1st time admitted di sini. Bak kata mak aku, secanggih dan seccantik mana pun hospital kalau boleh memang takmo masuk. Layanan memang tip-top & selesa.(promote la plak....)
Thursday, January 28, 2010
Pemotong Perut
1st time admitted di sini. Bak kata mak aku, secanggih dan seccantik mana pun hospital kalau boleh memang takmo masuk. Layanan memang tip-top & selesa.(promote la plak....)
Wednesday, January 27, 2010
Yang dikendong selama ini...
Sekarang masih lagi berisitirehat di rumah. Kenkadang rasa macam melelong-lelong dan pening. Jalan pun pelanpelan lagi walau sakit dah kurang. Sedih sikit perihal susu terpaksa sedikit diabaikan. Maafkan ibu ye Adik. Nanti ibu dah sihat boleh minum puas-puas.

Gambar ini adalah gambar sebenar & bukan di google. Tuan empunya badan tu memag adalah diriku. Kot mana kepala? Rasanya belah kiri kot. Agaknya masa ni Dr. cuba nak keluarkan cyst tu. Baru sebahagian la. Eeee...banyaknya darah.

Inilah saiz sebenar cyst bila dah dikeluarkan. Even yg ni Dr. dah pecahkan skit supaya tak payah koyak besar sgt peutku. Nampak tak cekang sgt kan banding yang tadi. Gambaq ni dah tersebar melas dah...hehehehe...
Memanglah nampak sangat mengerikan. Hakikatnya aku tak sedar apa-apa pun. Tahu-tahu saja Dr. dah kejut bangun, then kat perut rasa macam berpijar dan sakit.
Rupa cyst bila Dr dah pecahkan, dah mengecut. Air yang terkandung didalamnya. Menatang durjana ni memang dapat ditengok & dikebek real life, semua family yang meneman dah tengok. Pastu akan dihantar ke lab for test. moga-moga lab result nanti menggembirakan.
So, jangan tunggu-tunggu lagi kalau rasa sangsi. Better go & check. Scan mcm scan baby tu je. Pap smear pun tak pernah buat lagi, itu pn dah kena marah dgn Dr. Baik sakit sikit daripada nak menanggung sakit yg lg azab. Tapi kalau boleh takmo lah ada apa-apa kan.
Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan diri moga dijauhkan dari sebarang penyakit. Tapi kalau dah takdir dapat, kita perlu redha dan terima dengan seadanya. Anggaplah ini semua ujian Allah. Mungkin Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil dan untuk memberi peringatan pada kita.
DOAKAN SUPAYA CEPAT SEMBUH
Tuesday, January 26, 2010
Terima Kasih Semua

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pembedahan yang dilakukan telah Berjaya. Berkat doa keluarga dan rakan-rakan semuanya berjalan dengan lancer. Tiada lagi kata yang dapat dilafazkan melainkan rasa kesyukuran dan kelegaan yang sangat-sangat. Apa yang dirisaukan sekarang adalah penjagaan luka pembedahan. Harap segalanya lancar dan selamat. Bab-bab penjagaan luka ni agak fail, dari 2 pengalaman bersalin yang lalu kedua-dua lukaku sedikit terbuka. Harap-harap kali ni Berjaya. Maklumlah orang yang berbadan besar ni susah sikit penjagaannya.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga pada keluarga dan semua rakan yang telah sudi
· Memberikan sokongan baik dari segi zahir dan batin
· Mendoakan supaya pembendahan ini berjaya
· berkunjung dan melawat semasa di hospital
· menghadiahkan buah tangan yang tak terhingga banyaknya
· mengajar doa dan zikir yang dapat diamalkan
· membayar premium insurans untuk kos pembedahan….off course my company Averroes Pharmaceuticals Sdn Bhd & Mr Shamshul
· Melancarkan semua proses kemasukan ke hospital
· Dr Siti Esah yang telah melakukan pembedahan dengan jayanya
· Kakitangan Selangor Specialist yang very helpful & friendly
· Rakan-rakan sekerja yang menanggung beban tugas
Tak tersenarai gamaknya, untuk semualah…..terima kasih sangat. Mohon maaf kiranya tak tersenarai. Semuanya kalau boleh dibalas saya akan cuba untuk membalas, jika tak termampu hanya Allah yang dpt melakukannya.
Juga untuk Sikin & Zuzie yang buat special entry for my story on their personal blog. Terharunya!!!!!!
Sesungguhnya saya amat menghargai sangat-sangat di atas semua bentuk penghargaan yang telah diberikan.
Thursday, January 21, 2010
Masanya sudah tiba
KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA, MOHON DIMAAFKAN ANDAI ADA KESILAPAN YG PERNAH AKU LAKUKAN & HALALKAN MAKAN MINUM......
Tuesday, January 19, 2010
Segala yg terjadi pasti ada hikmahnya
Aduhhh...ayat yg ke-2 tu ayg tersentap sikit, mmg salah ku, sebelum mengorder kak nurul mai mmg tak tanya abg dulu, dah nak pi ambik dia baru cakap.......maybe inilah akibatnya kalau dah buat salah....takkan diulang lagi benda ini.
Selasa 19/1/2010 lepas kakak dihantar ke sekolah alang2 dah lalu singgah la terus buat pemeriksaan. Doktor cuma melakukan ujian air kencing, semua OK tp dia menyarankan utk dptkan 2nd opinion to O&G. Tanpa diminta MC diberi, alang2 dah MC baik pegi cek terus...hmmm bagus jugak idea dr ni.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.
Monday, January 18, 2010
Friday, January 15, 2010
Massage
OK jugak K. Nurul ni berurut, mmg berasa la, bdn dia agak berisi jugak macam aku muahahaha... buat semua step lah termsuk yg sengkak2 tu. Dah turun skit katanya.
Thursday, January 14, 2010
Dengki
Ada juga yang mendefinisikan dengki sebagai suatu perbuatan atau tindakan hati yang tidak senang melihat kesenangan (nikmat) orang lain serta berharap agar kesenangan (nikmat) orang lain akan hilang atau lenyap atau pun berpindah kepadanya.
Rasululloh SAW bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling menelikung transaksi orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzhaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula melecehkannya. Takwa tempatnya adalah di sini -seraya Nabi SAW menunjuk ke dadanya tiga kali. Telah pantas seseorang disebut melakukan kejahatan, karena ia melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas sesama muslim yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. ” (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)
ALLOH SWT berfirman:
“Katakanlah, Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai sebuah dari kejahatan makhluk Nya,” kemudian Dia berfirman, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (AI Falaq(113): 1, 2 dan 5).
Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahwa Rasululloh SAW bersabda:
“Ada tiga hal yang menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan iblis Inenolak bersujud kepada Adam. Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang. Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya.” (HR Ibnu Asakir).
So, saudara-saudaraku (yang seiman, maksudnya), marilah kita jauhi penyakit hati dengki ini.
Thursday, January 7, 2010
1st day at school
Sunday, January 3, 2010
Bengkak Susu

Masa kakak dulu pn tak pernah kena lg. 1st time la kena ni. Dah cuba jugak tuam dgn botol panas, mcm ok jugak, Sambil pam dah urut2 skit, ok la....Bg adikhisap lama2, kenkadang dia bergerak terkena kat tempt bengkak tu adussss!!!!...Takpa nak, ibu redha.... Alternatif tambahan lain, boh cool fever, pd pemikiran abg sama gak functionnya mcm kobis, utk menyejukkan...blh dipakai jugak tu.
Semenjak bengkak, susu dah makin kurang....huhuhu sedihnya + stress lagik....
