Tuesday, April 19, 2011

What happened on that day?

Awal pagi selepas subuh tiba-tiba terdengar bisikan berhampiran telinga "Happy bithday!!". Jawapan yang diterima oleh sang pengucap "Happy Birthday je ke?" sangat tidak menghargai kan? Tetapi jauh dilubuk hati sangat gembira dan terharu dengan ingatan yang ditunjukan.

Kesian en. cikgu seawal sebelum subuh dah kena bangun bersiap-siap untuk menunaikan tanggungjawab kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna. Begitulah rutinnya setiap hari. Sedangkan aku masa itu, tengah bergolek atas katil ke? Ya, semestinya hari Sabtu hari rehat. Kesian lagi sekali buat en. cikgu yang terpaksa bertugas pada hari cuti. Cuti ganti. Actually setiap pagi en. cikgu memang akan mengejutkanku utk bangun pagi solat subuh dan bersiap sedia untuk rutin setiap pagi yang amat sibuk. Mandi, solat, iron baju, kemas beg anak-anak, kejutkan Uzma bangun tuntuk mandi & bersiap utk ke tadika. Tak seperti en. cikgu yang memang well-prepared, dah siap sedia iron baju sendiri malam sebelum tu. Ya betul! dia iron baju sendiri. itu yang aku pinta, tapi kadang-kadang bila rasa penat/malas sangat baru aku dipujuk utk iron baju. Itu pun iron awal pagi. Terima kasih sayangku, yang sangat memahami diriku. Tak mengapa hal-hal lain biar tidak dibantu, tapi bab iron baju ni memang aku betul-betul liat sikit. Sedangkan baju sendiri pun kadang-kadang malas nak iron, belasah pakai macamtu saja. Teruk kan?

Cuma bezanya pagi ni lebih istimewa, panggilan bangun tidur kali ini disusuli dengan ucapan istimewa dari yang tersayang. Semestinya ucapan "Terima Kasih" diucapkan selepas itu.

En. cikgu memang sangat susah kalau nak diajak berjumpa rakan-rakan lama. Sedangkan kawan dia sendiri pun agak susah dia nk jumpa. Sudah agak lama kuingin bertemu dengan teman lama masa sekolah ni. Waktu study dulu tak la rapat sangat, tapi semenjak bertemu kembali di fb, rasa macam dah rapat pulak. Thanks to fb for this. Padahal dekat saja, tapi disebabkan masa dan keadaan, benda yang senang jadi susah. Jadi, inilah masa dan peluang yang patut ku gunakan.

So, for birthday this time, tak mintak apa-apa pun, cuma bawakkan ke rumah rakan lama yang memang nak jumpa sangat-sangat nih. Hari ini merupakan hari akikah untuk anaknya yang ke-2. Ampang, memanglah macam dekat sebab dalam negeri Selangor jugak. Tapi mengambil masa 1 jam jugak nak sampai. Dengan confident aku cuma key-in coordinate yang diberi. Totally ikut semua arahan gps. Bawak jalan jauh dan makan banyak duit pulak tu. Tapi demi keinginanku, si suami tersayang ikutkan saja dalam perjalanan kena bebel jugak. Malangnya si gps yang konon canggih sangat ni dah bawak kami ke tempat lain. No. rumah yang sama tetapi tempat berlainan. Hati rasa sikit kecewa, dah pukul 4 masa tu, sedangkan majlis tamat 4.30 petang. Tak buat homework, patutnya aku kena search google map for back-up, tapi nak percaya 100% pada cik gps ni kononnya. Ini lah akibatnya. Demi tidak mengecewakan birthday girl, en. cikgu berusaha lagi dalam bebelan call kawan-kawan yang tahu dan google map thru hp. Alhamdulillah sampai jugak kami ke sana walaupun sampai dah tepat pukul 4.30. Makanan almost habis, tapi khemah masih ada, asap kambing pun dah tak nampak, tapi itu semua tak penting, janji dapat ketemu dengan teman yang dah lama tak jumpa ni.


Azlin, kalau tiba-tiba terbaca entry ni sorry ye, ambik gambar posting kat sini without your permission. Rasanya lin tak kisah sebab dia publish kat fb jugak.


More than 10 years tak jumpa, Azlin tetap gorgeous seperti dulu. Tapi bukan senang nak maintain mcm ni. Memang dia sangat concern dengan penjagaan diri. Percaya tak dia masih dalam pantang (day 33) utk anak ke-2 tapi masih macam anak dara. Nampak macam aku plak dalam pantang nih. Terharu sangat dapat berjumpa kembali. Really love that moment. Memang tak dapat borak lama-lama sangat and I understand bila dah kenduri mcmni semua org nak kena layan. Walaupun dah habis kenduri ada lagi yag masih bertandang. Bila dah lama tak jumpa dan borak-borak, rasa macam suara Lin dah lain sikit, ke sebab aku yg tak ingat hehe.

Khalis Zyad yang so adorable.


Khalis Irfan dan Khalis Zyad. Tak sempat nak kelebek lama-lama baby sebab abangnya yang protective. Always want to kiss adik dia and peluk-peluk.

Sama-sama laki bini macam tak kawin lagi. Both memang pandai jaga badan. So admire to both of you. Azlin so lovely even masih dalam pantang with her charming husband.

Cantik kan buaian baby ni? Memang orang-orang sini, I mean Selangor/KL wajib ek buat majlis berendoi semua ni? Tak penah nampak sebelah Penang/Kedah buat majlis grand macam ni. Dah macam pelamin kan? So sweet.


Esoknya kami berjalan-jalan lagi ke PAS, en. cikgu nak beli sesuatu utk tugasannya. My sweet, lovely husband tiba-tiba ajak makan di sini. Thanks so much my love, dah la bawak jauh-jauh semalam, ada lagi tanda hati darinya.

 Macammana nak jadi macam Azlin nih? Rasa saja nak jadi, tapi applicationnya tidak. Utk hari istimewa kita skip dulu ye ye ke hari ni saja?.

Really love their muffin. What's your flavour?  Mine and hubby off course Vanilla.

Oh ya, masa ni ada promosi, for every 2 sets of quarter meals, you are entittled for this kid set. Berbaloi jugak kan. Memang hari tu we bring along Uzma and Umar.


Thanks so much also to all my friend and family yang wish thru FB, phone call, sms, face to face. I really appreciated it. Kalianlah pelengkap hidupku di kala suka dan duka. Kalau korang semua tak ada, maka bosanlah perjalanan hidupku.

Especially to my beloved family, my husband & kids. Thanks so much abang, penat-penat balik keja, terus bawak we all pegi Ampang hari tu. Kehadiranmu menyempurnakan hidupku.

2 comments:

Mama Tuah said...

amboi romantiknya bg non.. ha bab iron bj ni aku pun surrender jgk. alhmdulillah abg kml pun dh lm iron bj sendiri. kdg2 ja nk merap ngn istri.. hehehe

Zana said...

dia romantik ada time la, yaka abg kamal mcm tu? lega sggh no, bg non ni satu cerewet sama, kalo aku malaih aku iron cincai2 nnt dia bising gak, line byk lah...apa lah lg...iron sendiri la nk puas hati...kejam dak aku?

Related Posts with Thumbnails