Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Multiple Celebration

Idok le banyak sangat sampai berpuluh-puluh. Tapi banyak la sikit dari bulan-bulan lain yang biasa. Bulan Mei bulan paling meriah pada tahun ini untuk diriku. Ini semua dek kerana dengan adanya Hari Konvokesyen adik kesayanganku Ayu. Konvokesyen utk Diploma je, tapi mesti la kena raikan jugakkan. Dan ini la juga masanya untuk mama & abah berjalan-jalan ke rumah anak kesayangan mereka. Jangan silap faham, semua anak-anak merupakan anak kesayangan....

Bulan Mei pada hari Ahad dalam minggu ke-2 juga merupakan HARI IBU. 20 Mei Hari Lahir Mama & 21 Mei Hai Lahir adik kesayanganku Shiela. Banyakkan nak celebrate? Dengan rajinnya seperti yang tersenarai dibawah:
                                                                                                           1) Hari Ibu
                                                                                                           2) Hari Konvokesyen Ayu
                                                                                                           3) Hari Lahir Mama
                                                                                                           4) Hari Lahir Shiela

Muka-muka yang diraikan....really luv them so much!!


 Tahniah Ayu! Berusaha lagi utk degree pulak ...

 Selamat Hari Lahir Mama yang ke 56
 & Selamat Hari Ibu, engkaulah ratu hatiku

 Selamat Hari Lahir Cikgu Shiela

Sempena dengan semua kejadian istimewa seperti di atas, dengan penuh rasa bersyukur dan berbesar hati bawak la semua yang hadir makan besar. Bagiku mcm ni pun dah dikira makan besar. Alhamdulillah dapat rezeki lebih sikit apa salahnya berkongsi bersama-sama orang yang tersayang. Lebih berkat dan selamat.
Sebelum kedatangan mama punyalah buat research cari tempat makan yang best. Oleh kerana hari kami nak makan tu jatuh pada hari lahir mama, maka mama diberi kuasa untuk membuat pilihan. Dah tanya awal-awal memang mama dah pilih Chinese Food. Punya la dok google Makanan China Muslim. Memang dah byk kan sekarang. Sedap-sedap plak tu. Oleh kerana agak kesuntukan masa, pilihan mama sempoi jek. Jom pegi sini dah le... Dekat je dengan rumah, boleh balik awal memandangkan En. Cikgu sekolah plak esok.
Mama suka sgt nak makan sayur banyak-banyak. So kat sini memang byk pilihan jenis sayur dan semuanya sedap-sedap belaka. Nasib baik sebelum tu memang ada jugak ter'google' pasal tempat ni, so dapat tahu beberapa kelebihan yang boleh digunakan.




Yupp...we all dinner kat sini je


Hasil dari kerajinan men'google' hari tu baru dapat tau ada diskaun untuk beberapa orang yang istimewa.

Memamg kalau kesitu tak ada pun diorang tayangkan keistimewaan ini. So, pada yang dah tahu tu, jangan sia-siakan keistimewaan ini. Kalau ada salah sorang yg makan tu kakitangan kerajaan, mai pinjam sat kad kerja tu, dapat gak diskaun. Kebetulan haritu ada 2 org kakitangan kerajaan yang makan sekali. Kalau boleh combine dua-dua kan bagus, boleh dapat 20% heheheh... melampau




Kalau takdak sesiapa kakitangan kerajaan yang makan sekali jangan risau!!! Kalau mak, abah, tok wan ke join makan sekali boleh dapat laaaaagi banyak diskaun. Tapi dengan syarat hari selasa je. Baru berkat bawak mak, abah, nenek yang dah tua tu datang makan-makan. Untuk lebih lanjut, sila klik kat bawah ni.
diorang kena bagi royalti nih sebab dah tlg promote...hehehe

Alhamdulillah semua orang kenyang dan happy malam tu. Seronok sangat bila dalam keadaan macam tu.


Last but not least, semoga anak-anak ibu akan belajar rajin-rajin dan berjaya macam mummy (panggilan untuk ayu).

Ambik Berkat!!!!

Wednesday, April 20, 2011

Mengeratkan Silaturahim

Dah lama sangat tak menghayun. Seingatku, waktu zaman belajar dululah waktu terakhir ku menghayun. Tiba-tiba bulan April bulan kelahiranku ada 2 event, event ke tournament ek? Nak kata tournament macam pertandingan besar sangat. Padahal niat nak bermain utk suka-suka saja. Tournament 1 was organized by my beloved office. Yes, sempena FY 2011, thanks so much boss. Its really a refreshment. Boleh dapat full story from my colleague Nora
Tournament 2 was organized by my neighborhood. Persatuan Penduduk Islam B.P. Dengan niat utk mengenali satu-sama lain. Suka sangat kalau kesatuan penduduk yang kuat macam ni. Kalau nk buat event apa-apa pun senang kan. Kalau terjadi sesuatu hal susah atau senang semua boleh dikongi bersama. Salaing bantu-membantu satu sama lain. Dah selalu sangat dengar kes rompak, pecah rumah tapi jiran tak tahu sebab tuan rumah bukan jenis yang bercampur dengan jiran-jiran. Pagi tadi pun baru je dengar kes yang macam ni. Sedihkan kalau jadi macam ni.


Untuk persediaan bermain dengan aman, budak kecik comel ni terpaksa ditinggalkan, bukan bermakna ibu tak sayang, tapi bila memikirkan macammana nak bermain dengan jayanya dengan kehadiran Umar nanti?  Inikan adalah satu pertandingan. Semangat nih! Tapi terdetik jugak di hati, inilah juga masanya utk Umar bertemu dan bermain dengan rakan baru. Rakan sama-sama berlari, jatuh, bangun, bergadoh nanti. Tapi setelah memikirkan hal ini masak-masak kami telah sepakat utk tetap meninggalkan Umar yg hanya sekangkang kera dr Ole-ole, kat sana pun pasti ramai rakan-rakan yg menanti ye sayang. 

Muka budak belum mandi pagi nak kena tinggal.

Ye, we all bertarung di sini. Adakah bakal terjadi pertarungan paling sengit di alam semesta? Semestinya tidak dengan juara masuk longkang. Warga B.P. yang menyertai telah memonopoli pagi itu di Ole-Ole Superbowl and divided by a random group of 4. Kami telah digandingkan dgn pasangan yg memang tak pernah kami nampak. Ye lah baru tinggal situ 4-5 bulan, surau pun tak pernah jejak lagi, banding dgn en. cikgu yg blh dikatakan setiap malam ke sana. So, dah ramai la yg dia kenal. Kak Rahayu & Mjr. Mereka boleh dikatakan weekend family sbb on weekdays masing-masing terpaksa membawa diri luar dari Selangor utk mencari rezeki. Sorang ke Perak dan sorg ke Melaka. Simpati dengan mereka demi anak-anak mereka sanggup berkorban masa dan tenaga pulang setiap minggu. Yang baiknya kak Rahayu akan ditukarkan ke KL start fro next month. Good for her. Apa pekerjaan dia? Belum lagi di tanya. Baru je kenal takkan nak busy body tahu semua hal orang. Cukuplah sikit2 dulu jgn nampak menyibuk sangat. Dia pun tak tanya kita byk sgt.


 Gaya pro sebenar dan pro 'masuk longkang' bermain.

Sebelum permainan bermula aku dah memberikan amaran yang memang aku tak pandai main, dah lama sangat tak hayun. Memamg niat datang suka-suka dan berkenalan dengan semua warga penduduk. Memang itu jugak tujuannya diadakan pertandingan ini. Lega bila diorang pun tak ambil hati dan juga main hanya utk suka-suka.

Budak-budak yang lain semua dah saling mengenali dan memang teman sepermainan waktu petang. Uzma masih malu-malu nak join so cuma lepak kat tempat ibu-abah saja. Kawan-kawan yang dia kenal semua tak datang, masing-masing semua ada hal.

En. cikgu sebelum ni pernah temankan dia bermain dengan kawan2 so tak concentrate sgt cara permainannya dan tahap kehandalannya. Bagiku nampak macam biasa2 saja tapi taklah seteruk aku. Huhu. Hayunan yang kebanyakkan masuk longkang, ada lah sekali spare, itu pun macam nasib je tiba2. Ada kala en. cikgu memberi tips hayunan dan kedudukan tangan. Nampaknya lepas ni kita kena jadikan aktiviti keluargalah lepas ni. Best kan. Bola kanak-kanak pun ada tu, kaler oren lagi.



Kakak well behave on that day. Selesai permainan terasa nak merakam beberapa aksi kakak, tapi gaya ini pulak dia buat. Konon-konon gaya marah dan garang. Haha.


Kan manis senyum macam ni. Terus ada heart terpacul kat tepi. Hehe.


Alhamdulillah No. rumah kami dikatakan no. bertuah. Dah sememangnya aku tahu, group kami tak menang pun. Walaupun ada hadiah dari no. 1 sampai 10. Ni semua pasti gara-gara aku. Ampun!!


Yang menyeronokkan lagi en. cikgu dapat tempat ke-3 untuk kategori individu lelaki. Seronok kemain dia.


En. cikgu with his BFF aka jiran belakang rumah. En. cikgu dah berjaya menghasut kawan-kawan dia jadi jiran. Sebelah rumah pun officemate dia. Pak Yat ni his member since diploma studies. Suatu ketika dulu our anmum supplier. Hehe. Masih bujangan, ada yg berminat?

Ramai ke yang dah kenal? Actually yang betul-betul kenal dan borak dengan team-mate aku je. Yang lain-lain cuma sempat salam dan senyum-senyum saja. Sebab yang lain tu macam dah ada geng masing-masing sbb memang dah kenal kan. Diorang pun tak panggil nak join borak ke hapa. Aku pulak memang jenis pemalu nak terus pegi menyampuk orang tengah bercerita. Huhu.  So, for now cuma kenal jiran-jiran yang memang betul-betul dekat rumah, dah la diorang tak datang join. I'll take it slow. Insyaallah nanti lama-lama boleh la kenal semua orang. Niat yang baik Allah pasti akan makbulkan.

Wednesday, March 2, 2011

Umar turn 2

Alhamdulillah Umar Saidi dengan sekelip mata dah menjejak ke umur 2 tahun. Begitu pantas masa berlalu.
Ayu adikku pun cakap. macam baru je teman kakak pi beranak hrtu. Ayu masih tak dpt lupakan dialog aku hrtu. "Kakak rasa mcm nak beranak ja hr ni" tp muka still nampak relax...wakaka.. Mesti Ayu imagine bila sakit nk beranak mcm dalam tv tu selalunya...

Tak pernah lg clebrate birthday Umar. Thn lepas pun 1 Mac berlalu begitu saja. Budak 1 tahun manatau apa lagi. Kang mak bapak yg mkn lebih. Tahun ni jugak mcm yg diceritakan di entry lepas Umar dah start dok di Taska so I decide to celebrate at Taska together dengan kenduri kesyukuran sempena Umar dah makin sihat. Oppss..lupa laa nk buat entry Umar masuk hospital... Nanti2 la lepas ni sbb ada info yg boleh share sama2 sekali.

Even Ibu & Abah tak join, yang penting Umar happy bersama kakak & kawan2...dok tertanya2 jgk la, mcmana la Umar behave kat taska ni. Sama ka mcm kat rumah yg membuas...

Semua gambar2 ni ihsan dr cikgu taska. Memang dah bg kamera pagi2 tuh soh wakilkan ambik gambaq.. Thanks nora for the idea.

Umar with the cake....excited ke hapa tu,
budak sebelah baju merah yg lebih2 nampaknya...heheheh
Thank to aunty sha for the discount card


Antara ahli jemaah yg ada & menu yg disediakan..
Cuba cari mana Umar? mana Uzma?

 tima kasih cikgu2 tolong masakkan. Ibu belikan bahan2 je...muerekekekeke...Nampak mcm kurang meriah skit sbb takdak belon. Actually dah beli belon kaler2 & benda tiup2 tuh (ntah penama lupa lak)..bila tanya pg td dgn cikgu tak nampak pn dlm gambar benda2 tu...cikgu blh terlupa plak nk keluarkan menda2 tuh ..
takpelah cikgu2..bg diorang main lenkali je lah...janji diorang semua happy. Tp kalau ada benda2 tu sure lh happy kan...

Umar memotong kek dgn cikgu Ija...
ni la antara cikgu yng menjaga geng2 seumur umar

 Umar & kawan2...

 Bersama ahli jemaah lagi....
Kakak pun ada yg berbaju hijau tuh.

Kakak Uzma pun dah request nnt birthday dia pun nak buat cenggini gak. Insyaallah lps ni dah sampai kita buat ekk. Buat kat tadika plak. Siap dah nak pilih kek apa yg dia nk tuh...heheheh..

Moga Umar akan menjadi anak yang soleh dan berguna suatu hari nanti. Jangan lupakan ibu & ayah & kakak & adik2 (kalau ada lg). Ibu akan berusaha membantu seboleh2 nya untuk menjadikan Umar Saidi menjadi akhlak sebaik Umar Al-Khattab..Insyaallah..

Thanks to all aunties for the lovely wishes

Lastly...lagu birthday from all taska's friends & teacers

Friday, November 19, 2010

Lets go to the Zoo

Kalau nak pegi Zoo je mesti akan nyanyi lagu nih, korang ingat lagi tak lagu ni???? Cari versi melayu takde plak. Begitu berkesan pengaruh iklan KFC ni sampai skarang boleh ingat.



Last time menjejakkan kaki ke sini masa Uzma 2 thn lebih. Tak sampai 3 thn dah naik harga ....
Dulu kalau tak salah utk dewasa RM15 je.
Harga tiket sekarang:
Dewasa : RM20
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM6
Warga emas (60 thn ke atas) : RM6
Parking kereta : RM4.20

Itu belum termasuk Taman Serangga & Taman Rama-rama. Kalau nak masuk situ kena tambah lg RM5.
Tak masuk pun taman2 tu, yg dok ada ni pn dah tak larat. Yg lebih menterkejutkan lagi tu, nak naik tram pun kena byr lagiii...Sorg RM3 satu round. Kanak2 tak ingat lak sebab bkn aku yg byr 
Apa nih, dulu tak kena byr pun, siap blh naik byk kali lagi.
Itu belum tgk lagi harga makanan kat dalam yg mmg betui2 mencekik leher...erkkk..

Danish, Uzma & Umar yang bersemangat nk tgk binatang....

Berkobar2 la semangt nih nk tgk binatang kat zoo, dengan harapan berpadanan dgn harga yang sepatutnya lagi best lah dr dulu memandangkan harga dah naik kan.
Hampa....lagi teruk dr dulu, dah la harga dah naik, kena byr tiket tram lg. Patutnya kena improve lg sbb dah naik harga kan. Harga makanan naik ada lah....

 Happy faces!!!

 Umar yang manja dgn tok abah

 Excitednya tgk gajah!!!

Mata masing2 melilau nak tgk binatang...hehehe

Nasib baik kitorang gagah jugak menunggu Animal Show pukul 3 ptg yang memang best.


 show belum start, dah chop tempat best siap2...

sementara menunggu beli ler popcorn yg mahaiii gilaaa..RM4 sebekas kenit tu.

Tak kisah la macammanapun, Apa yang paling penting anak2 seronok. Mama & Abah pun seronok bila cucu2 semua happy.
Kedatangan kitorang ke ZOO sempena kedatangan abah, mama, shiela & danish yg nak pi ambik ayu di Jengka. Zoo antara aktiviti tambahan hiburan.

Cakap pasal..eh cakap plak, taip pasal ambil pi ambik Ayu, pejam celik sekejap je rasa masa pegi hantar Ayu dulu. Sekejapnya 3 thn berlalu....Kalau Ayu further study kat Jengka jugak, sekali lagi la rombongan cik ani ke sana. rombongan cik ani sebab nickname mama org panggil ani...hehehe

Kalau korang perasan, tak nampak pun en.cikgu kan. Mmg pun dia tak ikut. Kebetulan masa rombongan cik ani mai Shah Alam, en.cikgu sedang melaksanakan tanggungjawab sbg anak mithali kat kampung dia nun. Rumah mertuaku telah dilanda banjir, air sampai para pinggang woooo. Dah surut air so nak jena la pegi cuci rumah yg berlumpur tu. Menantu kesayangan ni tak dpt nak ikut kebetulan kedatangan rombongan cik ani. Plus dgn budak2 kenit tu, ingat blh ke aku nk buat keja???

Dalam tengah search pasal zoo ni terjumpa satu blog yg sama hampa dengan Zoo negara skarang. Better pegi Zoo Melaka yg lebih murah & byk binatang. OK la, Zoo Melaka our next destination after this...
Hopefully better la mcm yg dicakap. Jom abah...jom!!!!

Wednesday, November 10, 2010

Ain & Lebar Daun Spa

Hujung bulan lepas aku telah dijemput untuk memeriahkan Launching Day Lebar Daun Spa, Salon & Gym. Apasal plak dijemput?? VIP bebenor ke aku nih???
Tokey kepada Spa ni tidak lain dan tidak bukan ex-schoolmate ku. Sangat bangga dan kembang sebab ada kawan yang dah berjaya macam AIN nih. Dulu-dulu kat sekolah kami panggil erul, saja je skarang aku nak tukaq pangge AIN plak...hehehehe.

So, pada sapa2 yang nak memanjakan diri silalah ke sini.
No. 42-I, Equine 9B,
Equine Park, 43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Tel: 03-8948 2565

Apa yg bestnya kat Spa ni, khas utuk perempuan sahaja. Ada gym khas untuk muslimah. So takdela kita nak rasa segan ke malu ke masa nk work-out nanti. Bila dah berpeluh2 tu alang blh terus buat sauna, berurut & berjakuzi kat situ. Nak buat treatment muka pun ada. Nak tau lebih lanjut??? Jgn lupa call ke no. di atas.
On the launching day yg bestnyer tuh ada Wardina. Actually aku sampai pun dah lambat. Itu pn hampir2 tak jadi, puas la aku memujuk en. cikgu, akhirnya berjaya jugak termakan jugak racun kikikiki...
Actually ini lah kali pertama berjaya mengajak en cikgu jumpa kawan2ku. Sebelum ni kalau reunion ka, open house ka apa ka jgn harap la dia nk pegi. Actually en cikgu pn kagum dgn kejayaan kawan aku ni.
Tokey salon & Wardina

AIN dalam usia yang muda dah jadi a very successful businesswoman. Sanggup berenti dr jadi lecturer. Lebar Daun Spa merupakan chain terbaru beliau. Sebelum ni dia dah ada pau & bakery factory, security company, ladang ternakan kambing, travel agency & restoran. Setahu aku semuanya masih berjalan Alhamdulillah.

Ni ler nama company travel dia tu. Nak tau lebih lanjut dan pakej apa yg disediakan, sila klik ke logo kat bawah tu ye.


Kebetulan hari launching tu Smart Journey ada buat promosi seperti dibawah. Sila2 pilih mana yang berkenan. Klik pada gambar nak lebih clear.




Sebelah salon tu jugak terletaknya Restoran Chara Kampung milik AIN jugak. Memang besar la restoran dia, tak sangka aku. Bangga sungguh ada kawan yg berjaya mcm dia. Macam2 menu ada disediakan, alamat dia sebelah alamat salon tu ye. Sila2 mai singgah.

Last but not least koleksi gambar-gambar masa launching day dr lensaku sendiri yg dah nazak. Nak beli kamera baru blm ada bajet, bajet semua dah pegi ke benda lain..huhuhuhu

 Gambarku dgn Ain yg very the gorgeous giteww, mekap tebal ek kali ni, maklumlah special day kan. Aku yg selebet gilerrr...bedak pun tak pakai...wakakaka

 Tangga nak naik ke salon pun sangat ler cantik kena hias...

lagi gambar dalam salon

lagi gambar diorang bertiga....dah aku fotografer, takde la dlm gambar...

Gambar dgn Wardina manjang tak sempat ambik, ramai sgt bergambar dgn dia. lgpn en cikgu segan nak ambik...eee geram betoi. Sibbaik ada jgk gambar dgn Ain. Sempat jugak sembang2 sgn Wardina, tak sombing pn & very humble. Cantik dah semestinya.

Wednesday, September 29, 2010

Hari Raya 2010

Masih dalm mood raya ke geng?????
Mood raya memang ada lg, mood nak mengupdate bog tu susah betoi la, sronok nak baca cerita ja, nak mengarang cerita malas.

Selagi dalam Syawal sure tak habih raya lg kan, jemputan rumah terbuka pun masih lg berleluasa sana-sini. Sesapa nk jemput aku silakan, amat2 lah dialu-alukan, blh den cuti memasak on weekend...kekekek.

Raya pertama 2010 kami raikan di Pantai Johor, Kedah ye, bukan kat Johor…kekekeke

Yakni dirumah ibu mertuaku. Biasanya kami akan bergambar beramai-ramai satu family. Tapi tahun ni termiss plak. Lepas solat hari raya masing2 sibuk, dgn anak yg demam, nak makan, so nak postpone lps solat jumaat. Last-last postpone terus lupa nk bergambar. Gambar kami sekeluarga pun nyaris2 nk lupa. Nasib baik teringat, itu pun dah ada kat rumah tok kat Tunjang.


 Our family as at 2010


                           Happy Family                                                  Ibu & anak-anak


The girls


 The boys


Alhamdulillah semua adik-beradik sebelah hubby balik beraya pertama di sini, kecuali birasku kat Tasek Gelugor. Dah sarat sgt dia sampai kaki lebam2…kesian dia. Skarang Alhamdulillah dah selamat bersalin anak ke-2 baby boy 3.65kg. Cute kan.....

Haryz Dani 


Raya ke-2 baru nk berangkat ke Penang, yakni kampung halamanku. Sini lagi la takdak gambaq. Dengan keazaban kameraku. Bateri dah baru, charger bateri plak dah kiok. Bila bateri habih sangap ja la. Mcmmana ni? takkan nk kena beli kamera UPSR...kekekeke. Senang nk sebut banding DLSR ke DSLR, manjang konpius. So, aku & noorasikin bantai je sebut UPSR kan...kekekekeke 


Raya ke-2 nak gerak ke Penang...Yuhuuu!!!!
Related Posts with Thumbnails