknya yg seronok lebih

*pic googled*


Gambar-gambar lepaih ni takyah cakap la...cam hamsau. Takpelah at least ada kenangan. Dak pun kita pegi la skali lg..heheheheheheh.

Walaupun tempat dekat ja, kami gatai bermalam jugak kat sini. Sampai kat Goh Tong Jaya dalam pukul 3.30 ptg camtu la. Sempat lg kalau nak naik. Tapi memandangkan hari Ahad dlm cuti sekolah pulak, kami mcm blh imagine kesesakkan umat manusia di atas nnt.

Dah nama pun last minute plan, hotel pun tak booking pun lg, gamble je pegi camtu bukan nk gamble katas ye... Bila call semua bilik kat puncak sanun full house. Yg ada cuma Awana which is not within our budget. At last kami stay je kat bawah tu jugak kat sini

*pic googled*
RM200 per night after discount

Hotel ni memang ngam2 je dgn bajet ciput kami. Rate cuti skolah. Itu pn dah diskaun sbb pakai kad En. cikgu as gomen staff. Pekerjaan En. cikgu dirahsia kan....muahahaha..

We all relax2, solat dulu kat hotel sampai mlm baru cari makanan. Byk jugak kedai2 melayu kat situ tp we all dinner kat mamak je. Then pegi cari kat mana cable car station. Kalau dok kat atas sure tak naik cable car.

Ada 2 cable car station kat sini. Saja nak citer sbb kitorang tersesat dek en. garmin nih la. Yang biasa dok naik stesen cable car yg ada skali dgn stesen bas tu. Lagi satu ada Awana Cable car. Lepas jumpa balik Cable car station yg betul, we all pun beli la siap2 tiket, kot2 la esok kena beratur pjg kan.

Cable car fee per person : RM10 return

Esok pagi2 kitorang plan nk pegi awal2. After b/fast ala kadar at the hotel mknan pun ala kadar + berebut dgn org kursus pukul 9.15 kami dah sampai kat stesen cable car. Best sbb tak ramai pun org. Cuaca pun sejuk je sbb baru lepas hujan semalam. Tapi takdela sampai keluar asap bila cakap kan.

 Kakak excited nak naik cable car, adik tercangak2 taktau lagi amenda tuh.

Dah lama tak naik rasa gayat jugak. En. cikgu siap baca doa masa nak naik & masa cable car melongor. Kan laju sikit masa awal2 tu kan. Umar sepanjang masa dr stesen Goh Tong sampai kat atas diam saja. Sampai ternganga mulut, mata asyik tengok sekeliling. Kakak pun sama, tp mulut stil pot pet tanya mcm2.

Umar still amaze....hehehe

Cantik sangat view ... begitu indah ciptaan Allah
Boleh nampak kami melintasi awan2. Tak sangka kami berada di atas awan.

Sebelum naik kami memang dah buat keputusan untuk beli tiket indoor saja. Kalau outdoor tak byk sgt Uzma+Umar boleh naik. Kat atas rupa2nya dah ramai manusia. Bila dah sampai kat First World hotel, dah panjang que bak ular dipalu utk beli tiket..huhuhu..ingatkan kitorang dah awal. Rupanya diorang lagi awal. Theme park pukul 8.00 pagi dah bukak. Cable Car 7.30 pagi dah jalan.

Lebih kurang 15 minit beratur akhirnya dapatlah gelang emas kami sorang satu...hehehehe

Indoor Theme Park
Adult : RM30
Child above 90cm - 12 yo : RM28

For more info on Genting Theme Park Pricing please click on the link.

Memang puas hati sebab semua family ride yg available kitorang naik. Naik family ride baru la Umar blh join skali. Ada ride yg kami ulang sampai 2 kali. Lagi best sbb tak kena beratur pjg2 sgt. Itu la kelebihan kalo datang awal ye & sbb hr Isnin. Kalau dtg semalam taktau la cemana keadaan. Better ambik Express pass kot baru berbaloi.

Satu2nya ride yg kakak blh naik sorang2. Ada lg gambar tp semuanya ala2 kelabu asap cenggini lah. Lagi pulak gambar2 tu semua dlm hp En. cikgu, lg lambat  malas la proses nk uploadnye.

Pukul 1.30 tghari kami semua dah nk balik. Kakak dah merengek2 nak main lagi. Muncung je sepanjang perjalanan nak turun. Dah pujuk2 baru OK sikit. Lain kali kita pegi lg ek kakak. Best kan dtg sini. Memang tujuan kami pun nak bg anak2 happy. Next time kita datang lagi ramai2 baru syiokkk!!!...Blh la ajak sapa2 yg patut...Ada sapa2 ke nak join???

Masa turun tuh que nak naik cable car sangatlah panjang. Alhamdulillah semua yang dirancang dengan tiba-tiba berjalan dengan lancar dan mudah. Ada rezeki kita jalan2 lagi.

8 comments:

nor said...

hai zana, nak tanya operate cyst tahun lepas tu sakit tak?

Syikin said...

Wah sampai gak uzma n umar ke GH.puas la cuti2 msia kali ni..next trip johor plak ya

Zana said...

nor
lepas operate tu ada gak rasa perit2, then doctor bg morphine sbg tahan sakit, dalam 2 mggu tu rasa la sengal2 sikit bila nak bangun dr baring, so kena bgn pelan2, sama la mcm bersalin csec. awak nk kena operate ke?

Zana said...

alhamdulillah dah sampai, hakim+arissa sampai sana lama dah + byk kali dah huhuhu...
johor trip tu aku dah proposed kat cikgu non...ntah la cemana, harap2 jd..heheheh

nor said...

a'a. kalau ikut plan nye, nak buat khamis ni(24.3.11). zana ada email tak? banyak nak tanya ni..takut..:(

Zana said...

boleh2...no problem
email zana rozana_hani@yahoo.com

kerengga said...

amboi2, syoknya uzma & umar jln2...nanti aunty blh suggest kat uncle utk pi genting pulak..

Zana said...

jom2....mesti iman & izzudin syok pi sana nnt, bwk pi tgk gajah & rusa skali tau

Related Posts with Thumbnails