Tuesday, April 3, 2012

Mimpi


Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.


Aku pernah bermimpi. Mimpi yang boleh dikategorikan mimpi yang buruk jugak. Sewaktu itu Cuma tinggal aku bersama anak kecilku Uzma berdua. En. Cikgu berkursus selama setahun untuk menjadi cikgu nun jauh di Terengganu.


Dalam mimpi burukku itu terang-terangan dihadapan mataku En. Cikgu sedang berpimpin tangan bersama seorang wanita lain. Bersama-sama hendak berjalan untuk menyeberangi satu jambatan. Dari kejauhan yang mungkin hanya 10 langkah aku menjerit dan memanggilnya. Tapi dia cuma berpaling dan meneruskan perjalanan bersama wanita itu tanpa menghiraukan aku.

Betapa hancur luluh rasa hatiku pada waktu itu. Rasa sedih sangat-sangat. Aku dapat betul-betul merasai perasaan yang sebenar-benarnya apabila melihat dia bersama orang lain. Kenapa???!! Kenapa dia sanggup berbuat begitu??

Serta merta aku terjaga dan bangun terduduk, memerhati keadaan sekeliling. Syukur Alhamdulillah itu hanyalah mimpi. Yang ada disebelahku Cuma anak tersayang yang nyenyak tidur. OK fine itu hanya mimpi. Tapi perasaan sedih itu masih ada. Bukan rasa nak menangis tapi memang dah menangis. Cuba memujuk hati sendiri itu semua hanya mimpi. Boleh sambung tidur lagi.

Tapi malangnya mimpi itu rupanya bersambung kembali. Agaknya terlalu memikirkan benda itu. Terjaga sekali lagi kali ini aku cuba menyedarkan diri. Adakah peristiwa tadi tu umpama mimpi dalam mimpi? Atau lebih menakutkan memang benar-benar berlaku? Alhamdulillah sekali lagi memang ternyata hanya bermimpi. Kali ini aku menangis semahu-mahunya. Tak mahu ada perasaan macam ni. Tak sanggup untuk menghadapi situasi macam ni.

Tanpa membuang masa terus aku sms pada En. Cikgu pada masa itu juga yang mungkin dalam kulul 3-4 pagi. Menceritakan apa yg telah aku alami disertai dengan pesanan dan amaran!!! Jangan cuba-cuba!!! Siap berpesan yang aku akan buang dan bakar sijil kursus kahwin dia. Sijil kursus kawin akan digunakan lagi untuk berkahwin lagi.

Malam tadi, sekali lagi, ya aku bermimpi lagi. Kali ni mimpiku lebih dahsyat. Rasa seperti sangat tidak sanggup untuk menghadapi. Tak sanggup langsung dan tak pernah terfikirkan benda ni.

Kali ini aku bermimpi suamiku yang paling ku sayangi telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Tatkala aku mencoret ketika ini kesedihan masih terasa, meleleh-leleh air mata aku mengalir. Sangat tak sanggup menghadapi jika kedaan ini benar-benar berlaku.

Tatkala terjaga dari tidur aku terus bangun dan memerhatikan keadaan sekeliling. Alhamdulillah dia masih ada lena tidur disana. Astaghfirullahalazim. Mimpi rupanya tadi. Kami terpisah disebabkan Umar yang tidur di atas lenganku. Mata terasa panas akibat dari tangisan dalam mimpi. Perlahan-lahan Umarku alihkan dari atas lengan dan beralih tempat tidur ke sisi dia. Dia ku peluk erat-erat dengan penuh rasa kesyukuran. Dalam pelukan aku menangis teresak-esak, tersedu-sedan, bersungguh-sungguh, semahu-mahunya. Aku menangis dan menangis lagi tanpa henti. Entah kenapa air mata ini tak mahu berhenti.Terkesan dengan perasaan dalam mimpi tadi. Boleh merasai bagaimana keadaan dan dan penerimaan bila dia sudah tiada di sisi. Sangat tidak sanggup. Sesungguhnya mimpi macam ni memang sangat meninggalkan kesan padaku.

TAK MAU LAGI MIMPI MACAM NI!!!!

* masih lagi menangis semasa menaip entry ni....

1 comment:

Unknown said...

Salam...Saya pernah bermimpi suami dengan perempuan lain...byk kali mimpi tapi dengan perempuan yang berlainan...
Allah nk bg petunjuk mungkin..masa sy mengandung 3 bulan tengah tanggung alahan saya dapat tahu suami saya bercinta dengan perempuan lain..dan perempuan tu pulak pakai tudung labuh pulak tu...tahu suami da ada isteri dan nak ada anak tapi masih lg nak berpeluk dgn suami...nauzubillah...jadikan iktibar

Related Posts with Thumbnails