Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

7 Tahun


4 Disember yang lalu genaplah usia perkahwinan kami yang ke 7. Alhamdulillah....
Tak buat pun celebration apa-apa cuma kebetulan masa tu memang kami tengah cuti-cuti Malaysia, alang-alang kira sekali harung la kan. Kebetulan tentatif pada hari spesel kami tu kami berada di Cameron Highland, musim hujan plak sejukkkkk je ala2 macam kat oversea giteww.

Harapan untuk hari-hari mendatang supaya kasih sayang antara kami sentiasa terikat kuat hingga ke akhirat
♥ LOVE FOREVER ♥

Tuesday, October 18, 2011

6 Tahun


Alhamdulillah usia kakak Nurul Uzma sudah menginjak ke angka 6 pada hari ini 18 Oktober 2011.
Selamat Hari Lahir Anakku

Harapanku semoga Uzma
  • Menjadi anak yang solehah
  • Tak tinggal sembahyang 5 waktu

Kalau diikutkan banyak sangat harapan yang diletakkan, nak list memang sgtlah panjang.
Tapi cukuplah setakat ini dulu , takut nanti tak termampu untuk anak sekecil ini nak menanggung kan.

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI



Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin. Berhati-hati masa balik kampung nanti.
Raya secara bersedehana supaya lepas raya nanti tak kopak sangat.
Jangan malu-malu jemput saya ke open house nanti..:)



Friday, July 29, 2011

Selamat Datang Ramadhan

Entah Kenapa....dah rasa kurang ke'excited'an nk update apa jelah. Padahal dah upload gambar2 nih, bila nak bercerita terus blank. Banyak kali jugak dah masuk, tapi bila nak menaip terus tergendala..huhu..

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia tak lama, lagi 2 hari je lagi, disini ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT PUASA DI BULAN RAMADHAN.

Marilah kita berazam dan mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Jangan kita lepaskan peluang keemasan ini. Belum tentu kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang seterusnya.

Dengan itu sebagai saya mempersembahkan lagu tema yang memang akan saya guna sebagai ring tone hp burukku setiap kali Ramadhan. Memang syahdu sgt lagu ni.....


Good Luck kawan-kawan!!

Tuesday, April 19, 2011

What happened on that day?

Awal pagi selepas subuh tiba-tiba terdengar bisikan berhampiran telinga "Happy bithday!!". Jawapan yang diterima oleh sang pengucap "Happy Birthday je ke?" sangat tidak menghargai kan? Tetapi jauh dilubuk hati sangat gembira dan terharu dengan ingatan yang ditunjukan.

Kesian en. cikgu seawal sebelum subuh dah kena bangun bersiap-siap untuk menunaikan tanggungjawab kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna. Begitulah rutinnya setiap hari. Sedangkan aku masa itu, tengah bergolek atas katil ke? Ya, semestinya hari Sabtu hari rehat. Kesian lagi sekali buat en. cikgu yang terpaksa bertugas pada hari cuti. Cuti ganti. Actually setiap pagi en. cikgu memang akan mengejutkanku utk bangun pagi solat subuh dan bersiap sedia untuk rutin setiap pagi yang amat sibuk. Mandi, solat, iron baju, kemas beg anak-anak, kejutkan Uzma bangun tuntuk mandi & bersiap utk ke tadika. Tak seperti en. cikgu yang memang well-prepared, dah siap sedia iron baju sendiri malam sebelum tu. Ya betul! dia iron baju sendiri. itu yang aku pinta, tapi kadang-kadang bila rasa penat/malas sangat baru aku dipujuk utk iron baju. Itu pun iron awal pagi. Terima kasih sayangku, yang sangat memahami diriku. Tak mengapa hal-hal lain biar tidak dibantu, tapi bab iron baju ni memang aku betul-betul liat sikit. Sedangkan baju sendiri pun kadang-kadang malas nak iron, belasah pakai macamtu saja. Teruk kan?

Cuma bezanya pagi ni lebih istimewa, panggilan bangun tidur kali ini disusuli dengan ucapan istimewa dari yang tersayang. Semestinya ucapan "Terima Kasih" diucapkan selepas itu.

En. cikgu memang sangat susah kalau nak diajak berjumpa rakan-rakan lama. Sedangkan kawan dia sendiri pun agak susah dia nk jumpa. Sudah agak lama kuingin bertemu dengan teman lama masa sekolah ni. Waktu study dulu tak la rapat sangat, tapi semenjak bertemu kembali di fb, rasa macam dah rapat pulak. Thanks to fb for this. Padahal dekat saja, tapi disebabkan masa dan keadaan, benda yang senang jadi susah. Jadi, inilah masa dan peluang yang patut ku gunakan.

So, for birthday this time, tak mintak apa-apa pun, cuma bawakkan ke rumah rakan lama yang memang nak jumpa sangat-sangat nih. Hari ini merupakan hari akikah untuk anaknya yang ke-2. Ampang, memanglah macam dekat sebab dalam negeri Selangor jugak. Tapi mengambil masa 1 jam jugak nak sampai. Dengan confident aku cuma key-in coordinate yang diberi. Totally ikut semua arahan gps. Bawak jalan jauh dan makan banyak duit pulak tu. Tapi demi keinginanku, si suami tersayang ikutkan saja dalam perjalanan kena bebel jugak. Malangnya si gps yang konon canggih sangat ni dah bawak kami ke tempat lain. No. rumah yang sama tetapi tempat berlainan. Hati rasa sikit kecewa, dah pukul 4 masa tu, sedangkan majlis tamat 4.30 petang. Tak buat homework, patutnya aku kena search google map for back-up, tapi nak percaya 100% pada cik gps ni kononnya. Ini lah akibatnya. Demi tidak mengecewakan birthday girl, en. cikgu berusaha lagi dalam bebelan call kawan-kawan yang tahu dan google map thru hp. Alhamdulillah sampai jugak kami ke sana walaupun sampai dah tepat pukul 4.30. Makanan almost habis, tapi khemah masih ada, asap kambing pun dah tak nampak, tapi itu semua tak penting, janji dapat ketemu dengan teman yang dah lama tak jumpa ni.


Azlin, kalau tiba-tiba terbaca entry ni sorry ye, ambik gambar posting kat sini without your permission. Rasanya lin tak kisah sebab dia publish kat fb jugak.


More than 10 years tak jumpa, Azlin tetap gorgeous seperti dulu. Tapi bukan senang nak maintain mcm ni. Memang dia sangat concern dengan penjagaan diri. Percaya tak dia masih dalam pantang (day 33) utk anak ke-2 tapi masih macam anak dara. Nampak macam aku plak dalam pantang nih. Terharu sangat dapat berjumpa kembali. Really love that moment. Memang tak dapat borak lama-lama sangat and I understand bila dah kenduri mcmni semua org nak kena layan. Walaupun dah habis kenduri ada lagi yag masih bertandang. Bila dah lama tak jumpa dan borak-borak, rasa macam suara Lin dah lain sikit, ke sebab aku yg tak ingat hehe.

Khalis Zyad yang so adorable.


Khalis Irfan dan Khalis Zyad. Tak sempat nak kelebek lama-lama baby sebab abangnya yang protective. Always want to kiss adik dia and peluk-peluk.

Sama-sama laki bini macam tak kawin lagi. Both memang pandai jaga badan. So admire to both of you. Azlin so lovely even masih dalam pantang with her charming husband.

Cantik kan buaian baby ni? Memang orang-orang sini, I mean Selangor/KL wajib ek buat majlis berendoi semua ni? Tak penah nampak sebelah Penang/Kedah buat majlis grand macam ni. Dah macam pelamin kan? So sweet.


Esoknya kami berjalan-jalan lagi ke PAS, en. cikgu nak beli sesuatu utk tugasannya. My sweet, lovely husband tiba-tiba ajak makan di sini. Thanks so much my love, dah la bawak jauh-jauh semalam, ada lagi tanda hati darinya.

 Macammana nak jadi macam Azlin nih? Rasa saja nak jadi, tapi applicationnya tidak. Utk hari istimewa kita skip dulu ye ye ke hari ni saja?.

Really love their muffin. What's your flavour?  Mine and hubby off course Vanilla.

Oh ya, masa ni ada promosi, for every 2 sets of quarter meals, you are entittled for this kid set. Berbaloi jugak kan. Memang hari tu we bring along Uzma and Umar.


Thanks so much also to all my friend and family yang wish thru FB, phone call, sms, face to face. I really appreciated it. Kalianlah pelengkap hidupku di kala suka dan duka. Kalau korang semua tak ada, maka bosanlah perjalanan hidupku.

Especially to my beloved family, my husband & kids. Thanks so much abang, penat-penat balik keja, terus bawak we all pegi Ampang hari tu. Kehadiranmu menyempurnakan hidupku.

Saturday, April 9, 2011

Menganjak ke Angka Baru


Happy Birthday....
for ???

Cuba teka antara ramai-ramai kat bawah ni birthday siapa?
Senyuman siapa yg paling manis dan bercahaya???
lots of love happen here


Jawapannya ialah.....

...





...





...





...





...




My birthday of courselah...kan senyuman saya yg paling bercahaya gitew kan effect tambah sendiri hehehehe.
Hidup rasa bahagia dan sempurna dengan mereka....Syukur padamu ya Allah!!!

Birthday image pun ala2 flower bouquet mcm kat atas tu, haruslah birthday org tua-tua kan tuanya aku...huhuhu. Kalau kekanak surelah colourful with lots of ballon dan cartoon. Bila la nak dapat lagi bunga mcm kat atas tu kan, pernah dpt sekali je seumur hidup dan really damn surprise.  Seronok sangat hari itu.

Nak lagi mcm tu.....!!!!

Tuesday, January 4, 2011

Cabaran Baru


Lamanya tak mengemaskini......
Alasan yang klishe...busy...tapi memang dah betoi nak buat cemana...
Banyak benda nak diceritakan, tp bila nak start terus malas<---satu lagi alasan klishe yg femes. dah betoi jugak...nak buat cemana<---- ni ayat feveret ibu mertuaku, dah disebarkan...muahahaha....
Antara benda yg nak diceritakan, ok aku bg tajuklah dulu no...pasal pi Melaka 2/3 mggu sudah, pasal pindah rumah, pasal baby-sitterku & taska baru...eee byknya assignment....ntah hapa2 kan, takdak sapa pun yg paksa, tp tiba2 rasa terpaksa plak....tanggungjawab nih...muahahahah.


Just to wish semoga korang-korang semua lebih tabah untuk menghadapi cabaran di tahun baru ini. Bersedia bila-bila masa untuk apa saja benda yang bakal mendatang. Baik yang buruk (Nauzubillah) mahupun yang baik (Alhamdulillah). Moga kita semua sentiasa dirahmati ALLAH.

Kesilapan di tahun-tahun yang lalu dilupa jangan, jadikan panduan dan semangat untuk tahun ini.
Kejayaan di tahun-tahun yang lalu haruslah sentiasa disyukuri dan jangan sampai lupa daratan.

Wednesday, October 20, 2010

Selamat Hari Lahir Nurul Uzma - 18 Oct



Yee...Dah 5 tahun anak daraku. Tanggal 18 Oktober 2005 yang lalu Nurul Uzma telah selamat dilahirkan. Happy Birthday Nurul Uzma. Sesungguhnya ibu amat menyayangimu, tiada berbelah bahagi kasih sayang terhadapmu. Ibu sentiasa mendoakan anak ibu.
  • Terpelihara kebajikan dan kesejahteraan
  • Berjaya dalam semua perkara
  • Menjadi anak yang solehah
  • Menjad insan yang berguna


 Kakak mesti ingat Ibu sentiasa menyayangimu setiap detik & ketika,
Kakak pun mesti sentiasa menyayangi Ibu

  
Kakak mesti ingat Abah sentiasa menyayangimu setiap detik & ketika,
Kakak pun mesti sentiasa menyayangi Abah
 


 Kakak mesti ingat Adik sentiasa menyayangimu setiap detik & ketika,
Kakak pun mesti sentiasa menyayangi Adik

Dan juga adik lain dimasa akan datang....InsyaAllah..heheheh

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri



SELAMAT HARI RAYA buat semua rakan-rakan dan sanak saudara. Maaf dipinta sekiranya selama ini tersalah cakap, taip, pandang dll samada secara sengaja atau tidak.

Terima kasih yang tak terhingga pada pembaca blogku yg tak seberapa ini. Cuma berniat untuk dijadikan sebagai tatapan dimasa depan dan berkongsi kegembiraan & kesedihan

Moga kita semua mendapat keredhaan dan sentiasa dirahmati Allah sempena Ramadhan yang mulia dan Syawal hari kemenangan kita nanti! Menangkah kita kali ini???

Jom balik kampung & Berhati-hati dijalan raya !!!!!!......
Related Posts with Thumbnails