Sunday, April 17, 2011

Sudah Tiba

Dari nama beg plastik tu kalau sapa-sapa yang dah pernah sampai mesti dapat cam kan dari mana benda ini datang? Korang tau dak "cam" tu apa? Org utara sure tau punya lah. Ok lah, yg mana taktau tak payah susah-susah google or tanya, jawapannya ialah "kenal". OK sesi belajar loghat dah berakhir, berbalik pada cerita sebenar.

Kalau korang ingat lagi entry ku yg dulu, ok benda yg dah tak sabar-sabar ditunggu akhirnya sudah tiba!!!!
Thanks so much to zairul aka my sister's best friend yg tolong mengangkut dari sana. So, tak sempat la tunggu nk balik kampung, dapat lagi awal, lagi bagus.

Jom kita bukak kalau ada terselit benda lain sama....hehehe


Wahhh...banyaknya!!!!...padahal pesan satu benda ja, Corelle. Banyak sangat kah duit makcik ini nak beli semua benda-benda ini??

Barang utama cuma cik Corelle tu saja.




Benda ni dapat free di atas pembelian Corelle tersebut. Sama lak barang mcm  yg diimagine. Padahal mmg sebelum ni diorang tak pernah pun tunjuk.



Dan juga dapat free lagi benda ni....seronotnya!!!!. Sekali lagi sama jugak imaginasi dlm BM pulak. Tak sangkanya pandai makcik teka.


Dan mama ku yang sangat prihatin, siap tolong belikan periuk ini. Ya betul kat rumahku belum ada lagi periuk besar.

Selain dari kecantikkan dan keunikkan tudungnya, periuk ni boleh guna atas pelbagai material seperti induction cooker, di mana useless for me. Memang takdak pun. Satu lagi ada muncung kat tepi & lubang tapis kat tudung tuh. So senang la kalau nak drain laksa ka, pasta ka kan.




Ada lagi yang best....

 chen chengg!!!!!.... sila buat nada terkejut
Bila bukak tudung periuk tak payah letak atas meja or work top, boleh selit kat tepi tu je. Cute kan??


Selain itu, kalau perasan ada satu bungkusan plastik yang belum dibuka kan. Demi anak tersayang, souvenier dari sana off course tak dilupakan.

T-Shirt utk cucu tersayang & kain pelikat utk menantu tersayang. Sekali lagi dah aku cakap betapa prihatin & sayangnya mama padaku, memang sudu/garfu kat rumah tak cukup. Yang ada pun caca-merba saja. Insiden berlaku semasa kawan-kawan datang bertandang mai makan laksa...huhuhu malunya.
And also fridge magnet, ehh lupa lak nak citer barang-barang ni dari mana. Langkawi pulau lagenda.


Cik Corelle dah selamat simpan. Bekas simpan pinggan ada satu saja, belasah je tindan-tindan camtu. Dah kata tahan kan.



Buat sementara Cik Corelle ditayangkan bersama-sama mereka. Kita bagi nama "Cik" sebab tak penah pakai lagi aka masih dara gitu. Nanti dah pakai kita tukar jadi "Makcik" pulak heheheh. Siapakah tetamu pertama yang bakal pakai?


Bagi Cik periuk dah bertukar menjadi makcik. 2 hari selepas kedatangan, Cik periuk dah menjalankan tugasannya yang pertama. Well done Cik periuk. Apa yang ku masak?


Cik periuk telah menjadikan sup ayamku begitu lazat sekali...heheheh. Menu simple je, tapi yang ni lah yang paling en. cikgu & anak-anak suka.  Baru dapat beberapa tips untuk menyedapkan lagi sup ayam. Semenjak guna tips ni, melambung-lambung mcm la ringan sgt en. cikgu bagi pujian.


Rasa macam sedikit poyos. Pasal pinggan pun nak cerita. Tapi inilah kali pertama dalam hidupku membeli pinggan 1 set utk diri sendiri. Dewasa dah aku perasan muda.

4 comments:

kerengga said...

i loike ok.hamboi2,rumah baru, set cerelle baru

Syikin said...

cantik...cik correlle...nk cantik kena beli 2-3 set lagik ni...apa tips bg sup sedap tu? bleh try... wah

Mama Tuah said...

cantik2.. suma aku bekenan. hehehe.. just satu ja nak tau.. cer citer per rahsia bg sup ayam to lobeh sodap?

Zana said...

Lina; set corelle & 1st time aku beli set pinggan...hahahaha..yg dulu2 semua cilok hat mak aku & org bg hadiah. Malaih la nk beli byk2 dulu, rumah kecik to'et.

***

nak beli lg berset2 tggu kalau2 tiba2 terpi ke singapore la baru berbaloi. Ni pun gagah gak beli sbb murah almost 35% dr parkson aku tgk, plus dpt brg free lagik, lagi brg free dr mak aku...miahahaha..

***

yati; cantik & ringan sgt yati...jom beli kat nora, dan lg nk pesan nih, kan nora blh bg harga runtuh...

***

Opss pasai resepi sup ayam tu nnt aku citer...surpriseee!!!

Related Posts with Thumbnails