Monday, December 19, 2011

Highland Holiday Part 1 (Genting)

Cuti sekolah hujung tahun memang ada plan nak bercuti jalan-jalan. Memandangkan plan yg last minute so main redah saja apa yang ada. Asalkan dapat berseronok kat mana-mana pun tak kisah.

Our unplanned Highland Holiday day 1.
Ya memang dah penah pergi ke Genting Highland sebelum ni, tapi kali ni akan lebih meriah disertai dengan family adik2 En. Cikgu. 3 family kesemuanya akan berseronok dan bergumbira di kota keriangan nun di atas sana.
Plan asal adalah untuk bermalam disana memandangkan tiada bilik yang kosong kerja last minute mcm ni la. Untuk mengelakkan kesesakkan manusia diatas sana dan diatas pengalaman lalu kami mengambil keputusan untuk bertolak awal pagi. Maklumlah hari Sabtu, musim cuti sekolah plak tu, silalah bayangkan mcmana penuhnya manusia nun diatas sana nanti. Penginapan mlm sebelum tu ditaja sepenuhnya atas kami, kalau ada kekurangan mohon maaf lah ye.
Seawal 6.45 pagi kami semua dah bertolak dan sampai di stesen skyway lebih kurang 8 pagi.
Skyway operation hours : 7.30 am - 12.00 midningt daily

                                   Ticket price: Normal two-way (return) RM10.00 per person

Sebelum bergerak menaiki cable car, setelkan apa yang patut dulu, anak berak, nak terkencing sejuk pagi-pagi nih..semua2 lah...memang sangat sejuk pagi2 tu dan sekarang kan musim hujan plak, feeling over sea gitew. Cuma mulut jer tak berasap bila bercakap. Haha.

Nak naik pun tak payah nak beratur panjang- bak ular dipalu. Terus direct ke pintu keluar. best je kan tak ramai org.

 Umar yang sangat-sangat happy dapat naik lg cable car. Sepert biasa akan senyap sunyi masa mula-mula naik, kan cable car akan meluncur laju dulu dari stesen.Terkesima sampai ternganga menikmati keindahan gunung-ganang negeri Pahang di waktu pagi yang tak mandi.
Motif aksi nganga mulut saja nk bagi nampak mcm happy sgt! Bila suruh senyum jadi lain plak muka dia sebab senyum control gitew. Haha


Muka Umar bila disuruh senyum. Jadi pelik plak muka dia punya la nk control...huhu, but still cute

Pemandangan dari Genting Highland pada 8.15 pagi 

Lengangkan...heaven jer jalan sesuka hati. 

Sambil-sambil tunggu beli tiket theme park, posing-posing dulu ye. Ni Family cikgu Ae & cikgu Ina dari Manjung. 
Nak beli tiket que agak panjang jugak dalam 20 org ke depan walaupun semua rides belum dibuka sepenuhnya. Rides open at 8.30 - 9 am. Kitorang beli inddor theme park jer memandangkan kanak-kanak riang je yang bersungguh- nak bermain disamping mak bapak riang. Haha
                        Indoor - Outdoor - All Park

                                                              Adult -    30    - 46        - 62
                                                              Child -    28    - 31        - 41
       Family Package(2 Adults + 2 Children) -   102   - 138      - 185
          *Children: Below 12 years old & height above 90cm


 Ride pertama pagi itu. Tak payah susah2 nak berebut atau beratur. Terus masuk dan duduk dibantu oleh kakak yang cantik. E'ehh..mcm aunty tikah la kakak ni. hehe
Datang sebelum ni Umar tak lepas ketinggian, so kali ni memang seronok bukan main dia, byk rides yg dia dah boleh naik. Tiap2 kali lalu & nampak kami beria-ia dia melambai, nampak happy sgt, kami pn lagi sangat berganda happy memandang anak2 yg sgt happy di atas pemberian yg tak seberapa ni.

 Lengang lagi time nih, boleh terjah sesuka hati mana-mana rides tanpa perlu beratur. En. cikgu yg penuh dgn ganget2nya.

 Kakak Uzma feeling ala2 princess menunggang kuda. Gaya dah ada tu.

Red train  ni memang takdak sapa pun yg naik, kami ja la yg kongker. Seronok nk ketuk loceng2 tu, bising je bila kitorang naik.

 Sorry memang tak ingat nama2 ride kat sini. Masa naik menatang ni Suhail takut sgt, tutup mata sepanjang jalan. rupa2nya dia takut sebab menatang yg kami naik tu Naga. Bila dah masuk dlm tu tak perasan pun.

En. cikgu with Family En. Edet & Cikgu Fini. Diorang ni selalu datang KL/Shah Alam tp ni la 1st time naik ke sini. Sungguh2 kami tak sangka sbb diorang ni memang kaki jalan. Hairyl si baju hijau pn ada sama. Kena tinggal dek mama & abah dia. Diorang dah lama turun bawah, menunggu kami yg tak habis lg berjimba-jimba kat atas. Alang2 dah pergi biar puas2 kan. Haha


No comments:

Related Posts with Thumbnails