Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI



Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin. Berhati-hati masa balik kampung nanti.
Raya secara bersedehana supaya lepas raya nanti tak kopak sangat.
Jangan malu-malu jemput saya ke open house nanti..:)



Tuesday, August 9, 2011

Cabaran Berpuasa buat Uzma

Alhamdulillah dan sangat tidak sangka. Memang tak la mengharap sangat, tapi memang sungguh tidak menyangka dengan kemampuannya. NURUL UZMA BERJAYA PUASA PENUH. Penuh sehari la, takkan sebulan pulak, baru 9 hari kita berpuasa kan.

Tahun lepas masa 5 tahun setiap hari Uzma berjaya puasa separuh hari waktu hari pertadikaan (ganti persekolahan..heheh).  Memang tadika Islam nak menggalakkan murid2 berlatih berpuasa dan menghormati bulan puasa. Alhamdulillah tak sia-sia hantaq situ. Tahun ni lebih berjaya sebab faktor dan keadaan sekeliling jugak. Tahun ni kan dah start dok taska, so ramai la kawan2 seumur Uzma yang puasa, ada jugak kawan2 dr tadika yang sama. Of course la malu nk makan kan.

Hari pertama kakak tak sahur, tapi dia still nak meneruskan posa dia, tapi aku tak bagi, memang pun sampai rumah je terus mintak susu. Kesian sangat tengok melepekkk ja. Oleh kerana keinginan yg kuat berpuasa makan setiap pagi kakak dikejutkan untuk bersahur.
Alhamdulillah senang plak bangun, sekali kejut ja. Memang Uzma jenis yg senang bangun bila dikejut. Hari pertama Uzma sahur berselera plak dia makan, tapi kena makan bersuap la. Takpalah kakak, nak bangun sahur pn ibu dah cukup bersyukur sangat.

Setakat ni dah 6 hari Uzma berpuasa penuh, Alhamdulillah. Hari cuti memang byk sikit cabarannya terutama bila suap adik Umar makan. Dan2 lapar jugak dia. Dapat puasa banyak tu pun ibu dah cukup bersyukur kakak. Ikut kemampuan sebab tahun pertama nak cuba.

Si abah, maktok dan pakcik2 plak yang risau bila tahu Uzma puasa. Takut nanti Uzma kurus sangat.
Takpa time sahur dan berbuka nanti kakak Uzma mkn banyak-banyak ek.
Menu utama of course lah laksa, memang setiap hari kena beli nasib baik beli je. Satu hari tu ibu buat gulai ikan bawal, wuish!!! 3 kali tambah, abah pun for the 1st time berbuka dengan bertambah. Rasa puas hati sangat masak.


Sangat-sangat berbangga dengan pencapaian Nurul Uzma dalam berpuasa. Alhamdulillah!!!!
Walaubagaimanapun, solat pun tak boleh lupa, perlu didahulukan dari berpuasa. Pelan-pelan kena biasakan.
Insyaallah kita cuba sama-sama.

Ya Allah! Bantulah hambamu ini untuk mendidik anak-anak menjadi umatmu yang beriman dan beramal soleh!

Tuesday, August 2, 2011

Harapan Ramadhan


Ramadhan yang datang kali ini rasa sedikit berkobar-kobar. Ramadhan yg dulu-dulu tak rasa sangat macam nih. Entah kenapa. Maybe bersemangat sebab dah pindah. Yup, our first Ramadhan di sini, di rumah sendiri. Alhamdulillah bersyukur sangat dengan rezeki & limpah kurnia yang telah Allah berikan.


Bersemangat dari segi apa? Masak kah? Shopping kah? Bukan itu yang dikejar di bulan yang mulia ini tapi still kena buat jugak benda2 tu. Harus bersemangat untuk beribadat kerana keberkatan yang diperolehi dalam 30 hari ini adalah berlipat kali ganda. Dan 6 tahun tak solat Tarawikh di surau atau masjid. Terukkan? Insyaallah nak cuba buat pelan-pelan kat rumah, setakat mana yang sempat dengan kelibat kanak-kanak tu. 


Selain daripada solat Tarawikh, banyak lagi amalan-amalan yang lain boleh dilakukan.
Bagaimana kah caranya? Di sini ada beberapa senarai amalan yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan. Ayuh kawan-kawan!!!...Cepat rebut peluang kali ini. Kalau Ramadhan yang dulu hanya disia2kan, kita cuba perbaiki tahun ini. Belum tentu kita dapat bertemu Ramadhan lagi.

Amalan Dalam Bulan Ramadan

PAGI
1. Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya
2. Zikir
* La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)
* Allahu Akbar – Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)
* Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)
* Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)
3. TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)
4. SELAWAT: Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali
5. SOLAT SUNAT
* Solat sunat Isyraq
* Solat sunat Dhuha
* Solat sunat Tasbih dan
* Membaca al-Quran
* Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)
TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur – Fardhu Zuhur – Sunat Zuhur serta doa
ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)

PETANG
1. Solat Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid/doa
2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3.Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari – setiap hari
5.Selawat: (10/100 kali)


MAGHRIB:
* berbuka puasa – solat Maghrib dan sunat Maghrib
* solat sunat Awwabin
* membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)


ISYAK:
* Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak
* Solat sunat Terawih, sunat witir
* membaca al-Quran

TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh
* Solat sunat wuduk
* Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa
* Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)
* Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).
* Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).
* Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa – antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)


BERSEDEKAH:
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.
Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.
Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.


Doa Ramadhan:
Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Sumber: Berita Harian
Picture from Google search
Related Posts with Thumbnails