Tuesday, March 8, 2011

Selamat Tinggal Blok 84, Seksyen 24

Shah Alam, bandar penuh nostalgia kesayanganku....
Lebih spesifik di Seksyen 24, spesifik lagi Blok 84.
6-Enam-Six tahun kami bermastatutin di sana. Penuh memori suka-duka.

Takkan kami lupa tempat ini.


Tahun kedua di sini (2005), baru saja habis pantang bersalinkan kakak Uzma. Ruang tamu kami waktu itu.
Nampak sikit sebelah kanan tu dapur cinonetku.

Ruang tamu lagi. Kat sini lah paling banyak aktiviti dilakukan. Sini lah tempat rehat-santai, ruang menonton, ruang makan, ruang permainan...segala-galanya berlaku di sini. Waktu ni pregnankan si Umar. Kakak pun tembun lg masa nih. Kedudukan tv pun dah berubah waktu ni, so ruang lebih luas. mcm la hampa nampak

Ruang tamu lagi. Kedudukan ni mmg lama tak berubah. Sebelah kanan ruang tamu ada meja makan cinonet utk 4 org makan. Kat bawah2 kusi tu la tempat adventure-eksplorasi Uzma time dia menyulur/merangkak, diperturunkan pada Umar jugak.

Ruang tamu lagi, taman permainan Uzma+Umar. Kadang2 jadi bilik lukisan Uzma, boleh nampak kan mural Uzma kat blakang tu.

Beralih pulak ke ruang ke-3 paling byk aktiviti. No.2 yang mana? Mesti la kat dapor kecilku.
Ruang ke-3 a.k.a bilik tidur 'utama' la sangat...... Ini masa Uzma 3 bulan. waktu ni katil masih wujud.

Bilik yang sama tapi cuma tinggal tilam saja berserta kelambu yg serabai. Penggunaan kelambu adalah wajib semenjak aku admitted bcoz of denggi. Takmo pkai ubat nyamuk or spray nyamuk, kami ambik alternatif lain dengan memakai kelambu. Ni kelambu ke-2 kami beli kat giant. Yg 1st dah barai. Waktu nih Umar dlm 5-6 bulan. Satu lg sebab takmo pakai katil takut budak yg lasak ni jatuh. Kalau camni jatuh pn takla teruk sgt kan.

Bilik utama ni jadi ruang ke-3 byk digunakan sbb komputer juga diletakkan disini. Bila en. cikgu buat keja si kenit2 ni mula la nk kacau. Terus kena hambat ke ruang-1 td la.

Di tingkat satu di lorong gelap. Ya, tingkat 1 la lorong paling gelap skali. Bila ambik gambar nampak horror jugak keadaan luar rumah kami...huhuhu..Ya la asyik gelap ja selalu. Ni sekali dgn flash nampak mcm...mak aiii...

Laluan ke tangga tengah. Nak naik tak la mengah sgt sbb tingkat 1 jek

Rumah flat kami mmg takdak ground floor sbb dijadikan parking motor. Salah satunya motor en. cikgu yg amat jarang sgt digunakan. Janji ada saja...

Port yg selalu kami ambik utk parking kereta. Dari tingkap boleh namapk in-case kalo ada apa2 berlaku kan. Dah ada kes kecurian pernah berlaku kat sini, So, kena sentiasa berjaga-jaga.

Kat bawah ni jugak la kadang2 kalo aku rajin nak mengankut dua2 beskal tu turun bawah tempat anak2 bermain. Tapi kena berjaga2 jugak kenderaan lalu-lalang. Kalo turun bawah mesti diorang pamggil "Mak!!!!...Mak!!!!....Kak izah!!!!...."
kadang2 ada tambah lagi
"Along!!!!....Angah!!!!!...Ayah!!!!"

Nak melangkah longkang mesti kena cari tempat yg ada jaring2 besi ni demi keselamatan. Dah berlaku insiden jatuh longkang. Bukan setakat Uzma, aku pn kena...huhuhu...

Lagi di ruang bawah.

Semua tempat2 ni memang tidak akan kami lupakan. Banyak sangat kenangan di sini. Suasana pun amat menyeronokkan. Komuniti Melayu yang ramai. Facilities pun byk dan dekat. Kalau lapar & malas nk pegi jauh2, kat bwh blok tu je dah ada gerai jual. Giant, Mydin, bank sekangkang kera je. Memang bestlah kat sini.

Best mcmana pun mulai 2011 kami dah berpindah ke tempat lain. Tak la jauh sgt dalm setengah jam perjalanan ke sini. Bagi en. cikgu masa dan jarak perjalanan ke tempat kerja sama saja. Cuma agak drastik bg diriku. Dulu 10-15 min dah sampai ofis. Sekarang 1/2 jam baru sampai sek. 18..huhuhu...
Takpalah demi keselesaan di rumah. Kini kami menetap di Klang.

Selamat Tinggal Blok 84...Selamat Tinggal Seksyen 24...
Kamu tetap dihati walau jasad sudah tiada.....

12 comments:

Syikin said...

kenangan itu sememangnya indah kan..hehehe
besaqnya umah rozana hani...cepat la buat entry pasal umah baru plak...:)

Zana said...

manada besaq...biasa2 ja sama mcm rumah org lain...

Ida Mohd said...

besar la umah zana.bestnya dah dpt umah baru

Zana said...

biasa ja rumah kami ida...dah rumah sendiri mmg best, nk buat apa2 pn puas hati....jemput la mai rumah wei kawan2...

Mama Tuah said...

byknya kenangan di umh lama.. aku dah buang jauh2 kenangan kt umh lama sbb byk sgt yg pahit dr manisnya. huhuhu

kerengga said...

zana, cantikla kaler rmh baru hg. aku suka. kat 1st floor ada hall tak?brp keluasan dia? tak sabar nak tggu hg upload dekorasi rmh baru pula. have a nice day k

Zana said...

yati rmh lama kt jitra ka byk kenangsn pahit? xpa la kenangan jgk tu, klau pahit blh jd pengajaran/telaadan kn..

lina kaler dia cantikkn? nmpk moden, aku pn mula2 brkenan sbb kaler dia, yg lain2 pn ok sbbtu kami proceed. luas 20x75, ada family hall kt atas tp kecik ja, insyaaallah nnt sku tunjuk skit2, x deco apa sgt pn, budgdt kurenggg

ammi said...

Laaaaaa...Zana tinggal kat seksyen 24 ajer ker.Kat sebelah sekolah menengah tu yer.Ammi memang la sekolah kat sana ajer.tinggal pun kat 17 ajer.Tak sangka nak pindah..terharu baca entry ni...tapi dapat masuk rumah sendiri dan rumah bawah..
InsyaAllah lebih selesa.Cantik rumah baru Zana.

Zana said...

Ya la ammi...dok tang tu ja dulu...hehehe
Ye ke skolah situ dulu, mmg dah tau ammi dok shah alam cuba taktau spesifik kat mana je....
jemput la datang rumah ya semua kawan2....

syalinda johari said...

cantik umah baru diaa

syalinda johari said...

cantik umah baru diaa

Zana said...

tq syalinda...n thanks for coming...

Related Posts with Thumbnails