Friday, May 6, 2011

Delima

 Malam tadi masa tengah relax-relax susukan Umar tiba-tiba terdetik pasal Delima. Ya, Umar masih menyusu, dalam proses nak pisahkan tapi sangat tak sanggup huhu. Banyak sangat kaitan DELIMA dalam hidupku.

 Buah Delima memang sangat sedap dimakan. Akan makan terutamanya semasa mengandung, menurut ibu mertuaku, perempuan mengandung elok makan buah delima dan jangan buang atau skip even 1 biji. Sebab dalam 1 biji besar buah delima tu akan ada 1 biji kecil penawar. Sedap la plak tengok gambar buah delima nih, harus pergi cari lepas ni. Kaitan buah delima? salah satu buah kegemaranku.



Delima juga dikaitkan dengan perempuan cantik yang mempunyai bibir menawan 'bibir bak delima merkah'. Adakah bibirku semenawan itu?? Mesti la... perasan gila nak mampus, sebab tu ia berkaitan. Hahahaha....




Tiba-tiba pulak ada logo sekolah. Inilah sekolahku. Ya semasa di primary school, aku berada di kelas Delima selama 3 tahun berturut-turut. 1 Delima, 2 Delima dan 3 Delima. Delima merupakan kelas paling corot. Oleh itu setiap tahun dan penggal aku sentiasa dapat No. 1 dalam kelas Riak gila baby. Tapi bila masuk darjah 4, kelas mula disusun mengikut prestasi, so, on-off la no. 1 tu sebab ramai pesaing.



Lagi sekali logo, kali ni logo kolej kediaman ke-6 semasa belajar di UPM. Sekali lagi ku bertemu jodoh dengan Delima sebab ditempatkan di blok Delima. Masa ni dapat bilik no. 007, best wooo..no. bilik James Bond.





DELIMA hingga ke hari ini begitu dekat denganku. Rumah kediaman kami sekarang ni terletak di Lorong Delima jugak. Begitu kuat semangat ke'DELIMA'an dengan aku. Hahaha.



Agaknya apa "DELIMA" lagi yang bakal menyusul selepas ini????
Adakah bakal dihadiahkan dengan cincin batu delima???


 cantiknya!!!!!!!

Moga impian menjadi kenyataan...tak la berharap sangat tapi kalau dapat alangkah seronoknya hidupku. Dan semoga semangat 'DELIMA' yang baik-baik sentiasa menemani perjalanan hidupku.

2 comments:

Ida Mohd said...

apa lagi zana..mintak la cikgu hasnol belikan cincin batu delima.nanti tayang kat budak2 averroes tu..kikiki............

Zana said...

klau org nk bg takpe takyah mintak2.....post kat sini nnt dia baca gak ida, kira ni mintak cara halus..heheheheh

Related Posts with Thumbnails