Tuesday, May 31, 2011

Buah Tangan Kampungku

Kepulangan ke kampung atau kedatangan mereka dari kampung sememangnya sangat menyeronokkan dan menguntungkan. Sebabnya selain daripada dapat melepaskan rindu yang terpendam pada sanak saudara, off course lah akan ada buah tangan dari sana kan.

Kedatangan mama, abah, shiela dan ayu kali ini harusslah akan ada habuannya jugak, anak kesayangan yang jauh di perantauan kann. Kesian dah lama tak dapat rasa masakan mama.

Memandangkan baru pindah dan ada la tanah ceno'et kat kiri kanan porch tu, maka adalah sedikit ruang untukku berbakti pada tanah dan menjimatkan duit. Setakat ni kami baru tanam rumput....heheheh.

Alhamdulillah mama dah lama tolong semaikan anak pokok nih sebagai hiasan di taman larangan.


Korang kenal ke pokok apa ni?
Ish..ish..ish...yang tu pun taktau. Sila teka sendiri...
Nak beli kat sini barang 3-4 helai daun pandan pun dah 50 sen. Kadang-kadang nak pakai selai je, belen tu lama-lama layu di tasik madu je. Sama la daun kari pun, sekali nak beli sure kena satu dahan, bukan urat kecik-kecik tu, satu dahan bersamaam 20-30 tangkai. Itu pun dah seringgit, padahal nk pakai setangkai je kan. Arwah camtu jek dalam peti ais kan. Demi mengelakkan pembaziran sempena kenaikan tariff elektrik nih, mama kesayangku telah membantu dengan membawa pokok-pokok nih. Thank you so much mama!! Sememangnya tangan mama ni sejuk, tanam la apa pun insyaallah tumbuh dengan jayanya. Harap-harap tanganku mewarisi tangan mama.

Misi selepas ni nak mencari pasu untuk pokok-pokok peliharaanku. Moga mereka akan hidup dengan subur dan berjasa dengan baik.


Satu lagi benda yang wajib bawak balik ialah ini!!!!

|

|

|

|

|

|

|

|

\/

 

Apakebenda nih?
Ini ler tulang lembu, ekor lembu daging lembu beku dan isi ayam beku.
Banyak nih, stok utk 2-3 minggu jugak nih....
Sayangnya mamam+abah dengan ku...
Apasal takbleh beli sendiri ke kat sini???

Sememangnya stok sangat banyak kat rumah mama+abah sebab abah supplier bagi semua peniaga dan penjual daging. Kira senang cakap 'Tokey Daging'. Ni la panggilan pekerjaan abah di kampung. Nama Glamour 'Sidee Daging'.

Aku tau....mesti korang akan cakap "PATUT LAA....."
Elehhh...mcm la org tak perasan. Memamng pun ramai yg akan kata camtu bila tanya 'bapak kerja apa?'
Sedari azali lagi badanku memang tembam dan bulat...sampailah sekarang huhuhu....

Alhamdulillah janji sihat dan bebas dari penyakit. Dan yang penting suami masih sayang. Walaubagaimanapun masih jugak berusaha untuk mengurangkan berat badan azam setiap tahun yang tak pernah tercapai setakat mana yang boleh dan termampu.

Minggu depan nak balik kampung lagi...Yeeehaaa!!!! Off course akan ada lagi buah tangan yang akan diangkut. Syoknya balik kampung.

4 comments:

eynda said...

Bestnyer boleh bawak balik buah tangan macam tu :-)

Zana said...

Hehehehe..bestkan kak eynda, ala kak eynda kalo balik kg pn mesti ada gak angkut kan...kg zana takdak dusun, ada dusun daging je byk...hehehe

ammi said...

waaa...tiba2 ammi kepingin sup ekor la pulak!!

Zana said...

sedapnya sup ekor....nk kena balik buat lah....ekor tu dok ada tak buat apa pn lagi...

Related Posts with Thumbnails