Friday, March 18, 2011

Holiday School Break : Kuala Gandah

Last-last minute baru En. Cikgu tanya, dah apply ke cuti hr Isnin? Nasib baik dah mmg apply seblm tu, then tiba2 memberi mandat padaku utk memilih mana2 destinasi yg dekat & hanya perlu bermalam 1 mlm sahaja. Ligat la kepala hotakku memikirkan nak pi mana nih???? Bukan taktau nak pi mana, sbab terlalu byk destinasi sampai taktau nak kemana. Thanks so much pada kawan2 yg sudi memberi idea nak ke mana, saja post kat fb mintak idea kawan2.

Setelah habis fikir cons & pros bajet pun ciput jek maka kami telah sepakat membuat keputusan..............

Destinasi ke-2 kami iaitu ke Kuala Gandah. Aik mcmana plak blh terus jd destinasi ke-2 nih....heheheh. Sebab sebelum tu hr Sabtu destinasi 1 kami ke Nilai utk shopping. Tak sangka dekat sangat Nilai nih. Memang dah penah pegi sebelum ni waktu tu Uzma 3/4 bulan. Berkurun lama dah, tak ingat..sbb tu rasa cam jauh jek nk pegi. Ikut je Kesas-Elite-PLUS, 40 min dah sampai, dah menyeberangi ke negeri yg satu lg. Shopping biasa2 je utk rumah kami yg agak kosong bogel tuh....

OK kita sambung cerita destinasi ke-2, mcmana kami blh teringin nak ke sini?? Sebelum ni En. Cikgu dah penah ke sini dgn geng2 anak murid sekolah dia. Dr gambaq2 tu mmg nampak best sgt. Manaci best sorg2, kami pun nk join jugak ke'best'an tuh....

Kuala Gandah terletak dalam negeri Pahang, so, kena lah ambik highway karak. Nampak je exit Lanchang, silalah kona. Dah kona, nanti akan sampai ke simpang tiga dan jumpalah signboard ni.


Ada apa dengan Kuala Gandah?? Tengok kat signboard tu, cuba teka mana kami nak pi?


Mula-mula jalan highway, pastu kami melalui lorong yang dikelilingi hutan dengan sekali-sekala rumah-rumah orang. Lepas tu, kami terpaksa pulak melalui jalan mcm kat atas nih. Agak adventure jalan nih, nampak mcm nak masuk hutan betoi habih la keta kami, kalau bukan sebab En. Cikgu dah penah sampai, sure kami patah balik. Mcm tak caya je ada tempat rekreasi kat dlm nih. Menambahkan lg kepercayaan kami jugak pada En. Garmin nih, sibbaik dia pun ada. Terpaksa menempuh jln adventure dalam 5-6 km jgk la. Dah la masa tu keta kami sebijik ja kat jalan tu.


Akhirnya tibalah kami ke satu kawasan yang nampak berpenduduk sikit. Kawasan yg dijaga dan dinaiktarafkan dengan baik. Jalan bertar dengan parking lot. Ada jugak beberapa bijik van persiaran dan beberapa lg keta lain pun ada. Kami tak keseorangan. Sebelum sampai situ En. cikgu dah buat gempak sbb nampak signboard tapi dah burukkkk sgt. Dia kata tempat ni dah tutup....huwaaaa.... Kalau betoi, memang penat la travel jauh2 sampai sini.

Ye kawan2...kami ke Deerland. Menurut En. Cikgu, Deerland ni diusahakan oleh orang perseorangan. Rajin kan dia. Nak maintain tu lah. Masa dok ronda2 dalam tuh, En. cikgu tunjuk la kat aku tokey tempat tu tengah memotong rumput.

Entrance Fee : RM5
sama je harga dewasa/kanak-kanak. Tapi Umar tak kena la.

Sebelum masuk kena lekatkan dulu sticker kat baju macam Uzma pakai nih. Bila dah masuk ke kawasan rusa/deer, kita akan diberikan sorang sebakul ubi keledek to feed the deers.


En. cikgu yg start dulu, maklumlah dah experience mai sini kan. Tapi menurut En. cikgu lagi, dulu diorang boleh masuk kawasan dlm kandang tu. Tapi kali ni boleh dok luar pagar je. Tp itu pun dah rasa dekat sgt dengan si rusa-rusa nih. Sangat2 lah jinak mereka2 ni. Masing2 kepala terjulur2 nk mkn. Sampai siap panjat pagar tuh...hehehehe... Umar so excited!!!...berani woo dia

Walaupun nama tempat ni Deerland, tapi banyak jugak binatang lain yg ada. Antaranya ostrich/burung unta. Agak genster ostrich ni, dia yang kalut2 nk mai makan, siap halau semua si rusa-rusa nih. Dah la tinggi, rasa mcm nak patuk kepala kita pun ada.

Kalau korang perasan Uzma dok nyorok2 je kat belakang kan. Masa ni dia still takut2, tak mcm adik dia yg terlebih berani.

Dah berani bagi makan sorang without supervision. Dressing pun dah masuk, ala2  ranger dah tu...hehehe

 Dah lama sikit, bila makanan tu nak habih, baru la kakak berani nak bg makan....good girl


Cuba korang teka, binatang apakah ini?? Burung? ya memang burung. Ni la burung puyuh putih. Tak penah tgk lg. Masa nih penjaga tgh bg makanan, kitorang pun mintak la skit, terasa jugak tajam2 paruh tu bila kena patuk2...hehehe

Aku telah membuat percubaan berani...heheheheh...korang berani tak??? Mcm getah/plastik je kulit ular sawa nih. Nampak kilat2 mcm basah kan. Tapi kering je. Paling geli bila boleh rasa badan ular sawa gerak2 kat atas bahu nih. En. cikgu berani pegang je. Bila aku soh bergambar sekali dia taknak pulak. Uzma lagilah. Tak pegang langsung. Si Umar tak payah cakap la...semua tak takut.


Ada banyak lagi binatang2 lain di Deerland selain rusa, peacock, kuncing hutan yg comel sgt.., memerang, tikus belanda...banyak lah. Last skali masa nak keluar tu ada bear. Sunbear.

Diorang bukak kandang lepas nih, bg bear makan susu pekat sambil2 boleh bergambar dgn bear. Malangnya masa ni hujan dah turun dgn lebatnya. Takmau ambik risiko mendemamkan budak2 nih. Plus En. cikgu agak risau kalau tiba2 beruang tu mengamok ke hapa ke...heheheh

Kalau tak hujan rasanya lagi lama kitorang lepak kat situ. Takpe lah itu pun dah rasa puas.

For more info on Deerland please click on the link

Walaupu hujan turun mencurah2 kami tetap nekad meneruskan destinasi seterusnya kat situ. Bukannya dekat tempat ni. Hujan pun redahhh jeee!!!  Kakak dah bersemangat nk bagi Gajah makan kat sini


Memang parking lot full masa tuh. Hairannya memang ramai sangat org hari ni even hujan lebat. Kami pun berlari2 anak nak sampai ke Bangunan nih. Yang menhairankan aku lagi awat semua pakai lawa2 dengan baju kurung bagai. Siap pakcik-makcik-tokwan semua ada. Dah selidik2 baru la kami tau, rupa2nya ada kenduri kawin kat dlm tu. Dalam tu jugak ada quarters utk staff Jab. Perhilitan. Kami main masuk je dalam tu, padahal dah ada signcoard tulus kena daftar dulu.

Ni gambar En.cikgu dulu2 dgn anak murid dia masa & anak murid angkat yg kena cubit telinga...hehehe

Rupa2nya kalau sesiapa yg nak tunggang gajah, mandi bersama gajah kenalah daftar dulu utk mendapat sticker ala2 mcm kat Deerland td tu. Kalau tak daftar setakat boleh tgk & sentuh sikit2 camtu je la. Ada jugak gerai jual kacang tanah, boleh la jugak nakk feed gajah2 tu.

Aktiviti bersama gajah start pukul 2. Kitorang tak tunggu pun, dah la tak daftar kan, nk daftar kena patah balik nun jauh di sana. Oklah dah dpt jumpa-pegang-feed gajah2 tu.



Them with the gajah. Besarkan gajah ni. Gajah yg kitorang feed anak2 gajah je, tak sempat ambik gambar.


Kali ni aku telah membuat satu perbuatan sengal tanpa sengaja kononnya. Sepanjang perjalanan asyik kena perli saja..huhuhu. Perasan kan masa kat deerland tu gambar cantik2 je kan. Sampai kat tempat gajah ni bateri kamera dah kong habih. Terlupa la nk tukar dgn bateri yg baru caj tu. Lagi sengal sbb charger tu pun tak bawak penat je baru beli. Kalau snap pakai handphone plak hp Sony burukku kira ok la jugak gambarnya compared tu hp canggih En. cikgu nih. Lagi tambah sengal aku blh tertinggal plak hp, tp charger hp bawak. dah terbalik kod plak......Sengal dak aku???.... Terkilan sgt byk gambaq takleh nak ambik cantik2. Jangan ulangi lagi ya Zana...selalu terulang

1 comment:

ammi said...

waaaaa...teringin nak pegi sini.hhmmmmm...berani Zana berpeluk ngan ular..tak takut yer??

Related Posts with Thumbnails