Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan urusan-urusan sebelum dan semasa membeli rumah :-
1. Pilih Lokasi Rumah.
a). Pilihlah lokasi yang dekat dengan tempat kita bekerja untuk mengurangkan kos pengangkutan ketempat kerja.
b). Pilih lokasi yang stretegik, ada potensi untuk membangun supaya harga rumah dan kadar sewa meningkat dimasa depan.
c). Lokasi yang majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendara dsb.
Satu lg cara untuk menjimatkan minyak....pasang NGV)
2. Pilih Jenis Rumah.
a). Jenis rumah yang mampu kita beli dan sesuai dengan pendapatan kita. Tak kiralah apartment ke, teres ke atau banglow.
b). Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya, jumlah biliknya, parking space dsb.
c). Jenis hak milik, pajakan atau kekal.
3. Pilih Pemaju.
a). Pilihlah pemaju yang dah establish atau syarikat besar yang tersenarai di BSKL macam Sime UEP, Negara Prop., dll. Kalau pemaju keci-kecilan, takut projek terbengkalai. Macam kawan saya dah terkena, 3 tahun tak siap lagi.
b). Syarikat pemaju besar-besar ni, dia orang berurusan dengan pembeli secara professional, tak banyak kerenah. Dia orang mesti jaga imej. Kalau yang ada ISO 9000 ke lagi bagus.
4. Pilih Peguam (Lawyer).
a). Loyar Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) - yang ni biasanya free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem dan photostat.
b). Loyar Bank untuk urusan perjanjian pinjaman - boleh cari sendiri atau suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung kepada jumlah loan. Professional fees kalau tak silap 1% dari jumlah loan plus duit stem, photostat dan lain-lain documentations.
5. Pilih Bank.
a). Pinjaman boleh dibuat dimana-mana bank yang menawarkan housing loan samada panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.
b). Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan
(Yg ni memang senang cerita la, memandangkan kami pakai GOVERNMENT LOAN, hehehe, tak risau dah la, tang late payment je la sedikit tak best...)
6. Pengeluaran KWSP.
a). Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.
b). Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.
Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.
10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 + RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar semua simpanan itu.
c). Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran :
v. salinan surat nikah (jika menggunakan nama suami-isteri bersama dlm S&P)
7. Lain-lain hal.
a). Jaga-jaga dengan 'late payment interest'. Yang ini ramai orang terkena masa nak ambil kunci rumah. Tak kira kesilapan siapa samada pemaju sendiri, pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Dalam S&P ada kata " Without prejudice to the Vendor's right under clause bla...bla..." Dalam hal ni pembeli tak ada hak nak bersuara langsung walaupun kesilapan yang menyebabkan kelewatan pembayaran dilakukan pihak pemaju atau pihak bank.
b). Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian hari.
c). Tempoh S&P biasanya 2 tahun, dan ada juga yang 3 tahun. Pihak pemaju akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum dapat CF dari pihak berkuasa tempatan) untuk mengelakkan dari melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh tapi rumah tak leh duduk - kena bayar rumah sewa lagi.
d). Lepas ambil kunci check rumah betul-betul, ada crack ke, bocor ke. Komplain terus kepada pemaju sebab still under warranty (18 bulan).
(Bahagian ni belum sampai lagi, harap2 semuanya nnt akan berjalan dgn lancar.....)
Updated 6.3.2011 - Alhamdulillah dah berjaya menduduki rumah tersebut. Walaupun agak lewat dr tarikh yg telah ditetapkan. Lewat selama setahun. Walaubagaimanapun penantian yg agak berbaloi sbb rumah tak byk defect, good quality.
Late payment tu mmg ada, cuma late payment utk bayar full 10% downpayment & akan terima surat dr pemaju setiap bulan, atas nasihat dr kakitangan pemaju sendiri....buat taktau saja....



