Thursday, April 7, 2011

Heart of the house

Terms from my hubby point of view, Heart Of The House = Kitchen Area.

Entah dari mana dia dapat phrase ni, aku pun tak pernah dengar. Aku rasa sebab staff kat tempat keja dia kalau time raya memang rajin sngat buat open house, tp selalu buat tghari yakni lepas habis waktu sekolah, so tak dapat la kami ikut. Kalau dah open house tu kena la pegi rumah diorang kan, pastu kan biasa la kalau dah pegi mesti meninjau-meround-menawaf satu rumah. Mesti la cantik-cantikkan semua. Itu dah menjadi antara sumber inspirasi lah.

Memang tak dinafikan dlm banyak-banyak area, Kitchen lah area yg paling kami ber'habis' sikit. Kami ada la buat sikit renovation, but not major, cuma area blakang yang open air tu kami tutup dan jadikan kitchen. Budget pun tak banyak sangat. Actually budget utk renovation memang takdak langsung & budget kami pun sangatlah ngam-ngam. So terpaksalah tolak apa-apa yg boleh hold dulu selepas mengambil kira ramai pendapat yang pakar. So, kawan-kawan yang nak buat rumah cantik-cantik dan puas hati, kumpullah duit banyak-banyak tau, baru best nak buat itu-ini, begitu-begini. So, inilah kitchenku, tempat ini jugaklah kebanyakkan masaku dihabiskan. Nampak macam ok la jugak kan. Tapi ada benda yang tersembunyi sebenarnya. Ini cumalah pandangan bahagian atasnya.

Ya betul, memang kebanyakkan barang Ikea..hehehe

Tapi kalau tengok full view akan nampaklah pandangan bawahnya yg agak *&%$#$ macam ini...

|
|
|
|
|
|
\/


Huhuhu...sedikit banyak burukkan? Dengan tong gas buruk tu lah, rak pinggan plastik lagi. Menambah burukkan lagi dengan bontot kuali yang hitam-legam tuh. Menunjukkan betapa rajinnya malas sental aku memasak. Next project in future, kalau tiba-tiba ada duit jatuh dari langit boleh la nak tambah cabinet sikit kat bawah tu. Lepas tu nak sumbat apa pun tak la sakit sangat mata ni memandang.

Sebelah kiri dapurku tingkap yang dipasang dengan blind yang menghala ke jalan belakang rumah. So, tak payah la nak pasang hood sebab pengudaraan pun dah baik plus kami tambah jugak exhaust fan kat atas tingkap tu. Kitchen area ni merupakan bahagian paling belakang dalam rumah.

Sebelah kanan dapur akan nampak lagi satu bahagian iaitu bahagian yang ini....

|

|

|

|

|

|

|

\/


Yup betul, ada lagi satu dapur hehehe. Dapur eksyen-eksyen. So far tungku dapur tu tak penah lagi pakai untuk masak apa-apa, tapi dah siap pasang dangan gas. 2 tungku kat wet kitchen dah cukup. Kalau pakai nak kena sental la lagi yg ni malas, dah jadi double keja.



Asalnya sebelum masuk rumah lagi En. Cikgu nak buat modern style kaler putih. Ya! memang kaler putih sangat cantik nampak modern dan bersih. Sama macam yang ditunjukkan di show house. Look so clean and elegance. Tapi awal-awal lagi aku dah memprotes. Bayangkan kalau tertumpah kunyit ka, rempah ka macammana? Cantik but not really practical. Kalau jarang masak thats fine. Tapi aku memang la yg jenis selalu rajin masak. Dia marah cakap aku malas.

But then, bila tengok sendiri kat show house tu, yang tak pernah berasap langsung dapur memang lama-lama cabinet jadi kuning. Ha!!!..See I told you. So, warna inilah yang menjadi pilihan. Nak kaler yang cerah yang boleh matching dengan table top. Granite table top yg itu saja yg available...huhu. Mostly designed inspired by En. Cikgu la.


Pandangan dari ruang makan. Counter table kalau just nak minum air dan mkn biskut boleh dok sini je. Tapi tinggi jugak la nk panjat kerusi tu memandangkan diriku yang agak rendang



Akuarium ikan bukan plan asal nak letak atas counter table. Buat masa sekarang kat sini saja yang paling sesuai untuk mengelakkan rumah basah dek kerana budak Umar nanti. Sangat rajin budak itu mengocak2. Tambah dah ada ikan ni lagi syok la nak main tangkap2 ikan plak. Ikan-ikan ni bagi menyerikan lagi keadaan. Kononnya nanti nak letak balang kaca yang diisi buah-buahan tiruan. Ok tak macamtu?


Dilengkapi sekali dengan oven. Dah pernah pakai tau, bukan sekadar hiasan saja. Setakat ni dah berjaya buat ayam panggang, bread butter puding, kek coklat yang bantat huhuhu. Kek coklat antara project pertama buat. Maklumlah baru sesi nak berkenalan dengan cik oven ni kan. Microwave tu memang dah lama beli sebelum pindah lagi. Matching jugak kan.

Ok harap kawan-kawan puas hati la dengan penceritaan serba sedikit pasal rumahku yang tak seberapa ni. Bukan nak menunjuk tau, atas permintaan rakan-rakan nih. Mungkin boleh buat panduan untuk korang jugak tak lawa mana pun. OK ke hias mcm ni? Kalau korang ada idea lagi untuk mencantikkan keadaan, sila-sila bagi suggestion, jgn malu-malu.

7 comments:

Syikin said...

cantik la..pelan2 kayuh..yg niaku yg mendengar budget dah sempot...huuhu tapi we need more la cik puan zana..ruang2 lain...heheh padahai dah p tu...aku ni buta sket..hahaha...kena p lagik dan lagik la nampak gayanya...:)

Zana said...

tu la kena buat pelan2...baru bleh nampak kelainan kan, tak la boring rumah dok camtu ja...(alasan org takdak duit), nnt la ku boh skit2, hg nak tgk betoi2 mai lg la rumah aku...lepaih ni mai tgk betoi2..

eyndayusoff said...

Dry kitchen lawa....wet kitchen slowly nanti pasang kabinet bawah so nampak lagi kemas kan :-)

Mama Tuah said...

pandai hampa susun atuq dapuq.. aku bekenan kt avon tu.. mahai x zana?

Mama Tuah said...

avon plak!! kihkihkih oven lah.. cilap eja.

Zana said...

k.eynda, thanks, mmg gitu la cadangnya

Zana said...

yati...hehehe..tekejut aku tiba2 avon plak, tp aku still paham maksud hg klau tak pebetui pun.
oven beli skali set dgn hood+hob. tiga2 tu dlm 3k++..aku beli pun bukan hat branded pun...cap ayam ja

Related Posts with Thumbnails