Monday, April 30, 2012

PP Stories: Melepaskan Rindu

Hari ni merupakn hari ke-17 aku berehat di hosp. Bersamaan kandunganku yg berusia 30 minggu 5 hari. Alhamdulillah sepanjang berehat di sini yg dtg melawat tak putus2, walaupn bukan setiap hari.

Antara pelawat yg ditunggu2.









Pelawat nni mmg selalu sgt ditunggu, dtg setiap hr pn boleh sbb mmg tinggal mama.

Pelawat2 yg ni pn mmg sgt2 ditunggu tetapi memandangkn tahu mereka yg tinggal nun jauh disana, tidaklah mengharapkn kedatangan mereka setiap hr. Perasaan sgt berbunga2 menerima kedatangan mereka ini 2 hr berturut2 bertentang mata, berpelukn & bersentuhn melepaskn rindu selepas 2 mggu hanya mendengar suara dan kata2.







Alhamdulillah..

Semoga liku2 hidup yg ditempuhi hari ini dgn sabar akan dibalas dgn diberikn sinar pelangi dan keindahan yg bakal dikecapi tidak lama lagi di masa hadapan. Sabar ya sayang, kita mesti kuat dan tabah menghadapi semua cabaran dan dugaan untuk menguatkn lagi ketahanan diri kita. Kita mesti yakin dan redha pada Allah.

Wednesday, April 25, 2012

PP Stories: Kelengkapn Diri

Kemasukan serta merta ke hosp menyebbkn byk kelengkapan diri yg tak complete. Di hosp gomen bukan mcm kt private semua alat disediakn. Hanya baju dan alat2 medical yg disediakn, yg lain2 sila bwk sendiri ya dik non......

Angkut apa yg boleh dirumah mama, selebihnya dibeli sedikit demi sedikit oleh en. cikgu.


Wad ibu2 haruslah pakai baju pink kn. Tudung pn pink jugak you! uniform baru setiap hr.

Rupa2nya tidak keseorgn, ramai lg geng2 PP kat wad tu. Wlaupn entittled kelas 1 dgn penggunaan GL en.cikgu, tp bg kes begini harus dikumpulkn setempat spy senang nurse nk monitor kami2 nih.


Selipar pn pink woooo...dr atas sampai bwh serba pink. en.cikgu ni mmg suka aku pkai pink nih....pink kn sweet gitew...


Tak habih lg pink di situ, sampai flask pn dia bantai beli pink jugak. Aku ka dia yg obses pink nih? tp takpa I pn suka. Sampai adik2 nurse pelatih pn perasan betapa pinkynya kakak nih.... Rasa jd mcm adikku shiela plak. Dia mmg gila miss pinky betoi...habih semua benda dia kaler pink. Kalo masuk bilik dia makkk aiii serba pink betoi. Dari dinding, curtain, cadar, almari, motor dulu2, semua benda lah.... takdak variasi kaler.. ehh melalut pasai si shiela plak...

Kebykkan patient di sini akan meletakkn brg2 keperluan dlm bakul. Tp aku letak selonggok je atas almari kenit tuh, ehh almari ka tu? Gamaknya kalo suruh en.cikgu beli bakul mesti dia akan beli bakul pink jugak kn.....


Tak lama kemudian, mama belikan jugak utkku bakul sbb lama lg anak dia nk bermastautin kt sini, senang nk sumbat segala2nya tanpa perlu bimbang kemungkinan brg2 yg nk jatuh & supaya nampak lebih kemas.



pink laaaagi da....

Saturday, April 21, 2012

PP Stories: Hospital

Dari Hosp Tengku Ampuan Rahimah Klang ke Hosp Seberang Jaya......

Bukanlah dibawa dgn menaiki ambulans, padahal tak sempat masuk wad pun di Hosp Klang. Setelah merayu berkali-kali dengan doktor wlaupn diugut dgn pelbagai cerita menakutkn seperti:
- pendarahan yg byk sehingga membawa maut
- kematian bayi dlm kandungan
- hysterctomy (buang rahim)

yg dasyat2 saja diberi, mmg kesemua itu adalah antara risiko placenta previa, tetapi memandangkn tiada pendarahan berlaku serta keadaan baby yg sihat melalui bacaan pd CTG, Alhamdulillah dibenarkn penukaran ke sana.

Kelam kabutlah hari itu jugak mengemas ala kadar apa yg patut utk dibw, persediaan utk tggl disana selama 2 bulan....lamanya huhuhu

Suntikan dexa (steroid) diberikn utk mematangkn paru2 baby sbg persediaan sekiranya berlaku perkata tak diingini. Memang sakit dan pedih cocokan dan kesan ubat di pinggul itu..huhuhu, lepas 15 min dijab masih berjln tercengkeh-cengkeh sampai kena pimpin dek en.cikgu. Lebih malang kena ambik pulak 2nd dose slps 12 jam di Hosp Sebrg Jaya.

Punah jugak harapan utk bermalas-malasan dirumah mama brg 2/3 hari sblm admit ke hosp dek kerana 2nd dos itu..huhuhu. Pkul 4.00 pagi bertolaklah kami dr rumah mama menyerahkn diri ke hosp sblm 2nd jab @ 5.15 pagi. ngam2 sui la....

Sbb utama berpindah ke Hosp Sbrg Jaya bukanlah sbb mengada2 nk blk kg, nak dok hosp jugakkn bukannya blh bergembira dirmh mama pn... Memudahkn urusan seharian en cikgu yg kena bersiap di awal pagi. Umar akan dijaga oleh mama & adik2 yg ada. Alhamdulillah mempunyai keluarga yg very supportive. Segala keadaan & perancangn memang tepat pada masanya. Memang itulah ketentuan Allah. Kebetulan adik bongsu pn bercuti semester yg pjg.....Alhamdulillah lega sikit di situ.

Bakal merindui en.cikgu dan kakak....huhuhu

Friday, April 20, 2012

PP Stories: Placenta Previa

http://assets.babycenter.com/ims/2010/11nov/placenta-previa.gif

If you have placenta previa, it means that your placenta is lying unusually low in your uterus, next to or covering your cervix. The placenta is the pancake-shaped organ – normally located near the top of the uterus – that supplies your baby with nutrients through the umbilical cord.

If you're found to have placenta previa early in pregnancy, it's not usually considered a problem. But if the placenta is still close to the cervix later in pregnancy, it can cause bleeding, which can lead to other complications and may mean that you'll need to deliver early. If you have placenta previa when it's time to deliver your baby, you'll need to have a cesarean section

If the placenta covers the cervix completely, it's called a complete or total previa. If it's right on the border of the cervix, it's called a marginal previa. (You may also hear the term "partial previa," which refers to a placenta that covers part of the cervical opening once the cervix starts to dilate.) If the edge of the placenta is within two centimeters of the cervix but not bordering it, it's called a low-lying placent

REDHA!!!....Itu shjlah yg mampu aku lakukan ketika mendpt perkhabaran ini. Terpaksa berkampung di hospital demi menyelamatkn diri & baby. Aku terima semua ketentuanmu Ya Allah!!!

Sgtlah terkejut bila mendpt tahu aku telah mengalamai keadaan ini dan lg bertambah terkejut bila mengetahui kemungkinan utk berkampung hingga cukup bulan yakni hampir 2 bln di sana.

Ya Allah....permudahkanlah urusan hambamu ini...

Tuesday, April 3, 2012

Mimpi


Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.


Aku pernah bermimpi. Mimpi yang boleh dikategorikan mimpi yang buruk jugak. Sewaktu itu Cuma tinggal aku bersama anak kecilku Uzma berdua. En. Cikgu berkursus selama setahun untuk menjadi cikgu nun jauh di Terengganu.


Dalam mimpi burukku itu terang-terangan dihadapan mataku En. Cikgu sedang berpimpin tangan bersama seorang wanita lain. Bersama-sama hendak berjalan untuk menyeberangi satu jambatan. Dari kejauhan yang mungkin hanya 10 langkah aku menjerit dan memanggilnya. Tapi dia cuma berpaling dan meneruskan perjalanan bersama wanita itu tanpa menghiraukan aku.

Betapa hancur luluh rasa hatiku pada waktu itu. Rasa sedih sangat-sangat. Aku dapat betul-betul merasai perasaan yang sebenar-benarnya apabila melihat dia bersama orang lain. Kenapa???!! Kenapa dia sanggup berbuat begitu??

Serta merta aku terjaga dan bangun terduduk, memerhati keadaan sekeliling. Syukur Alhamdulillah itu hanyalah mimpi. Yang ada disebelahku Cuma anak tersayang yang nyenyak tidur. OK fine itu hanya mimpi. Tapi perasaan sedih itu masih ada. Bukan rasa nak menangis tapi memang dah menangis. Cuba memujuk hati sendiri itu semua hanya mimpi. Boleh sambung tidur lagi.

Tapi malangnya mimpi itu rupanya bersambung kembali. Agaknya terlalu memikirkan benda itu. Terjaga sekali lagi kali ini aku cuba menyedarkan diri. Adakah peristiwa tadi tu umpama mimpi dalam mimpi? Atau lebih menakutkan memang benar-benar berlaku? Alhamdulillah sekali lagi memang ternyata hanya bermimpi. Kali ini aku menangis semahu-mahunya. Tak mahu ada perasaan macam ni. Tak sanggup untuk menghadapi situasi macam ni.

Tanpa membuang masa terus aku sms pada En. Cikgu pada masa itu juga yang mungkin dalam kulul 3-4 pagi. Menceritakan apa yg telah aku alami disertai dengan pesanan dan amaran!!! Jangan cuba-cuba!!! Siap berpesan yang aku akan buang dan bakar sijil kursus kahwin dia. Sijil kursus kawin akan digunakan lagi untuk berkahwin lagi.

Malam tadi, sekali lagi, ya aku bermimpi lagi. Kali ni mimpiku lebih dahsyat. Rasa seperti sangat tidak sanggup untuk menghadapi. Tak sanggup langsung dan tak pernah terfikirkan benda ni.

Kali ini aku bermimpi suamiku yang paling ku sayangi telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Tatkala aku mencoret ketika ini kesedihan masih terasa, meleleh-leleh air mata aku mengalir. Sangat tak sanggup menghadapi jika kedaan ini benar-benar berlaku.

Tatkala terjaga dari tidur aku terus bangun dan memerhatikan keadaan sekeliling. Alhamdulillah dia masih ada lena tidur disana. Astaghfirullahalazim. Mimpi rupanya tadi. Kami terpisah disebabkan Umar yang tidur di atas lenganku. Mata terasa panas akibat dari tangisan dalam mimpi. Perlahan-lahan Umarku alihkan dari atas lengan dan beralih tempat tidur ke sisi dia. Dia ku peluk erat-erat dengan penuh rasa kesyukuran. Dalam pelukan aku menangis teresak-esak, tersedu-sedan, bersungguh-sungguh, semahu-mahunya. Aku menangis dan menangis lagi tanpa henti. Entah kenapa air mata ini tak mahu berhenti.Terkesan dengan perasaan dalam mimpi tadi. Boleh merasai bagaimana keadaan dan dan penerimaan bila dia sudah tiada di sisi. Sangat tidak sanggup. Sesungguhnya mimpi macam ni memang sangat meninggalkan kesan padaku.

TAK MAU LAGI MIMPI MACAM NI!!!!

* masih lagi menangis semasa menaip entry ni....
Related Posts with Thumbnails