Thursday, April 21, 2011

Sup Ayam periuk baru

Tajuk sangat tak boleh blah. Haha. OK demi merealisasikan impian kawan-kawan yang bertanya, disini saya mempersembahkan resepi asal untuk sup ayam tu. Empunya asal resepi tu di MyResepi. Pada mulanya hasrat nak cari resepi untuk sup tulang. Selalu kena komplen buat sup tulang tak sama macam mama. Kalau jadi pun tak konsistent. Kadang-kadang sedap macam mama. Kadanag-kadang rasa biasa-biasa saja means kurang sedap la. Dalam tengah meng'google' tiba-tiba bertemu jodoh dengan resepi ni.

Nampak sama macam yang selalu dibuat cuma tambah kiub ayam, walaupun utk sup tulang. Kalau tambah ini benda memanglah masak apa pun jadi sedap kan. Satu lagi yang menarik sebab bwg putih & halia ditumis dahulu hingga betul-betul garing berwarna kuning keperangan, lepas tu baru masukkan air ye puan-puan. Part ni sebenarnya paling kritikal dan ialah yang menentukan kesedapan rasa sup itu nanti. Jangan sampai terlebih garing hangit pulak, pahit pulak nanti rasanya. Memang kaler sup nanti pun akan berwarna keperangan sikit. Sebab dah sedap, so aku cuba aplikasikan pada sup ayam, ya betul memang masuk jugak dengan ayam dan proses memasak off course lagi cepat. Cuma tak letaklah cili padi, barulah anak-anak pun boleh makan sekali.

Cuba ye kawan-kawan, ntah-ntah hampa memang dah tau dah, aku yang ketinggalan ketapi?. Hehe. Enjoys. Sekali lagi ku persembahkan gambar sup ayam periuk baru takdak kena-mengena...miahahaha


Sup Tulang

Bahan-bahan ( 4 orang )


500g tulang lembu

1 sup bunjut adabi

2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie

2 1/2 liter air.

3-4 ulas bawang putih

1 cm halia

minyak untuk menumis

daun sup/ daun bawang

bawang goreng

cili padi -kalo nak pedas :)

limau nipis- kalo suka masam2 sket..

2 ketul ubi kentang

1/2 batang lobak merah

Cara-cara
1.Mula-mula cucilah tulang temulang.
2.Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
3.Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
4.Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
5.Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
6.Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
7.Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
8.Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
9.Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
10.Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.

No comments:

Related Posts with Thumbnails