Monday, April 25, 2011

Dia datang lagi bulan ini

Dah menjadi rutin bulanan. Dia pasti datang, kadang-kadang lambat seminggu, kadang-kadanag cepat seminggu, kadang-kadang on-time. Pasti dia akan datang. Datang kadang-kala disertai dangan rasa yang tidak selesa, kadang-kala sakit. Walaupun tidak sakit, pasti tidak selesa, pergerakan menjadi terbatas. Walaupun banyak brand disogokkan dapat memberikan keselesaan, selembut kapas, tapi memang betul-betul selesakah???. Pastinya lain dari hari-hari normal. Lumrah bagi semua wanita. Begitu hebat ciptaan Allah. Ianya juga merupakan satu indicator kalau ada sebarang perubahan yang tidak elok terjadi pada badan kita, untuk wanita sajalah ya.

Banyak terms yang kita selalu dengar, menstrual, period, datang bulan, datang kotor, mai haid. bulan sabit merah, berdarah, semuanya merujuk pada benda yang sama.  Apa term korang?? Bukannya tidak suka dengan kedatangannya, cuma rasa sikit tidak selesa. Mood kali ni kurang sikit sebab ada sedikit sakit. Dah lama tak sakit macamni. Rasa macam berat sangat kat punggung nih. Rasa macam ada benda nak jatuh tapi still hanging, mcmana nak cerita ye? Susah nak nk describe perasaan ini.

Masa bujangan dulu kerap jugak kena sakit senggugut. So, memang takkan kemana-mana cuma terperuk di katil/sofa sambil tekan perut. Memang betul bila tekan peurt rasa macam kurang sikit sakitnya. Kalau tak tahan sangat siap ambik botol isi air panas tuamkan pada perut. Buat macam ala bertungku gitu. Hehe.

Tapi memang betul la yang selalu orng tua-tua cakap bila dah kawin nanti mesti takkan/kurang sakit sikit. Kenapa ya? sebab dah luas sikit kot...opss..
Masa kecik-kecik dulu tak kenal banyak brand pun, yang paling glemer Lady, Sanita. itu pun mama yang belikan. Tuala wanita adalah benda yang sangat memalukan pada waktu itu. Kalau nak beli pun memang malu sangat-sangat & siap sorok-sorok letak kat belakang lagi nih nak bawa ke kaunter. Dah sampai ke kaunter siap suruh balut macam balut hadiah tu, sebab takmau bagi nampak. Rasanya bukan aku sorang macamtu, bila ke kedai runcit memang sorang lain pun buat macam tu. Cashier pun dah tahu dan memang bersedia nak tolong balut. Haha. Dulu-dulu pun memang lady, Sanita di bungus dalam kotak keras kan, so memang sebijik nampak macam hadiah.

Hadiah setiap bulan.

Dulu mama tak panggil pad/tuala wanita panjang sangat nama, 'modes', macam tak best ja nama dia kan hehe. Modes pun modes la. Penah jugak dengar abah/pakcik-pakcik panggil 'roti planta'. Memang blur sangat-sangat waktu tuh, Apakebendanya roti planta, dah tu bila sebut siap senyum-senyum lagi. Dah dalami sendiri baru tahu rahsia disebalik nama 'roti planta'. Haha.

Teringat lagi satu insiden memalukan, memang tak pernah cerita kat orang, tiba-tiba aku nak membuat pengakuan berani yang sangat memalukan. Eksklufif nih. Hehe. Masa 1st time pakai 'modes' Sanita. Sanita pelekat nya tak lah kuat sangat dan harganya pun biasa-biasa saja. Tiba-tiba mama bertempik memanggilku "Sapa punya nih??? tinggal merata-rata mana boleh macamtu!!!"

Ohh rupanya tanpa tersedar modesku telah terjatuh masa tengah berjalan-jalan. Nasib baiklah waktu tu dah nak 'hampir habis'. So jemnya tak banyak dah dah bertukar rupa (sila jgn imagine). Nasib baiklah jatuh dalan rumah, cepat-cepat kuambil tersipu-sipu malu. Huwaaa..malunya. Nasib baik adik-adik lain tak nampak. Mama sorang saja la saksi. Biasa la budak umur 12 tahun memang masih sangat lasak walaupun waktu itu. Sejak dari itu memang aku sentiasa check, dia masih berada di kedudukan asal atau tidak. Haha.

Kini sekali lagi, pada bulan ini aku mengalaminya lagi. Tapi kali ni kalau terlambat ke tandas samada untuk kes kecil/besar seakan ada satu 'contraction'. Betul rasa betul-betul macam nak beranak tu. Sakitnya!!!. Masa ni jugak emosi kurang stabil disebabkan perubahan hormon yang terjadi dalam badan. Lumrah Wanita.

2 comments:

zuzie's life story said...

la ye ke...cian nyer..ptt ar nampak pucat jek 2,3 hr nih..huhu

bab tercicir tu mmg lawak...akakakka

Zana said...

puca tu sbb tak mekap sama.....semua takdak mood..
tu la 1st time pakai modes...kekekek

Related Posts with Thumbnails