Wednesday, April 20, 2011

Mengeratkan Silaturahim

Dah lama sangat tak menghayun. Seingatku, waktu zaman belajar dululah waktu terakhir ku menghayun. Tiba-tiba bulan April bulan kelahiranku ada 2 event, event ke tournament ek? Nak kata tournament macam pertandingan besar sangat. Padahal niat nak bermain utk suka-suka saja. Tournament 1 was organized by my beloved office. Yes, sempena FY 2011, thanks so much boss. Its really a refreshment. Boleh dapat full story from my colleague Nora
Tournament 2 was organized by my neighborhood. Persatuan Penduduk Islam B.P. Dengan niat utk mengenali satu-sama lain. Suka sangat kalau kesatuan penduduk yang kuat macam ni. Kalau nk buat event apa-apa pun senang kan. Kalau terjadi sesuatu hal susah atau senang semua boleh dikongi bersama. Salaing bantu-membantu satu sama lain. Dah selalu sangat dengar kes rompak, pecah rumah tapi jiran tak tahu sebab tuan rumah bukan jenis yang bercampur dengan jiran-jiran. Pagi tadi pun baru je dengar kes yang macam ni. Sedihkan kalau jadi macam ni.


Untuk persediaan bermain dengan aman, budak kecik comel ni terpaksa ditinggalkan, bukan bermakna ibu tak sayang, tapi bila memikirkan macammana nak bermain dengan jayanya dengan kehadiran Umar nanti?  Inikan adalah satu pertandingan. Semangat nih! Tapi terdetik jugak di hati, inilah juga masanya utk Umar bertemu dan bermain dengan rakan baru. Rakan sama-sama berlari, jatuh, bangun, bergadoh nanti. Tapi setelah memikirkan hal ini masak-masak kami telah sepakat utk tetap meninggalkan Umar yg hanya sekangkang kera dr Ole-ole, kat sana pun pasti ramai rakan-rakan yg menanti ye sayang. 

Muka budak belum mandi pagi nak kena tinggal.

Ye, we all bertarung di sini. Adakah bakal terjadi pertarungan paling sengit di alam semesta? Semestinya tidak dengan juara masuk longkang. Warga B.P. yang menyertai telah memonopoli pagi itu di Ole-Ole Superbowl and divided by a random group of 4. Kami telah digandingkan dgn pasangan yg memang tak pernah kami nampak. Ye lah baru tinggal situ 4-5 bulan, surau pun tak pernah jejak lagi, banding dgn en. cikgu yg blh dikatakan setiap malam ke sana. So, dah ramai la yg dia kenal. Kak Rahayu & Mjr. Mereka boleh dikatakan weekend family sbb on weekdays masing-masing terpaksa membawa diri luar dari Selangor utk mencari rezeki. Sorang ke Perak dan sorg ke Melaka. Simpati dengan mereka demi anak-anak mereka sanggup berkorban masa dan tenaga pulang setiap minggu. Yang baiknya kak Rahayu akan ditukarkan ke KL start fro next month. Good for her. Apa pekerjaan dia? Belum lagi di tanya. Baru je kenal takkan nak busy body tahu semua hal orang. Cukuplah sikit2 dulu jgn nampak menyibuk sangat. Dia pun tak tanya kita byk sgt.


 Gaya pro sebenar dan pro 'masuk longkang' bermain.

Sebelum permainan bermula aku dah memberikan amaran yang memang aku tak pandai main, dah lama sangat tak hayun. Memamg niat datang suka-suka dan berkenalan dengan semua warga penduduk. Memang itu jugak tujuannya diadakan pertandingan ini. Lega bila diorang pun tak ambil hati dan juga main hanya utk suka-suka.

Budak-budak yang lain semua dah saling mengenali dan memang teman sepermainan waktu petang. Uzma masih malu-malu nak join so cuma lepak kat tempat ibu-abah saja. Kawan-kawan yang dia kenal semua tak datang, masing-masing semua ada hal.

En. cikgu sebelum ni pernah temankan dia bermain dengan kawan2 so tak concentrate sgt cara permainannya dan tahap kehandalannya. Bagiku nampak macam biasa2 saja tapi taklah seteruk aku. Huhu. Hayunan yang kebanyakkan masuk longkang, ada lah sekali spare, itu pun macam nasib je tiba2. Ada kala en. cikgu memberi tips hayunan dan kedudukan tangan. Nampaknya lepas ni kita kena jadikan aktiviti keluargalah lepas ni. Best kan. Bola kanak-kanak pun ada tu, kaler oren lagi.



Kakak well behave on that day. Selesai permainan terasa nak merakam beberapa aksi kakak, tapi gaya ini pulak dia buat. Konon-konon gaya marah dan garang. Haha.


Kan manis senyum macam ni. Terus ada heart terpacul kat tepi. Hehe.


Alhamdulillah No. rumah kami dikatakan no. bertuah. Dah sememangnya aku tahu, group kami tak menang pun. Walaupun ada hadiah dari no. 1 sampai 10. Ni semua pasti gara-gara aku. Ampun!!


Yang menyeronokkan lagi en. cikgu dapat tempat ke-3 untuk kategori individu lelaki. Seronok kemain dia.


En. cikgu with his BFF aka jiran belakang rumah. En. cikgu dah berjaya menghasut kawan-kawan dia jadi jiran. Sebelah rumah pun officemate dia. Pak Yat ni his member since diploma studies. Suatu ketika dulu our anmum supplier. Hehe. Masih bujangan, ada yg berminat?

Ramai ke yang dah kenal? Actually yang betul-betul kenal dan borak dengan team-mate aku je. Yang lain-lain cuma sempat salam dan senyum-senyum saja. Sebab yang lain tu macam dah ada geng masing-masing sbb memang dah kenal kan. Diorang pun tak panggil nak join borak ke hapa. Aku pulak memang jenis pemalu nak terus pegi menyampuk orang tengah bercerita. Huhu.  So, for now cuma kenal jiran-jiran yang memang betul-betul dekat rumah, dah la diorang tak datang join. I'll take it slow. Insyaallah nanti lama-lama boleh la kenal semua orang. Niat yang baik Allah pasti akan makbulkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails