Monday, June 1, 2009

Stroller Adik


E132A Lisbon Stroller

Net Weight : 6.25kg
Features : Suitable from birth to 4 years old
Reversible handle for rearward and forward facing
3-positions adjustable backrest and adjustable footrest
Freestanding when folded
Removable play tray convenient for parents to get growing children


Yea! Yea! Adik dpt stroller baru. Alhamdulillah rezeki Adik daripada rakan-rakan sekerja di pejabat. Semalam akhirnya dpt juga beli stroller yg blh recline sampai baring. Stroller kakak yg dulu masih ada tetapi kurang sesuai utk baby. Selama 2 jam tertelek-telek, tugasan tersebut tentulah diserahkan pada abg. Dia kalau bab-bab memilih memang terlalu teliti.
Nasib baik di Jusco disediakan Baby's room, tatkala Adik kelaparan dptlah berlari sebentar ke sana utk menyusu.
Collection kawan-kawan : RM270
Harga Stroller : RM438.90 disc 20% RM351.12
Duit perlu ditambah : RM81.12

Asalnya abg sgtlah berkenan SCR range, tetapi kurang sesuai utk baby. Memanglah rupanya sgt smart, bergaya & moden. Tetapi keselesaan Adik mestilah menjadi perkara utama. Mata Abg asyik mengerling ke arah barisan Graco. Memang dah dipesan dari awal, kalau lebih dari itu Abg sila lah tambah. Terus diam saja. Tatkala melalui parents yg bawa stroller, pasti dikerlingnya. Hehehe itulah penangan stroller pada Abg. Lawak kan??

PS: Kalau tak kerana collection dari kawan-kawan, tak merasalah kami stroller yg mahal-mahal mcm ni. (Bg kami harga mcm ni pun sgtlah mahal!)

Sunday, May 3, 2009

Susu tak cukup

Perkara yang ditakuti mungkin akan berlaku.
Susu tinggal 2 botol saja lg, tak cukup utk bekalan adik esok. Sure Adik kena topup dgn formula esok. Sedihnya..... Bila ckp pada Abg pasal benda ni dia ckp apa tau..

"Padan muka!!!" Waa...sedihnya. Abg mcm seronok bila dpt tahu adik akan minum susu lembu lepas ni. Bukannya nak encourage kita. Masih belum betul-betul terbuka lg fikiran dia nih...hmmm nak buat mcmana ni.

Mmg betul sedih memikirkan akan nasib Adik esok. Dah la selsema...syian Adik

Mlm ni nk pump 2 kali lg insyaallah, Insyaallah esok adik tak perlu minum susu lembu...

Ya Allah tlglah hambamu ini utk memberikan yg terbaik untuk annakku...

Update: Ya, bermula hari ini Adik telah ditambahkan dgn 1 feeding susu formula. Sedihnya, ibu dah cuba buat yg terbaik. Harap-harap perkara begini tidak akan berpanjangan. Selepas dr hari itu, setiap kali masa mengambil Adik perkara pertama yg ditanya pada baby-sitter :Hari ni minum berapa byk formula???"

Saturday, April 18, 2009

Period

Mustahil!!!! Tapi memang benar. Haid telah datang kembali pada hari ke-46. Lebih memusykilkan lagi keadaanku yg fully breastfeeding. Adik masih belum dicampurkan walau setitik susu formula. Bagaimana benda ini boleh berlaku??

Pandangan mama supaya berjumpa dgn doktor bertanyakan hal ini. Terasa hanya ingin mendptkan jawapan dari Bik Na saja. Hmmm..hairan, hairan, raihan..

Justify FullUpdate :-
Doktor belum berjumpa, tetapi hari ke-2 haid (47) hadir ketulan darah merah cerah+putih seperti mula-mula dalam pantang dulu.

Hari ini hari ke-49 nekad mandi hadas. Hanya 2 hari darah itu datang. Semalam tidak ada tapi sengaja dibiarkan dulu sebg pemerhatian, kalau-kalau dia datang kembali. Mungkinkah ini dikira sbg darah penyakit??? Lebihan nifas dulu yg belum habis?? Harus bertanya dgn yg pakar.
Walaubagaimanapun, setakat ini lebih selamat dikira darah penyakit. Maka perlu diqado solat-solat sebelum ini yg telah ditinggalkan (Peringatan!!!)
Related Posts with Thumbnails