Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Multiple Celebration

Idok le banyak sangat sampai berpuluh-puluh. Tapi banyak la sikit dari bulan-bulan lain yang biasa. Bulan Mei bulan paling meriah pada tahun ini untuk diriku. Ini semua dek kerana dengan adanya Hari Konvokesyen adik kesayanganku Ayu. Konvokesyen utk Diploma je, tapi mesti la kena raikan jugakkan. Dan ini la juga masanya untuk mama & abah berjalan-jalan ke rumah anak kesayangan mereka. Jangan silap faham, semua anak-anak merupakan anak kesayangan....

Bulan Mei pada hari Ahad dalam minggu ke-2 juga merupakan HARI IBU. 20 Mei Hari Lahir Mama & 21 Mei Hai Lahir adik kesayanganku Shiela. Banyakkan nak celebrate? Dengan rajinnya seperti yang tersenarai dibawah:
                                                                                                           1) Hari Ibu
                                                                                                           2) Hari Konvokesyen Ayu
                                                                                                           3) Hari Lahir Mama
                                                                                                           4) Hari Lahir Shiela

Muka-muka yang diraikan....really luv them so much!!


 Tahniah Ayu! Berusaha lagi utk degree pulak ...

 Selamat Hari Lahir Mama yang ke 56
 & Selamat Hari Ibu, engkaulah ratu hatiku

 Selamat Hari Lahir Cikgu Shiela

Sempena dengan semua kejadian istimewa seperti di atas, dengan penuh rasa bersyukur dan berbesar hati bawak la semua yang hadir makan besar. Bagiku mcm ni pun dah dikira makan besar. Alhamdulillah dapat rezeki lebih sikit apa salahnya berkongsi bersama-sama orang yang tersayang. Lebih berkat dan selamat.
Sebelum kedatangan mama punyalah buat research cari tempat makan yang best. Oleh kerana hari kami nak makan tu jatuh pada hari lahir mama, maka mama diberi kuasa untuk membuat pilihan. Dah tanya awal-awal memang mama dah pilih Chinese Food. Punya la dok google Makanan China Muslim. Memang dah byk kan sekarang. Sedap-sedap plak tu. Oleh kerana agak kesuntukan masa, pilihan mama sempoi jek. Jom pegi sini dah le... Dekat je dengan rumah, boleh balik awal memandangkan En. Cikgu sekolah plak esok.
Mama suka sgt nak makan sayur banyak-banyak. So kat sini memang byk pilihan jenis sayur dan semuanya sedap-sedap belaka. Nasib baik sebelum tu memang ada jugak ter'google' pasal tempat ni, so dapat tahu beberapa kelebihan yang boleh digunakan.




Yupp...we all dinner kat sini je


Hasil dari kerajinan men'google' hari tu baru dapat tau ada diskaun untuk beberapa orang yang istimewa.

Memamg kalau kesitu tak ada pun diorang tayangkan keistimewaan ini. So, pada yang dah tahu tu, jangan sia-siakan keistimewaan ini. Kalau ada salah sorang yg makan tu kakitangan kerajaan, mai pinjam sat kad kerja tu, dapat gak diskaun. Kebetulan haritu ada 2 org kakitangan kerajaan yang makan sekali. Kalau boleh combine dua-dua kan bagus, boleh dapat 20% heheheh... melampau




Kalau takdak sesiapa kakitangan kerajaan yang makan sekali jangan risau!!! Kalau mak, abah, tok wan ke join makan sekali boleh dapat laaaaagi banyak diskaun. Tapi dengan syarat hari selasa je. Baru berkat bawak mak, abah, nenek yang dah tua tu datang makan-makan. Untuk lebih lanjut, sila klik kat bawah ni.
diorang kena bagi royalti nih sebab dah tlg promote...hehehe

Alhamdulillah semua orang kenyang dan happy malam tu. Seronok sangat bila dalam keadaan macam tu.


Last but not least, semoga anak-anak ibu akan belajar rajin-rajin dan berjaya macam mummy (panggilan untuk ayu).

Ambik Berkat!!!!

Friday, November 19, 2010

Lets go to the Zoo

Kalau nak pegi Zoo je mesti akan nyanyi lagu nih, korang ingat lagi tak lagu ni???? Cari versi melayu takde plak. Begitu berkesan pengaruh iklan KFC ni sampai skarang boleh ingat.



Last time menjejakkan kaki ke sini masa Uzma 2 thn lebih. Tak sampai 3 thn dah naik harga ....
Dulu kalau tak salah utk dewasa RM15 je.
Harga tiket sekarang:
Dewasa : RM20
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM6
Warga emas (60 thn ke atas) : RM6
Parking kereta : RM4.20

Itu belum termasuk Taman Serangga & Taman Rama-rama. Kalau nak masuk situ kena tambah lg RM5.
Tak masuk pun taman2 tu, yg dok ada ni pn dah tak larat. Yg lebih menterkejutkan lagi tu, nak naik tram pun kena byr lagiii...Sorg RM3 satu round. Kanak2 tak ingat lak sebab bkn aku yg byr 
Apa nih, dulu tak kena byr pun, siap blh naik byk kali lagi.
Itu belum tgk lagi harga makanan kat dalam yg mmg betui2 mencekik leher...erkkk..

Danish, Uzma & Umar yang bersemangat nk tgk binatang....

Berkobar2 la semangt nih nk tgk binatang kat zoo, dengan harapan berpadanan dgn harga yang sepatutnya lagi best lah dr dulu memandangkan harga dah naik kan.
Hampa....lagi teruk dr dulu, dah la harga dah naik, kena byr tiket tram lg. Patutnya kena improve lg sbb dah naik harga kan. Harga makanan naik ada lah....

 Happy faces!!!

 Umar yang manja dgn tok abah

 Excitednya tgk gajah!!!

Mata masing2 melilau nak tgk binatang...hehehe

Nasib baik kitorang gagah jugak menunggu Animal Show pukul 3 ptg yang memang best.


 show belum start, dah chop tempat best siap2...

sementara menunggu beli ler popcorn yg mahaiii gilaaa..RM4 sebekas kenit tu.

Tak kisah la macammanapun, Apa yang paling penting anak2 seronok. Mama & Abah pun seronok bila cucu2 semua happy.
Kedatangan kitorang ke ZOO sempena kedatangan abah, mama, shiela & danish yg nak pi ambik ayu di Jengka. Zoo antara aktiviti tambahan hiburan.

Cakap pasal..eh cakap plak, taip pasal ambil pi ambik Ayu, pejam celik sekejap je rasa masa pegi hantar Ayu dulu. Sekejapnya 3 thn berlalu....Kalau Ayu further study kat Jengka jugak, sekali lagi la rombongan cik ani ke sana. rombongan cik ani sebab nickname mama org panggil ani...hehehe

Kalau korang perasan, tak nampak pun en.cikgu kan. Mmg pun dia tak ikut. Kebetulan masa rombongan cik ani mai Shah Alam, en.cikgu sedang melaksanakan tanggungjawab sbg anak mithali kat kampung dia nun. Rumah mertuaku telah dilanda banjir, air sampai para pinggang woooo. Dah surut air so nak jena la pegi cuci rumah yg berlumpur tu. Menantu kesayangan ni tak dpt nak ikut kebetulan kedatangan rombongan cik ani. Plus dgn budak2 kenit tu, ingat blh ke aku nk buat keja???

Dalam tengah search pasal zoo ni terjumpa satu blog yg sama hampa dengan Zoo negara skarang. Better pegi Zoo Melaka yg lebih murah & byk binatang. OK la, Zoo Melaka our next destination after this...
Hopefully better la mcm yg dicakap. Jom abah...jom!!!!

Friday, October 8, 2010

Alhamdulillah Maktok


 Masih ingat entry aku pasai maktok yang kurang sihat dulu??
Actaully gambar maktok masatu sebelum masuk ICU lagi, masih di wad biasa. Masa aku buat entry tu maktok dah masuk ICU dan keadaannnya agak teruk mcm kat dalam gambaq ni.



Dengan wayar disana sini, leher maktok juga terpaksa ditebuk utk membolehkan maktok senang bernafas.
Masa ni semua org mcm dah putus harapan, sbb tu ayat mamu dlm sms mcm tu. Ayat yg mana??? mcm ni ha

"Yg terbaik daripada ALLAH swt samada nak dijemput balik dgn 'Husnul Qatimah' ataupun menyembuh dgn rahmatNYA"

Alhamdulillah berkat doa semua anak-anak, cucu-cucu, saudara mara dan sahabat handai semua maktok dah semakin sembuh dan ceria. Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah. Gembira sangat maktok dah makin sihat, cuma tak blh ckp kuat-kuat lagi sebab tebukan leher tu la. Insyaallah lama-lama nnt blh ckp dah.

Berbaloi dengan duit yang terpaksa dikeluarkan sbb sebulan lebih dok kat ICU di Hosp Pantai. Jumlah bil blh beli apartment satu.

Cuti hari raya lepas Alhamdulillah aku masih berpeluang melawat maktok, memeluk dan mencium maktok. Dia lah satu-satunya wakil maktok/datuk yang masih ada.

Tak sempat nk bergambar dgn maktok haritu, ramai sgt yang dtg melawat. Semua takmau melepaskan peluang bertemu maktok yg dah makin sihat. Ni gambar mak & abahku yang tersayang. Ni la masanya nk tayang mak & abah aku..... Cantik & hensem tak? kekekeke...


Moga maktok sentiasa sihat dan dirahmati Allah

P.S: Pada sesiapa yg masih ada maktok/opah/nenek/wan....hargailah mereka.....


Wednesday, September 29, 2010

Hari Raya 2010

Masih dalm mood raya ke geng?????
Mood raya memang ada lg, mood nak mengupdate bog tu susah betoi la, sronok nak baca cerita ja, nak mengarang cerita malas.

Selagi dalam Syawal sure tak habih raya lg kan, jemputan rumah terbuka pun masih lg berleluasa sana-sini. Sesapa nk jemput aku silakan, amat2 lah dialu-alukan, blh den cuti memasak on weekend...kekekek.

Raya pertama 2010 kami raikan di Pantai Johor, Kedah ye, bukan kat Johor…kekekeke

Yakni dirumah ibu mertuaku. Biasanya kami akan bergambar beramai-ramai satu family. Tapi tahun ni termiss plak. Lepas solat hari raya masing2 sibuk, dgn anak yg demam, nak makan, so nak postpone lps solat jumaat. Last-last postpone terus lupa nk bergambar. Gambar kami sekeluarga pun nyaris2 nk lupa. Nasib baik teringat, itu pun dah ada kat rumah tok kat Tunjang.


 Our family as at 2010


                           Happy Family                                                  Ibu & anak-anak


The girls


 The boys


Alhamdulillah semua adik-beradik sebelah hubby balik beraya pertama di sini, kecuali birasku kat Tasek Gelugor. Dah sarat sgt dia sampai kaki lebam2…kesian dia. Skarang Alhamdulillah dah selamat bersalin anak ke-2 baby boy 3.65kg. Cute kan.....

Haryz Dani 


Raya ke-2 baru nk berangkat ke Penang, yakni kampung halamanku. Sini lagi la takdak gambaq. Dengan keazaban kameraku. Bateri dah baru, charger bateri plak dah kiok. Bila bateri habih sangap ja la. Mcmmana ni? takkan nk kena beli kamera UPSR...kekekeke. Senang nk sebut banding DLSR ke DSLR, manjang konpius. So, aku & noorasikin bantai je sebut UPSR kan...kekekekeke 


Raya ke-2 nak gerak ke Penang...Yuhuuu!!!!

Wednesday, April 21, 2010

Alam Baru

On last 9th April was my 30th birthday...waaa...dah masuk alam 30-an, tak sangka dah tua..tak sangka langsung dah sampai ke angka iteww...dok rasa mcm budak2 muda remaja lagi...

Kali ni no birthday cake, tak celebrate apa pun just poi mkn2 best2...(bg kami mkn mcm ni pn dah best gilerrr dah) Dah lama tak pekena pizza.
Lain sikit kali ni, org lain potong birthday cake, tapi kali ni kita potong birthday pizza plak...takde tulis2 pun hehehe...


Dengan kakak yg manja, tak sangka kakak pun dah besaq, dah skolah pun, & makin kurus...


Both my pride & joy....(whouse sale hjg mggu nih!!)


Manja abah..


Thursday, March 25, 2010

Cuti Sekolah Mac 2010

Annual Leave start 16 - 18 Mac 2010.
Kenduri Farah 15hb Mac 2010, petang terus balik Alor Setar...

On the way balik dr Tunjang sempat singgah tempat dating dulu2......
Bandar Tasik Darul Aman....

Ibu mertuaku berbaju merah...

Syok boleh berjalan tanpa batasan

Senyum sampai ke telinga


Abah & kakak saja yg naik



Macam-macam benda jual kat situ


Muka selebet gila, tak start pakai lg Safi Rania Gold..heheheh

Pastu balik Penang balik hari Selasa 16hb Mac 2010, nak hantar mama & abah ke umrah.
Umrah : 17hb Mac 2010 - 30hb Mac 2010
Ada buat makan2 skit, sempat lg mama tu, dalam dok kalut2 bersiap nak kesana. Ada la buat mi kuah paling sedap di dunia...muahahahaha

Adik-adik yg bakal ditinggalkan



Keberangkatan mama diiringi doa dan selawat, moga selamat semuanya


Airport Bayan Lepas hantar mama & abah

Lepas hantar mama & abah kat airpot terus balik Shah Alam, wa nak kena keja plak esok, cikgu blh la relax2 kat rumah membuta.....
Hjg minggu tu plan asal nak mengemas rumah & survey brg2 nak masuk rumah nnt, tiba2 bg chaq ajak jln pulak....
20hb Mac 2010
Aquaria KLCC
Dewasa RM 28, Kanak-kanak RM 22 (Harga biasa)
Dewasa RM 22, Kanak-kanak RM 15 (Harga Bg Chaq)

Mengisi perut anak-anak Burger King


Adik mulut penuh fries


Anak-anakku sayang


Ghenyih sampai kembang hidung


Manja dengan ibu yg tembam banyakkkk


Entrance Aquaria


Gamat yg sgt lembik...


Huge aquarium


Abah with arapaima


Baru sampai kat pulau


Abah & adik pun baru sampai gak kat jeti...heheheh


Adik yg taktau apa sgt...


lps ni nk terus terjun mandi laut

mcm real ja


Adik kena kurung dlm ni saja


in the walkingtunnel


kakak over excited, semua nk tgk, takdan habih tgk ygni nk tgk ygtu pulak
bising dgn suara dia saja


Lepas abes round Aquaria, tempat wajib lepak kat air pancut tu...
adik meronta mintak dilepaskan, nak terjun kolam

kakak pn sama, nk terjun mandi


Yeaa...puas hati ..i'm free
Esoknya hari ahad 21hb Mac 2010
kenduri kawin kawan abah, Yazib di Felda Sg Kelamah, Gemas N9..jauh wooo
Rahman pn join skali, dia solo je....

tggu pengantin tak sampai lg, Rahman berbaju koko



Adik gadoh nk turun jalan, tak bwk kasut la pulak


mana pengantin tak sampai lg ni, kami ni kira org jauh la


kakak makan sikit ja, makin kurus


abah salam dgn pengantin aka bakal jiran kami nanti

Related Posts with Thumbnails