Showing posts with label Status. Show all posts
Showing posts with label Status. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Alhamdulillah kuasa dua

Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air yang tercinta selepas 9 hari bermastautin ke tanah orang. Not really bermastautin, jalan-jalan dan ronda-ronda untuk melihat ciptaan Allah disebelah sana. Terima kasih banyak-banyak pada syarikat yg tercinta yang sudi memberikan penghargaan pada staffnya untuk refresh balik otak2 yg agak berkarat tuh. Moga lepas ni kita semua blh perform dengan lebih baik untuk syarikat kita yg tercinta.....Saaaayang APSB. Ini merupakan trip yg ke-2 sepanjang tertubuhnya APSB selepas trip to Gold Coast yg lalu.
Selamat sampai awal pagi Ahad yg lalu. Penat masih berbaki walaupn udah 3 hari berlalu...ehh dah tertukar slang pulak..hehehe. Still ada rasa mengantuk walaupun di ofis, betapa dasatnya penangan bercuti yg sangat tak ingat...hahahaha, tambahan plak keadaan & status sekarang ni. Status apa ye? nanti la kita cerita2 kemudian.
Thank you APSB for the amazing trip tour to Jawa
Jakarta - Bandung - Jogjakarta

Ada rezeki kita pegi lagi, Insyaallah!!!



Why 'Alhamdulillah kuasa dua'? Yang pertamanya off course dengan rezeki dapat berjalan2 melihat ke negara org free dr company. Yang keduanya, haruslah dipanjatkan kesyukuran ke atas rezeki dan amanat yg bakal diberikan oleh Allah. Nampakkan diriku yg semakin tembam memang pun dah gemok selama ni.. tapi bagai semakin dipam2 kan...kekekek.

Insyaallah Uzma & Umar bakal dapat adik tahun ni. Walaupun menghadapi beberapa rintangan sebelum mencecah ke trimester ke-2 dengan bleeding yang berpanjangan, terpaksa menelan Dupaston yang mahal 3 kali sehari sebaik masuk je trimester ke-2 Alhamdulillah no more bleeding. tiada lagi rasa ketakutan & kerisauan. Lagilah on utk berjimba2 dgn rakan2...heheheh. Oh yee, dulu trip to Gold Coast with all family members. Tapi kali ni dengan company's family member jek, only staff.

Moga2 kandunganku selamat, dipermudahkan sepanjang perjalanan indah ini dan diberikan kekuatan untuk menempuh pelbagai halangan dan rintangan. Doa2kanlah ye....

Untuk rentetan perjalan ke Jawa Insyaallah kalau ada KEKUATAN akan diceritakan serba sedikit, buat memori dimasa hadapan disamping menunggu entry hangat about this tour from acik Syikin kita. Kalau tak sabar sgt bleh jugak menjenguk gambar2 sensasi kami di FB SINI.


Thursday, December 15, 2011

7 Tahun


4 Disember yang lalu genaplah usia perkahwinan kami yang ke 7. Alhamdulillah....
Tak buat pun celebration apa-apa cuma kebetulan masa tu memang kami tengah cuti-cuti Malaysia, alang-alang kira sekali harung la kan. Kebetulan tentatif pada hari spesel kami tu kami berada di Cameron Highland, musim hujan plak sejukkkkk je ala2 macam kat oversea giteww.

Harapan untuk hari-hari mendatang supaya kasih sayang antara kami sentiasa terikat kuat hingga ke akhirat
LOVE FOREVER

Monday, April 25, 2011

Dia datang lagi bulan ini

Dah menjadi rutin bulanan. Dia pasti datang, kadang-kadang lambat seminggu, kadang-kadanag cepat seminggu, kadang-kadang on-time. Pasti dia akan datang. Datang kadang-kala disertai dangan rasa yang tidak selesa, kadang-kala sakit. Walaupun tidak sakit, pasti tidak selesa, pergerakan menjadi terbatas. Walaupun banyak brand disogokkan dapat memberikan keselesaan, selembut kapas, tapi memang betul-betul selesakah???. Pastinya lain dari hari-hari normal. Lumrah bagi semua wanita. Begitu hebat ciptaan Allah. Ianya juga merupakan satu indicator kalau ada sebarang perubahan yang tidak elok terjadi pada badan kita, untuk wanita sajalah ya.

Banyak terms yang kita selalu dengar, menstrual, period, datang bulan, datang kotor, mai haid. bulan sabit merah, berdarah, semuanya merujuk pada benda yang sama.  Apa term korang?? Bukannya tidak suka dengan kedatangannya, cuma rasa sikit tidak selesa. Mood kali ni kurang sikit sebab ada sedikit sakit. Dah lama tak sakit macamni. Rasa macam berat sangat kat punggung nih. Rasa macam ada benda nak jatuh tapi still hanging, mcmana nak cerita ye? Susah nak nk describe perasaan ini.

Masa bujangan dulu kerap jugak kena sakit senggugut. So, memang takkan kemana-mana cuma terperuk di katil/sofa sambil tekan perut. Memang betul bila tekan peurt rasa macam kurang sikit sakitnya. Kalau tak tahan sangat siap ambik botol isi air panas tuamkan pada perut. Buat macam ala bertungku gitu. Hehe.

Tapi memang betul la yang selalu orng tua-tua cakap bila dah kawin nanti mesti takkan/kurang sakit sikit. Kenapa ya? sebab dah luas sikit kot...opss..
Masa kecik-kecik dulu tak kenal banyak brand pun, yang paling glemer Lady, Sanita. itu pun mama yang belikan. Tuala wanita adalah benda yang sangat memalukan pada waktu itu. Kalau nak beli pun memang malu sangat-sangat & siap sorok-sorok letak kat belakang lagi nih nak bawa ke kaunter. Dah sampai ke kaunter siap suruh balut macam balut hadiah tu, sebab takmau bagi nampak. Rasanya bukan aku sorang macamtu, bila ke kedai runcit memang sorang lain pun buat macam tu. Cashier pun dah tahu dan memang bersedia nak tolong balut. Haha. Dulu-dulu pun memang lady, Sanita di bungus dalam kotak keras kan, so memang sebijik nampak macam hadiah.

Hadiah setiap bulan.

Dulu mama tak panggil pad/tuala wanita panjang sangat nama, 'modes', macam tak best ja nama dia kan hehe. Modes pun modes la. Penah jugak dengar abah/pakcik-pakcik panggil 'roti planta'. Memang blur sangat-sangat waktu tuh, Apakebendanya roti planta, dah tu bila sebut siap senyum-senyum lagi. Dah dalami sendiri baru tahu rahsia disebalik nama 'roti planta'. Haha.

Teringat lagi satu insiden memalukan, memang tak pernah cerita kat orang, tiba-tiba aku nak membuat pengakuan berani yang sangat memalukan. Eksklufif nih. Hehe. Masa 1st time pakai 'modes' Sanita. Sanita pelekat nya tak lah kuat sangat dan harganya pun biasa-biasa saja. Tiba-tiba mama bertempik memanggilku "Sapa punya nih??? tinggal merata-rata mana boleh macamtu!!!"

Ohh rupanya tanpa tersedar modesku telah terjatuh masa tengah berjalan-jalan. Nasib baiklah waktu tu dah nak 'hampir habis'. So jemnya tak banyak dah dah bertukar rupa (sila jgn imagine). Nasib baiklah jatuh dalan rumah, cepat-cepat kuambil tersipu-sipu malu. Huwaaa..malunya. Nasib baik adik-adik lain tak nampak. Mama sorang saja la saksi. Biasa la budak umur 12 tahun memang masih sangat lasak walaupun waktu itu. Sejak dari itu memang aku sentiasa check, dia masih berada di kedudukan asal atau tidak. Haha.

Kini sekali lagi, pada bulan ini aku mengalaminya lagi. Tapi kali ni kalau terlambat ke tandas samada untuk kes kecil/besar seakan ada satu 'contraction'. Betul rasa betul-betul macam nak beranak tu. Sakitnya!!!. Masa ni jugak emosi kurang stabil disebabkan perubahan hormon yang terjadi dalam badan. Lumrah Wanita.

Saturday, February 26, 2011

Taska


Bermula tahun baru 2011, kakak & adik akan menghadapi situasi baru. Kakak & adik akan berada di Taska sepanjang ketiadaan ibu yang mencari rezeki demi keluarga tercinta.

Bukan ku sengaja memindahkan mereka tetapi keadaan yg memaksa. Baby sitter atau 'mak' panggilan kakak & adik akhirnya terpaksa menyuarakan hasrat hati. Nampak sgt betapa dia sgt berat hati bila nak bgtau perkara nih. Aku memahami keadaannya yg agak tersepit. Keadaan memaksa pabila anak ke-2nya juga dpt memasuki IPTA. Menambaha burukkan lagi bila anak pertamanya tak dpt bantuan pinjaman PTPTN. Demi membantu meringankan beban suaminya yg hanya membawa teksi.

Mak bg tau pun penghujung bln 12. Memandangkan perkara yang tiba2 or ayat yg selalu en. cikgu gunapakai terkejut-tergempaq tiba2 terkedu sat taktau nk buat apa. So kelam kelibut jugak nk mencari taska. Taska adalah perkara yg paling cepat nk cari. Kalau nk cari baby-sitter jugak nk kena meronda atau bertanyakan jiran/kawan....leceh & agak mkn masa. Beberapa faktor yg menyebabkan aku memilih taska
  • nak cepat & sama seperti di atas
  • duit yuran tadika kakak dah siap byr,
  • kelam kabut nk pindah rumah
Antara jalan termudah yg telah di try-error mintak pertolongan cik gugel....sibbaik ads blog Mommy Qastalani. Misi pencarian taska utk anak dia memang dasyat...siap dgn review, rating & contact number. So sgt2 menolong aku yg kesempitan nih. TQ so much. Tak penah tegur lg kat blog dia, masa kat taska pun mcm agak2 je yg tu dia, tp tak sure...hehehe

So far sampai hr ni kakak & adik serasi kat taska. Mula2 memanglah meragam si adik tu, sekarang Alhamdulillah. Kakak pun seronok sebab ramai kawan. Lega dah selesai satu hal.

Buat Mak, moga mak sentiasa sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Walaupun mak dah tak jaga & kakak, tapi mak sentiasa di hati...barang2 kakak & adik pun tak ambik lg, mak soh tinggal dulu buat lepas rindu...uhuk...

Mak kakak & adik

p/s: Tengoklah, betapa besar pengorbanan seorang ibu, sanggup buat apa saja demi yang tebaik utk anak2. Semoga anak2 mak berjaya dalam pelajaran dan berbaloilah pengorbanan mak.

Wednesday, July 7, 2010

Mulai Hari Ini....

Akan tersangat bz mulai hari ini...bukan hari ini actually, last week lagi....Bilakah akan berakhir???? entah lah, selagi ada rezeki...


Mungkin akan kurang sangat mengupdate blog selepas ini, or terbalik...tetiba makin rajin plak..heheheh

Walaupaun tiada siapa pun yg nak membaca blog ini. At least boleh dijadikan sebagai catatan diari sepanjang kehidupan.

Syok jugak bila baca balik entry yang lama-lama, teringat balik ke masa itu....

"Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki untukku seluas-luasnya."
Related Posts with Thumbnails