Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Chicken Pox...pok..pok..pok..!!!

Perbezaan Penyakit Demam Campak (Rubeola) dan Cacar Air (Chicken Pox)
Adakah penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah sama atau berbeza? Jawapannya ialah penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah penyakit yang berbeza. Apa perbezaan penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox)? Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Manakala virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang. Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali. Bergantung pada sistem imun setiap orang. Demam Campak (Rubeola) pula boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).
Credited to CikTom

Banyak info tentang demam campak & chicken pox kat sini....sila jengah utk lebih lanjut.
Thanks so much to CikTom, barulah aku tau nama sebenar dan perbezaan dengan demam campak. Selama ni dok ingat demam campak ada 2 jenis, yg berair & ruam. Chicken pox tu in English la...hahahaha.

Cerita Jakarta tak habis2....konon nk berehat sejenak, tapi dah jadi berjenak2 nih. Dugaan datang bertimpa-timpa tapi Redha saja dengan ketentuanNya. Anak bujangku tiba-tiba terkena serangan chicken pox. Seminggu lebih jugak bercuti nak menjaga anak bujang 3 tahun tu. Yg lebih menyedihkan lagi tu kena betul2 time birthday dia yg ke-3. Takpalah Umar, kita anggap saja demam nak besar org tua-tua kata.


Budak kecik kalau sakit apa boleh buat, merengek-rengek kalau sakit. Kesian sgt tgk tambah2 kalau dekat gelembung yg pecah tu. Pegi Klinik doktor bekalkan ubat
  • PCM utk demam
  • Zorax Suspension
  • Acyclovir lotion
Dalam seminggu lebih alhamdulillah dah tak nampak kemunculan gelembung2 baru dan cuma nk tunggu gelembung sedia ada mengering. 3 hari pertama yang berserta demam memang Umar akan tidur & menangis saja. Masuk hari ke-4 gelembung air tu dah mula bertukar kehitaman dan nak start kering, demam pn dah kebah. Masa ni kan dia dah sihat, kita pn faham betapa boringnya cuma dok dirumah, terkurung, hanya melihat keluar rumah melalui tingkap atau pintu. Tambahan pulak musim hujan sekarang ni haruslah lebih berjaga-jaga. Menurut mama hujan akan menyebabkan parut chicken pox akan jadi timbul. Perkara ini telah dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Disamping berpantang makananan yg gatal.

Oleh kerana hanya dok dirumah saja, macam2 lah aktiviti memunggah, mengirai, menyelongkar, mengetuk dan segala macam 'me' lagi dibuat si Umar nih. Keaktifan Umar juga terlebih daripada biasa dalam aktiviti "me" ni lah sebab hidup umpama terkurung  kan. Oleh kerana orang tengah sakit, tak berapa nak marah la sangat kan, just cakap baik2 jgn buat & kemas balik. Tapi salah satu aktiviti 'me' yang sangat menyedihkan aku dan sangat tak disangka-sangka ialah MENGETUK. Yang sangat menyedihkan tu sebab benda yang dia ketuk tu.....dalam banyak2 benda boleh ketuk dia boleh ketung menatang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Pic Googled

Maka jadilah rupanya seperti ini lebih kurang.....

Pic Googled
 Dengan menggunakan hammer menan dia yg mcm nih....

Pic Googled
Apa yg aku bleh buat???? Terlampau marah sampai tak boleh nak marah boleh gitu? Nak marah bersungguh-sungguh pn tak berguna, bukannya dia tahu apa lg pun kan. Cuma mampu menangis dan meratap nasib henfonku...huhuhuhu....Memang menangis semahu-mahunya. Baru 6 bulan pakai dah jadi mcm ni. Mintak simpati dengan si Umar...Apa dia boleh cakap?? "Umar ketuk tefon ibu!!!!" camtu saja jawapannya tanpa riak rasa bersalah.....Ohh Umar!!!...

Alhamdulillah Umar dah beransur sihat, parut of course lah ada. Habis jadi putih2 ditempat yg naik gelembung2 tu. Takes time nak hilang. Alhamdulillah dah boleh start keja dan menyambung semua keja2 yang terbengkalai di ofis.....

Memang takut sangat akan dijangkiti dengan conditionku yg mengandung sekarang ni. Ya amat bahaya untuk perempuan mengandung dijangkiti sebab akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang. Nauzubillah!. Kebarangkalian utkku dijangkiti agak rendah sbb masa kecik2 dah penah kena dulu. Insyaallah antibodi aku kuat utk melawan. Saban hari berdoa moga2 diriku dan anak yg dikandung akan terselamat. Insyaallah.

Hari ini...daku masih lagi bercuti dirumah....Perkara sebegini yang dah sedia mentally and physically. Si KAKAK pulak dijangkiti..huhuhu. Memang aku redha dengan ketentuannya. Moga kami sekeluarga lepas ni akan jadi lebih KUAT.  Hampir sebulan merasa menjadi suri rumah sepenuh masa, seharian di rumah mengemas, membasuh, memasak, menyambut suami pulang dari kerja. So setiap hari suami tak perlu lunch diluar sebab dah ada org menanti dan siap sedia masak dirumah. Best jugak...

Friday, January 13, 2012

Peristiwa Tahun 1 2012 : Part 3 (Last)

Rutin harian bergelar seorang pelajar belum lagi berakhir sebaik loceng sekolah berbunyi 12.10 tengah hari tadi.
Perjalanan pulang bersama rakan2 yg sama taska dengan Iman, Kayah (Maisarah) & Aye. Buat permulaan, seorang cikgu taska akan menunggu setiap hari dipagar sekolah untuk berjalan bersama-sama pulang ke tadika. Tapi on this 1st day of courselah kami akan berkonvoi beramai2 bersama anak2. Sepagi tadi menunggu sampai sekarang...letih jugak walaupun hanya menunggu...lenguh pinggang wooo.

Sampai di taska setelah 5 minit berjalan mengheret beg princess pink beroda, tapi malangnya jalan tak berapa elok, berlubang sana-sini, so aktiviti mengheret tak dapat dilakukan, ibu jugak yg kena pikul.

Masuk taska terus makan tengah hari, rehat kejap, pastu mandi dan bersiap2 untuk ke sekolah KAFA Integrasi a.k.a sekolah agama la senang cakap. Alaa...yg pakai kain hijau tu. Kelas bermula 2.30 petang.
Semua dah siap comel2 nak pi skolah agama plak. Sekolah agama ni jauh sikit, so cikgu taska akan hantar-jemput setiap hari. Sekolah KAFA Integrasi An-Nahdah terletak betul2 sebelah Masjid An-Nahdah, memang dalam kawasan masjid.

Uzma ditempatkan di kelas 1 Taqwa, terasing dengan kawan2 taska yg lain. Takpe la baru boleh dapat kawan baru. Tapi kebanyakkan yg datang sini kawan2 sekolah pagi tadi jugak. 

Nama kakak No.27

Untuk hari pertama tak belajar lagi sebab semua ibubapa yg datang perlu membuat pembayaran.
Pembayaran untuk semua yuran sekali dengan penggal pertama +- RM 200.00. Bayaran bulanan cuma RM25.00 tapi bayaran mengikut penggal.

Waktu rehat, untuk hari pertama ni rehat masih sesuka hati sebab belum belajar. Oleh kerana barisan yg sangat panjang dan kami pun lapar, jom pi pekena dulu apa yg ada di kantin.

Kantin di sekolah agama, rasanya harga makanan disini murah sikit la dr sekolah pagi tadi. Laksa takdak.

Kawasan perhimpunan

Lagi kawasan sekolah.
Actually En. Cikgu pun ada singgah menjenguk sekejap. Tapi kejap aje la sebab hari nampak nak gelap. Maklumlah kawantu dah naik motor sekarang ni. Hujan adalah allergic.

Oh ya...kat sekolah agama ni terjadi lagi insiden berdarah. Tiba2 ada seorang bapa yg dok beratur nk bayar tu bagitau uzma berdarah. Alamak kakak, dah 2 kali hari ni saja. So sekali lagi kakak direhatkan dan dibaringkan untuk menghentikan pendarahan di tempat ber'aircond.

 
Baju sekolah dihari pertama...huhuhu...habih berdarah.

Tepat jam 5.30 petang loceng dibunyikan dan semua pelajar berkumpul untuk perhimpunan pertama. Kat sekolah ni terbalik, perhimpunan waktu balik.

 
Kakak yg tak pay attention apa ustaz cakap, dok main tarik2 pokok plak.

Dah siap berpesan dan nasihat semua pelajar meluru balik. Kat depan jalan tu memang jem sgt la ramai ibubapa yg menunggu dengan van & bas sekolah lagi.

Tapi bagi kakak, belum boleh balik lagi, terus akan ke rumah ustazah untuk mengaji al-quran pulak.
Tapi hari ni belum start lagi.

Rutin harian lebih kurang pukul 6.00 petang petang baru boleh balik semula ke taska.
Memang penat kan, sekolah pagi - sekolah agama - mengaji. Dari awal pagi sampai lewat petang.
Balik rumah je memang flat habih la, bukan setakat kakak, ibu pn sama lah....letihnyaaa...sehari suntuk.

Beginilah rutin kakak seharian nanti demi menimba ilmu. Kakak masih muda dan kuat, ibu yakin kakak mesti dapat menghadapinya. Kalau org lain boleh buat kenapa kita tak boleh. Semua yg kita buat ni utk kebaikan kita jugak dimasa depan. Sebab tu lah ada pepatah
"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian."

Sebenarnya kakak tak merungut pun, cuma boleh nampak la keletihannya. Sekarang pun dah minggu ke-2 persekolahan, on the way nk balik rumah mesti kakak akan tertidur dalam kereta.

Harapan cuma kakak akan berjaya nanti didunia dan diakhirat
Belajar rajin2 tau, ibu & abah akan support selagi terdaya untuk memberikan yg terbaik untuk anak2.
Jadilah anak yg berguna, solehah dan berakhlak nanti.

Sekian untuk cerita peristiwa tahun 1 2012.

Friday, January 6, 2012

Peristiwa Tahun 1 2012 : Part 2

Hari Pertama Persekolahan
4 Januari 2012, Rabu
7.20 pagi

Seawal 5.00 pagi dah bangun.....bukan Uzma ye, ibunya yg kelam kabut baru nk iron baju, siapkan beg baju & segala-galanya diawal pagi. Sudah dipesan berkali-kali dek mama & En. Cikgu tapi tetap nk buat mcm dulu2. Ambik feel......
Memang sangat tidak boleh ye tuan2 & puan2, walaupun seawal 5 pagi masih tak sempat nak siapkan kesemuanya. Memang kena buat persiapan dr malam..huhuhu...pengajaran untuk cik kak yg kurang rajin nih.

Sampai di perkarangan sekolah ngam2 7.20 pagi, which is not very good sbb loceng dah pun berbunyi. Memang ramai yg lambat haritu terutamanya murid-murid tahun 1.
Ramailah ibubapa yg menunggu, maklumlah hari pertama sekolah kan termasuklah diriku.

Walaupun hari Rabu, perhimpunan tetap diadakan untuk menyambut hari pertama semua pelajar yang bersemangat. Hari ni jugak rombakan kelas dilakukan sekali lagi bagi murid tahun 1. Kali ini kelas disusun mengikut ujian diagnostik yang dilakukan sewaktu hari orientasi yang lepas.
Sewaktu senarai nama untuk kelas pertama diumumkan, tertunggu2 jugak nama kakak. Tak keluar pun. kelas kedua diumumkan, nama kakak tak kunjung tiba walaupun dah melepasi huruf "N". Kelas ketiga jugak diumumkan dan akhirnya terpacullah jugak nama kakak. Ya kakak dalam kedudukan kelas ke-3. Takpalah kakak kelas mana pun. Ibu takmo paksa awal2 ni. Learn in a fun way...Insyaallah lama2 nanti boleh improve.
Kelas kakak terletak ditingkat bawak memandangkan terdapat seorang murid istimewa yang berkerusi roda merah. Kakak duduk bersama geng taska & tadikanya dulu..Iman. Kakak yang ditandakan bulat merah tu ye. Kali ni memang nampak kakak lebih confident dan selesa, iyalah awal2 lagi dah jumpa kawan yang kenal kan. Tak macam dulu terpinga-pinga keseorangan.

Masing-masing tekun mendengar apa yang dicakapkan ustazah. Ye ke tekun, memang sangat mencabar kerjaya seorang guru terutamanya jika diberi tanggungjawab untuk membimbing murid tahun 1. Suara perlu kuat dan tegas dan perlu mengulang-ulang benda yang sama 4-5 kali. Rasa mcm nak tercabut suara pun ada bila mendengar pekikan cikgu memberikan arahan. Ya perlu kena pekik untuk mengatasi suara hiruk-pikuk anak-anak murid. Itu pun ada yang tak ambil perhatian dan perlu diulang kembali dengan lontaran suara yg kuat tu sekali lagi. Adehh...memang penat den tengok. Macam2 gelagat dapat dilihat dan memang byk yg mencuit hati.

Penat menunggu & perut terasa lapar. Kakak dibiarkan sebentar untuk mengisi perut den yang lapaq di kantin. Selesai makan & kembali ke kelas sebagai penunggu yg setia....utk hr ni saja. Tapi kelibat kakak tak kelihatan. Aikk...mana kakak pi? Toilet ka? Takkan sorg2? Bila tanya Iman dia cuma menjungkit bahu.
Cikgu kelas kakak Cikgu Zety Aida ditanya...
Aku: Cikgu...mana Nurul Uzma?
Cikgu Zety: Oooo...yang berdarah hidung tu ke, ada kat prasekolah direhatkan
Aku : Alamak!!.....awat berdarah hidung plak nihh...mana anak aku?? (dalam hati je)
Boleh cikgu bawak ke tempat tu?

Rupa-rupanya kakak dibaringkan dikatil untuk menghentikan pendarahan. Katil ni terletak di dalam kelas prasekolah.
Habis baju & tudung basah, Cikgu tolong basuhkan tempat yg kena darah tu.
Alahai kakak...ni mesti sebab berjemur panas masa perhimpunan tadi. Kakak memang selalu berdarah hidung, tak sangka hari yg penting mcmni pun terjadi. 15 minit mcmtu temankan kakak sambil menyanyi sama2 murid prasekolah disitu. Kakak cakap hidung dia tak darah dah, tak sabar2 nak kembali ke kelas....bersemangatnya, boring sama dok kat situ.

Masuk je kelas, semua murid tahun 1 dibawa melawat ke kawasan sekolah, ke tempat2 penting yg akan dituju selepas ni seperti tandas, kantin, tapak perhimpunan dan lain2. Tak la tersesat nanti kalau nak kemana-mana dalam kawasan sekolah. Haru jugak nak bawak diorang semua jalan2 satu sekolah, ada yg senang ikut arahan, ada yg tak ambil perhatian, ada yg main2, ada yang kuat bersembang...mcm2 hal la...kelakar jugak tengok & kesian jugak pada cikgu2 tu.
Masing2 kena letak jari dimulut bila nak mula berjalan, baru la diam sikit.

Seronoknya jalan2 pusing sekolah

Kantin sekolah.
Dah lama tak datang kantin, Memang harga makanan lainnnnnnn sgt dari dulu2. Berganda2. Pilihan pun byk.
Yg bawak duit lebih boleh la beli yg sedap2 & lebih sikit.

Dalam byk2 menu tu ada menu kegemaran kakak. Dah agak dah memang dia akan makan laksa. Semangkuk seringgit, berselra sungguh nampak dia makan. Air oren sejuk 50 sen segelas, beli lagi hotdog/sosej sebatang 50 sen. Dah habis dua ringgit. Ibu dulu bawak seringgit makan utk 3 hari tau...huhuhu

Kawan yg lain ada yg makan chicken chop tiga ringgit, nasi goreng seringgit, burger seringgit 50 sen, memang mcm2 menu ada.
Bekal air ada bawak, tapi kakak taknak bawak plak sebab kawan2 yg lain tak bawak ke kantin. Takpe lah for the 1st day ikutkan aja kehendak dia.

Alang2 dah dok situ, tunggu saja lah sampai habis kelas. Nak mengiringi kakak & kawan2 balik sekolah nanti. Tiap2 hari balik ke sekolah kakak akan berjalan kaki bersama2 3 org lg kawan2 ke taska. Dekat sgt dengan taska 5 minit je jalan kaki. Cuma perlu melalui denai kecil yg hanya dilalui pejalan kaki & motor aje. So tak la risau sgt nnt bila nak kena balik sendiri. Kena independent skit.
Penat tunggu dikaki lima, mai tunggu kat kantin pulak. Ramai lagi ibubapa yg setia menunggu anak2 hingga habis kelas.
Alang2 menunggu baik kita ngap sekali. Nampak berselera sgt kakak mkn laksa tadi, so I pun nk try jugaklah. Memang sedap laksa tu rupanya, patutlah kakak menghirup hingga ke titisan terakhir tadi. Yg ni portion & harga lain skit la, tiga ringgit semangkuk bersama air minuman sejuk 80sen.

Belum habis lagi episod sekolah untuk hari ni, buat apa plak lagi lepas ni?? Tunggu lagi ye entry lepas ni, ya betoi ada lagi part 3.....sabo je laaa....


Thursday, January 5, 2012

Peristiwa Tahun 1 2012 : Part 1

Hari Orientasi Tahun 1
30 Disember 2011, Jumaat
8.00 pagi

Pertama kali dalam hidup kami, menghantar anak ke sekolah. Ini pun bukan betul-betul lagi sebab bukan hari persekolahan sebenar. Hanya murid tahun 1 dan ibubapa saja yang hadir. Timing pn belum betul sebab start 8.00 pagi.
Kebanyakkan sekolah mengadakan hari orientasi bagi murid-murid baru, tahun 1 dan tingkatan 1 khasnya.
Ibu siap ambil cuti dan abah pun sama turut serta walaupun tugasnya sedang menunggu disekolah, tanda sokongan yang tak teperi buat kakak.


Bersemangat & berseri kakak di pagi hari ditemani abah.
Ibu kat mana la agaknya....
Semua murid-murid yang datang lengkap berpakaian sekolah & beg sekolah. Mcm brand & kartun ada. Kakak off course lah kaler favourite PINK & PRINCESS...Alamak tak nampak plak gambar kat beg tu.
Cute2 je semua murid yang datang, baju baru putih berseri2...belum belemoih lagi. kemetot2 je...hehehe..

Setelah senarai nama disemak, kakak ditempatkan di kelas 1 Gemilang. Belum tahu lagi macmana susunan kelas. Cikgu just masukkan nama sbb kelas-kelas ni bertujuan untuk mengadakan ujian diagnostik untuk menentukan kelas sebenar di hari persekolahan nanti.
Hanya iringan doa dan harapan yg dapat kami titipkan. Moga2 kakak diterangkan hati untuk menjawab semua soalan nanti. Buatlah mana yang termampu tapi mesti terbaikkkk....

En. cikgu menge'check' apa yg patut & tulis sikit info pada beg. Sebagai panduan kalau jadi apa2 nanti.
Ibubapa diberi taklimat sedikit sebanyak sementara murid-murid menjalani ujian.
Banyak info yang berguna untuk dijadikan panduan.

Awal2 ni dah nampak ada la sorang dua adegan air mata. Maklumlah perkara baru bg mereka. Kakak so far ibu yakin dah OK sebab dah melalui perkara yg agak sama sebelum ni di tadika. Kakak Good kan.
Jumpa plak ramai kawan2 tadika dulu, jadi sedikit sebanyak terhibur la sikit bila dapat jumpa balik kawan2 lama.

Pukul 9.00 pagi lebih kurang, panggilan tugas diterima dari sekolah untuk En. cikgu. Dia juga terlibat untuk hari orientasi tingkatan 1. OK lah tu at least abah hadir juga utk hari penting kakak hari ni. Silalah jalankan tanggungjawabmu sebagai pendidik anak bangsa. Aku ditinggalkan sendirian. huhuhu...macam sedihkan.
Tapi ada beratus-ratus lagi ibubapa yg lain setia menunggu.

Setelah siap taklimat, kami dipertemukan semula bersama anak2 beramai-ramai rombongan cik kiah utk ke bahagian pengambilan buku teks. Alhamdulillah semua buku cukup. Lepas tu beramai-ramai beratur ke kedai buku yang sangat ramaiiiii....

Senarai buku dah siap sedia diambik beberapa hari sebelum tu. Dah boleh beli pun, tapi saja ambik feel beli last minit...kononnya...
Kalau dikira semua barang yang perlu dibeli dalam senarai totalnya buleh tahan jugak makkk...
Tapi bila tanya cikgu betul2, bukan semua barang perlu dibeli mcm dalam senarai, nasib baik tak poyo beli awal2kan. En.cikgu 1st time tgk list tu pn dah agak tak pyh beli semua. Buku rujukan & alat tulis tu tak betul2 perlu, kecuali bagi yang berkemampuan apa salahnya beli semua utk anak2 jugak kan.
Kami mengambil pendekatan beli apa yang perlu dulu mcm yg disarankan cikgu. Yang lain2 tu beli bila2 pn boleh....

Dah setel semua perkara, lebih kurang pukul 11 baru selesai semuanya. Perut sangatlah berkeroncong, semua irama dah main...Maklumlah pagi tadi tak sempat breakfast...kelam kabut buat semua last minit..
Terus cargas mkn tengahari di Bob's Corner.

Selesai sudah Hari Orientasi kakak...Alhamdulillah...
Mcmana pulak hari persekolahan kakak? Apa yg telah terjadi? Tunggu ye entry lepas ni.....


Wednesday, December 28, 2011

WW - Konvokesyen



Tarikh Kebanggaan : 19 November 2011

ANAKKU DAH BESAR....DAH KONVO DAH!!!!


Wednesday, December 21, 2011

WW - Nukilan

 Lokasi: Tepi tangga

 Lokasi: Tengah tangga

 Lokasi: Master bedroom

 Lokasi: Bilik bawah

 Lokasi: Ruang tamu

Oleh Hasil Nukilan......



HUWAAAAAA!!!!!



Wednesday, December 14, 2011

WW - Anak Jaman Sekarang...

Dah lama dok meronda blog saja. Terlalu byk cerita nk update sebenarnya tp "mood" itu telah menyelubungi. Nnt2 la no...
So, nak mencipta satu segmen baru untuk blog ni la org lain dah lama ada...
WW (Wordless Wednesday) = sesi boh gambar saja.

1st version = Anak Jaman Sekarang....




Tuesday, October 18, 2011

6 Tahun


Alhamdulillah usia kakak Nurul Uzma sudah menginjak ke angka 6 pada hari ini 18 Oktober 2011.
Selamat Hari Lahir Anakku

Harapanku semoga Uzma
  • Menjadi anak yang solehah
  • Tak tinggal sembahyang 5 waktu

Kalau diikutkan banyak sangat harapan yang diletakkan, nak list memang sgtlah panjang.
Tapi cukuplah setakat ini dulu , takut nanti tak termampu untuk anak sekecil ini nak menanggung kan.

Tuesday, August 9, 2011

Cabaran Berpuasa buat Uzma

Alhamdulillah dan sangat tidak sangka. Memang tak la mengharap sangat, tapi memang sungguh tidak menyangka dengan kemampuannya. NURUL UZMA BERJAYA PUASA PENUH. Penuh sehari la, takkan sebulan pulak, baru 9 hari kita berpuasa kan.

Tahun lepas masa 5 tahun setiap hari Uzma berjaya puasa separuh hari waktu hari pertadikaan (ganti persekolahan..heheh).  Memang tadika Islam nak menggalakkan murid2 berlatih berpuasa dan menghormati bulan puasa. Alhamdulillah tak sia-sia hantaq situ. Tahun ni lebih berjaya sebab faktor dan keadaan sekeliling jugak. Tahun ni kan dah start dok taska, so ramai la kawan2 seumur Uzma yang puasa, ada jugak kawan2 dr tadika yang sama. Of course la malu nk makan kan.

Hari pertama kakak tak sahur, tapi dia still nak meneruskan posa dia, tapi aku tak bagi, memang pun sampai rumah je terus mintak susu. Kesian sangat tengok melepekkk ja. Oleh kerana keinginan yg kuat berpuasa makan setiap pagi kakak dikejutkan untuk bersahur.
Alhamdulillah senang plak bangun, sekali kejut ja. Memang Uzma jenis yg senang bangun bila dikejut. Hari pertama Uzma sahur berselera plak dia makan, tapi kena makan bersuap la. Takpalah kakak, nak bangun sahur pn ibu dah cukup bersyukur sangat.

Setakat ni dah 6 hari Uzma berpuasa penuh, Alhamdulillah. Hari cuti memang byk sikit cabarannya terutama bila suap adik Umar makan. Dan2 lapar jugak dia. Dapat puasa banyak tu pun ibu dah cukup bersyukur kakak. Ikut kemampuan sebab tahun pertama nak cuba.

Si abah, maktok dan pakcik2 plak yang risau bila tahu Uzma puasa. Takut nanti Uzma kurus sangat.
Takpa time sahur dan berbuka nanti kakak Uzma mkn banyak-banyak ek.
Menu utama of course lah laksa, memang setiap hari kena beli nasib baik beli je. Satu hari tu ibu buat gulai ikan bawal, wuish!!! 3 kali tambah, abah pun for the 1st time berbuka dengan bertambah. Rasa puas hati sangat masak.


Sangat-sangat berbangga dengan pencapaian Nurul Uzma dalam berpuasa. Alhamdulillah!!!!
Walaubagaimanapun, solat pun tak boleh lupa, perlu didahulukan dari berpuasa. Pelan-pelan kena biasakan.
Insyaallah kita cuba sama-sama.

Ya Allah! Bantulah hambamu ini untuk mendidik anak-anak menjadi umatmu yang beriman dan beramal soleh!

Friday, July 1, 2011

All Time Favourite!




Walaupun tak sedap, pedas, ceroi pasti akan habis jugak semangkuk. Sangatlah berbaloi kalau buat kat rumah sebab pasti akan diulang-ulang dari pagi sampai malam berhari-hari selagi stok masih ada. Bermula dai kakaknya, melarat sampai ke adik pulak. Begitu taksubnya mereka pada
 LAKSA

Pic from google


Masih dalam peringkat beginner dalam memasak laksa. Insyaallah lepas ni lebih terror KALAU selalu masak hehehehe....
Ibunya selalu mengambil langkah RAJIN dengan membeli di pasar malam atau mana-mana gerai yang dijumpai.
Related Posts with Thumbnails