Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Alhamdulillah kuasa dua

Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air yang tercinta selepas 9 hari bermastautin ke tanah orang. Not really bermastautin, jalan-jalan dan ronda-ronda untuk melihat ciptaan Allah disebelah sana. Terima kasih banyak-banyak pada syarikat yg tercinta yang sudi memberikan penghargaan pada staffnya untuk refresh balik otak2 yg agak berkarat tuh. Moga lepas ni kita semua blh perform dengan lebih baik untuk syarikat kita yg tercinta.....Saaaayang APSB. Ini merupakan trip yg ke-2 sepanjang tertubuhnya APSB selepas trip to Gold Coast yg lalu.
Selamat sampai awal pagi Ahad yg lalu. Penat masih berbaki walaupn udah 3 hari berlalu...ehh dah tertukar slang pulak..hehehe. Still ada rasa mengantuk walaupun di ofis, betapa dasatnya penangan bercuti yg sangat tak ingat...hahahaha, tambahan plak keadaan & status sekarang ni. Status apa ye? nanti la kita cerita2 kemudian.
Thank you APSB for the amazing trip tour to Jawa
Jakarta - Bandung - Jogjakarta

Ada rezeki kita pegi lagi, Insyaallah!!!



Why 'Alhamdulillah kuasa dua'? Yang pertamanya off course dengan rezeki dapat berjalan2 melihat ke negara org free dr company. Yang keduanya, haruslah dipanjatkan kesyukuran ke atas rezeki dan amanat yg bakal diberikan oleh Allah. Nampakkan diriku yg semakin tembam memang pun dah gemok selama ni.. tapi bagai semakin dipam2 kan...kekekek.

Insyaallah Uzma & Umar bakal dapat adik tahun ni. Walaupun menghadapi beberapa rintangan sebelum mencecah ke trimester ke-2 dengan bleeding yang berpanjangan, terpaksa menelan Dupaston yang mahal 3 kali sehari sebaik masuk je trimester ke-2 Alhamdulillah no more bleeding. tiada lagi rasa ketakutan & kerisauan. Lagilah on utk berjimba2 dgn rakan2...heheheh. Oh yee, dulu trip to Gold Coast with all family members. Tapi kali ni dengan company's family member jek, only staff.

Moga2 kandunganku selamat, dipermudahkan sepanjang perjalanan indah ini dan diberikan kekuatan untuk menempuh pelbagai halangan dan rintangan. Doa2kanlah ye....

Untuk rentetan perjalan ke Jawa Insyaallah kalau ada KEKUATAN akan diceritakan serba sedikit, buat memori dimasa hadapan disamping menunggu entry hangat about this tour from acik Syikin kita. Kalau tak sabar sgt bleh jugak menjenguk gambar2 sensasi kami di FB SINI.


Friday, January 30, 2009

Checklist Mom & Baby's Stuff

Beberapa barang baby dah list utk tambahan for adik. Just to make sure its all complete. Supaya senang masa dlm pantang nanti, tak payah nak susah2kan org nak pi beli nnt. Lgpn Insyaallah kali ni nak jaga betoi2 takmo jd mcm dulu. Antaranya:-

1) Sterilizer Combo Pack - Done
Bought at Anakku SACC for RM 199.90

Mulanya nak beli sterilizer saja, warmer
pn berkenan tp tak dpt lagi pn takpa. Tgk2 ada set yg mcm ni skali dgn warmer, lagi cantik! So, lps ni tak payah nak susah2 rebus botol & bp stuff. Boh je dlm ni n siap.
Warmer tu nak bg kat babysitter, senang nak warming-up balik EBM yg akan dibekalkan nnt. Kalo blh nk mudahkan babysitter, alhamdulillah dpt yg baik mcm dia, mmg bersyukur sgt2.

2) Spectra breastpump Set - Done
Bought from
Hazarina online for RM550.00 (will received today)

Plan to fully breastfeed for adik, InsyaAllah. So dah prepare awal2 electric double breast pump. Harap2 berbaloi dgn investment ni. Mulanya berangan nak sambaq Medela Freestyle yg ribu-riban tuh. Abg ckp ambik yg mcm ni dah la. Alhamdulillah Abg mmg byk support to breastfeed, tp duitnya tak support .

3) Batu/besi tungku - Done


Pesan dengan K Chaq. Bought 2 unit for RM70.00

Saja beli 2, satu nak simpan kat penang satu lg simpan sini. Tak payah dah nak angkut2 nnt bila nak balik berpantang. Lgpn adik2 pn blh guna jugak nnt. Weight at 5kg each. Nampak ja kecik tp blh tahan jugak beratnya. Bidan yg mengurut dulu ckp kalo nak beli baik yg Kuala Kangsar punya sbb bentuknya kecik & senang pegang.


4) Barut baby - Done

Barut Baby Mia bought at Mybengkung.com, 5 pieces for RM20.00


Yang lama still ada tp dah lunyai. Exspecially yg jenis zap. Dah tak berapa nak lekat dah. Beli suma kat supermarket, so tak tahan sgt. Tgk yg nih blh pakai lama skit & tahan lama.

5) Kain Bedung - Done
Bought from
Ilfa at RM15.00 each.

Selalu nampak baby kat hospital kena bedung dgn kain yg mcmni. Material sejuk & kaler pn fancy. I like...

6) Baby Sling - Done

Bought from Ilfa at RM40.00 (during promotion)





Nampak mcm senang ja bila pakai benda ni. Sbb nak try & error dulu so cari yg paling murah dulu. Kalo beli kaler mcm ni, abg nak pakai pn tak segan sgt kan.



7) Medicine Stuff
i- Palmer's Cocoa Butter Nipple Cream - Done
Bought at Guardian for RM 25.50
ii- Forlax (Constipation) - Done
Bought at Guardian for RM 28.00 per 20 sachets
iii- Drapolene nappy rash cream - Done
Bought at Watson for RM10.++
iv- Minyak Telon/Yu Yi


8) Set Tilam + Bantal Baby - Done
Bought at Jusco brand Sweet cherry for RM42.90


9)Jus Prune - Done

Bought at Tesco for RM7.99 per bottle



10) Pad + Pampers - Done

Pad lama byk lg, Pampers baby bought Fiffi & Drypers



11) Jamu/Ubat Lepas Bersalin - Losyen Mustajab Halia RM20.00

- Minyak berubat Mustajab NR RM27

- Minyak Herbanika NR RM58

(Set masih lg tak berani nak beli, tp teringin sgt2 set Nona Roguy nih, kang rugi takbleh mkn mcm dulu, patutkah aku membelinya...hmmmmm)

Ps:
Harap2 sempat beli semuanya sebelum deliver

Tuesday, October 21, 2008

Getting pregnant

Alhamdulillah la ni dah pregnant...kalau ikut tarikh posting ni dah masuk 20 minggu..

Untuk estimate tumbesaran baby kali ini, siap boh baby widget. At least bleh gak imagine besaq mana dah baby la ni. Kali ni pun ada gak keluaq mcm kaler-kaler coklat. So, sbb dah tau kesannya tanpa berlengah lg terus pi klinik habaq keluaq cemana and bila. Tak tunggu dah esok tu terus cargas. Doc terus bagi ubat utk "dyphostan" ubat utk kuatkan rahim. Tak kisah la kena buat apa-apa pun asalkan baby ni boleh diselamatkan.

Actually not sure apa benda yg keluar, samada benda coklat tu mmg dah ada situ or mmg keluaq tu ka, so for precaution baik pi klinik terus..selamat. Doc yg ni pun bg 50-50 ja, may be dia pun takmo bg harapan sgt..

After that alhamdulillah dah tak bleeding dan stop semua kerja-kerja berat. Stop segala jeruk, softdrink dan semua benda-benda yg membahayakan. Alhamdulillah sampai hari ni lah baby kini.

Baby..dok leklok k, tunggu ibu, abah and kakak...depa semua tak sabaq nak jumpa baby..

Kakak pun la ni tiap-tiap pagi bila babai ibu pi keja, mesti dia babai adik skali.

Kadang-kadang kakak letak telinga kat perut ibu dengaq adik buat apa, kiss adik.... bila ibu makan kakak tau nanti adik pun mesti makan sama... lawak sgt masa tu..

Moga-moga bila adik lahir nanti kakak akan jaga adik sama-sama dengan ibu..kakak sayang adik kan...


Related Posts with Thumbnails