Thursday, December 22, 2011

Highland Holiday Part 2 (Cameron)


Amaran!! Entry kali ini adalah sangat panjang & mengandungi byk gambar. Kes malas nak buat byk2 part. Sekian.

Our unplanned Highland Holiday day 2.
Plan asal yg last minute tu bercadang hari ke-2 adalah hari untuk berjimba ke Pulau Pangkor memandangkan Cikgu Ae & Cikgu Ina akan kembali semula ke Manjung. Tapi memandangkan diorang tak jadi balik ke sana sebaliknya meneruskan perjalanan terus ke kampung, maka kami pun kensel la jugak nk pegi Pangkor. Takdak port nak lepak bila dah penat2 nanti.

Maka kami pun meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Nak stay up for a week. Yeay!!
Sebelum tu dah we all lunch kat sini setelah penat melilau mencari kedai & idea nk mkn apa
JM Beriani Seksyen 7...sedapnyaaa bila teringat!!
Ditaja oleh kami sempena anniversary kami hari tu.



Beriani kambing & beriani ayam panggang special. Beriani gam not available plak hr tu. 

Dihadiri adik maknjang fini turut memeriahkan suasana.

 Ada lagi desert lepas tu. Kali ni ditaja oleh ayah njang & maknjang plak.
1st time makan, memang sedap sgt especially flavour red velvet & melon.
Tapi takbleh selalu2 makan, rabak poket nanti.

Nyum!! Nyum!!

Ditengah-tengah perjalanan konvoi kami berdua, tiba-tiba ayah njang suggest jom naik ke Cameron.
Menarik jugak tu sbb memang selalu jugak ajak En. cikgu naik, tp dia takmo sbb katanya takdak apa kat atas sana. Huhu. Kali ni ramai geng ok skit kot.


 1st time naik ikut simpang pulai memang jalan taklah seteruk Tapah. Sepanjang perjalanan ramai byk gerai org asli menjual durian, petai & rebung. Blh singgah balik nnt nih.
Lebih banyak kereta turun berbanding yg naik. Maklumlah hari Ahad, mesti ramai yg dah nak balik. Kami bertolak pun dah petang.

Singgah sebentar di Masjid Kg Raja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya.
Sejukkkkk sgt air bila disapu ke muka...Brrrrr!!!...

Sampai di Brinchang ada jugak jem dibeberapa tempat terutamanya di kawasan pasar malam. Meninjau-ninjau mana tempat yg sesuai utntuk kami berlabuh malam tu. Dari kejauhan nampak hotel ni macam menarik sgt sebab terletak di atas bukit. Survey jugak hotel2 lain akhirnya Country Lodge Resort menjadi pilihan. Dapat rate rendah skit hasil dr perbincangan En. Cikgu. Well done!!!


Cantikkan buiding & view resort ni, dgn pokok pine tu betul ke? memang nampak mcm kat over sea je.
Aksi manja sempena anniversary..hoho

 Kami ambik jenis apartment yang mengandungi 2 bilik.
Tapi yg kurang bestnya 1 bilik dua2 katil queen, 1 bilik lagi dua2 katil single. Bilik air pun 1 je kat bilik yg katil single. So agak kurang privasi utk 2 family. Memandangkan kami ni adik-beradik, so agak tak kisah la di situ. RM 258 per night

Setelah berehat-rehat lebih kurang, malam tu kami keluar untuk mengisi yg mula mengalunkan irama rock.
Makanan kat sini semua byk sayur, timun pun tak pakai timun biasa, pakai timun jepun or zuccini. Lebih sedap, manis & rangup tau.
Start malam tu perut mula rasa tak best. Akibat makan kcg panjang perut terus berangin berpanjangan...huhuhu

Ayah njang & mak njang yang selalu sedondon. So sweet kan... 

Malam tu kami sempat ronda di pasar malam tapi malangnya hujan makin lebat turun, sempat beli sikit2 je.

 Pemandangan dari balcony di waktu malam.

Esok pagi yg agak lewat, kami bersiap2 untuk mecari sarapan pagi. Oh ye, penginapan di sini without break fast ye...
Posing dulu di balcony untuk pemandang di waktu pagi yang sangatttt..sejuk...Nampak berasap tak mulut??
sila jgn percaya

Our happy family 

Destinasi pertama kami be Bharat Tea Plantation. Memang tak sah kalau tak bergambar di ladang teh bila di Cameron Highland. Ini adalah tempat wajib. Tak turun jauh2 pun syarat ada dlm pokok teh je. maklumlah perut meragam.

 Ayah njang & Maknjang yg comel. Diorang tak turun pun, ini merupakan kunjungan mereka yg ke-3 ke Cameron Highland utk 2011. Hebat kan? Hehe..

 Tak lengkap lawatan kalau tak merasa teh di cafe. Maklumlah sebelum ni dok skodeng blog Acik Syikin mcm best je bersantai kat sini.

 Menu pilihan kami. small pot Classic Tea & Carrot Cake. Share2 je mkn sbb baru lps heavy breakfast td. Nak merasa je. Memang sedap Carrot Cake tu, kalau topping dia lg byk laaaagi sedap.
RM 17++

Seterusnya kami dibawak ke Big Red Strawberry farm oleh Ayah ngang & mak njang yg dah expert.
malangnya tak blh petik sendiri plak strawberry kat sini.
Selain strawberry mcm2 ada kat sini.


 Di celah bunga-bunga yg mekar segar & cantik

Byk produk strawberry base yg dijual. Salah satunya ais krim malaysia made from fresh strawberry
RM1.30 sebatang

Tempat wajib bergambar di sini. 

Cak!! Hehe 

 Sayur-sayuran yg ditanam secara hydroponik.
Nampak segar & gebu je coral salad kat belakang tu kan. Rasa cam nak terjun & berenang kat atas tu..huhu

Perjalanan balik diteruskan. Sempat singgah membeli buah-buahan & sayur-sayuran segar. Bunga langsung tak beli huhu..

Sebelum balik kami singgah lagi di salah satu farm, tak ingat lak nama dia. Sbb nak cari jugak tempat yg blh petik sendiri strawberry. Tapi malangnya kat situ pn takdak. Menurut pekerja disutu memang dah tak byk farm yg open for self pick-up sbb byk yg akan rosak. Ada yg curi bwk balik & makan disitu. Lagi pun hujung tahun memang musimnya makin kurang especially krismas memang takdak lgsung.
Takpelah may be bukan rezeki kami kali ni nak petik sendiri. So, ada alasan utk dtg lagi...hehehehe.


Sebelum menjejakkan kaki ke kampung, kami mendapat khabar gembira iaitu kehadiran seorang lagi anak buah. So, alang-alang dah lalu singgah la sekali utk melawat.
 Alhamdulillah selepas kehadiran 2 org putera, akhirnya si puteri dilahirkan
Sgt bermakna terutamanya utk mummy yg ceaser. Peluang yg ke-4 blm tentu kan.

Nurul Husna Auni yg sgt comel, putih, melepak.
Umi Long masa ni yg masih mamai2 kesan dari ubat bius. Moga kedua2nya sentiasa sihat.

Sepanjang percutian ada jugak insiden yg agak menyedihkan. Kereta Ayah njang dihentam dibumper belakang, dapat la sikit gantirugi tapi masih belum mencukupi disebabkan si pesalah yg buat mcm nak lari-lari. Sudah jatuh, ditimpa tangga, begitulah penangan pada Ayah njang & Mak njang bila kamera diorang disedari tiada semasa berenti solat di Masjid Kg Raja.
Moga-moga lepas ni makin murah rezeki diorang, setiap kejadian ada hikmahnya yg akan menanti dikemudian hari. Semua telah ditentukan olehNya.
Tapi kita semua seronok kan??...

Thank for reading....jgn bosan ye baca entry yg berjela2 nih...huhu..


No comments:

Related Posts with Thumbnails