Showing posts with label Confinement. Show all posts
Showing posts with label Confinement. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Ada ka? Wujud ka kat sebelah utara ni? May be ada yg tahu & ada yg tidak. Sememangnya sebelum ni ku tidak tahu. Even abg yg cuma sekangkang kera dr rumah dia pn tak tau.


Googled


Plan asal nk ke Tmn Rekreasi Gunung Keriang, Tapi dah nampak signboard Pusat Sains Negara & Pusat Akuatik, so follow je la...adakah ia sekadar di atas sign board semata atau benar belaka...

Pusat Akuatik dari jauh memang nampak gah...excited ni nak pi nih...Tapi...
senyap sunyi....guard house pn takdak org, try jugak ronda masuk kawasan, mmg tak terjaga, buat dah cun tp tak terjaga, menghabihkan duit rakyat saja. Kalau dijaga rapi sure ramai yg nak pi nih. Pusat ni rupanya dibuat sempena sukan sukma dulu...kan best kalo bleh mandi time panas2 ni....(tak sedaq diri dok sakit lg nih!!)
Kawasan luar very colourful lukisan kat dinding...
Ramai jugak pengunjung....yang best lagik tu PERCUMA!!!!...tambah best lagi airconditioned plak...Menurut abg PSN kat KL non air-cond tau (sbb tak penah pi lagik...hehehe)
Mula2 masuk...waa..ramai jugak org kat dalam, mcm2 benda blh main & semuanya aktiviti berilmiah...

Kakak dah tak tentu arah, semua nak main, semua yg abah pegang dia nak main, semua yg aku pegang dia nk main...punya byknya benda blh main.....

Nasib baik adik pn well behaved. Just lets the pics do the talking....

Keratan rentas proton wira

Kat depan lambang menda tah...

tgk jenis2 bintang kat atas siling tu...best...
lampu2 berkelipan, rasanya camni kot siling bilik ain (anak ana suzana tu)
Taktau amenda nih, but really colourful....

basikal gantung ala2 sarkis...blh cuba pd sapa yg beran...


nak rasa cemana earthquake? masuk je dlm rumah ni dan rasainya!!...ada 3 jenis gerakan , skala ritcher (betoi ka eja) 1 - 3

Macam2 ada....


Masa ni kakak tgh bz melombong, belakang tu pilot plan utk mesin melombong....syok wooo!!

Kakak ready to outer space!

Cutenya adik dgn menatang tu....

Aktiviti utk adik pn ada tau....
semua peringkat umur

playground sini pn lain mcm skit, semuanya berkaitan sains...

Kakak nak naik jugak even rembang tghari buta...


Note :
Lepas round website PSN td rupanya PSN wilayah utara baru nak dirasmikan 1 Mac nnt. Lepas ni sure masuk kena bayar. Even kena bayar rasanya masih berbaloi nak dtg bawak anak2 mai sini.


Pusat Akuatik juga dibina utk kegunaan Sukan Komanwel dulu, diarahkan tutup untuk kerja2 baikpulih. Mmg teruk sgt dgn karat dan berlubang sana-sini. Sayangnya kalau tak digunakan.....

Saturday, February 20, 2010

Kepuasan 3 Minggu

Kepuasan yg bakal berakhir tak lama lgi, tak sampai 40 jam dari masa entry nih.....nak masuk keja dah...huhuhu! Bahana lama bercuti.

Perasaan bercampur baur...kasihankan kawan2 sepejabat yg terpaksa menggalas beban yg ditinggalkan mengejut. Tanggungjawabku...Bukan sekadar di tempat kerja, juga sebagai seorang isteri utk menguruskan hal2 rumah tangga. Kasihan abg keseorangan tatkala kami bersenang-lenang di kampung, best jugakkan sekali sekala hehe.



Apa telah terjadi di sana?

1) Adik yg makin tembam, tiap2 hari tok mama dok melayan, menyuap mkn. Baru dpt kaki pulak tu tak terkejar dibuatnya. Alhamdulillah mama mmg byk membantu.
Rambut adik makin kerinting tiong2...

2) Kakak mmg sedari dulu kurang mkn, bila dah ada Danish lg la kurangmknnya, asyik ingat main ja, non-stop pagi petang siang mlm....fuh! Ponteng sekolah 2 mggu lebih..
Kakak control ayu baru lps straightened rambut


3) Aku makin pulih, Alhamdulillah, dah kurang jln ala-ala ke'pingu'an...
-ngam2 2 minggu, sakit semasa nak bgn-duduk, duduk-baring, batuk, bersin, gelak automatik hilang, bukanlah totally hilang, dah kurang skit, still rasa sengal2 dihujung luka.
-dekat 3 minggu, rasa sengal & pedih masa berjalan dah hilang, dah blh duduk mencangkung dan solat mcm biasa (sblm ni solat sambil duduk atas kerusi)

4) Kepuasan bermanja bersama tokmama

5) Kerinduan pada abah

6) Susu makin kurang...huwaa!!!!


Luka Alhamdulillah takdak timbul ala2 batas tu, ok je nengoknye...maybe awal lg kot. Kena bertanya pd rakan2 yg pakar nih!

Cuaca di utara lebih panas dr Shah Alam, mcm ala2 baru balik dr London gitew!!!...

Mama pn tak menafikannya. Mmg lain lah... Shah Alam selalu hujan, rasa sejuk je even hr panas.

Utara sinin berbahang siang malam.....maybe akan berakhir sekitar Mac nanti.

Wednesday, January 27, 2010

Yang dikendong selama ini...

MC dapat 30 hari, moga-moga by the time kembali bekerja nanti luka dah sembuh. Tetapi sedih sikit sebab kali ni agak kelam-kabut dan tak sempat buat preparation. Akibatnya beban yang ditanggung terpaksa digalas orang lain. Mohon maaf dipinta pada Noor Asikin & Shahirah dengan keadaan ini for Registration Dept. Juga untuk warga Averroes yg lain yang terpaksa ada keja tambahan tiba2 dek kerana diri ni. Selepas ini akan cuba dibalas sagala budi dan pertolongan yang bakal diberikan malah yang sudah diberikan.


Sekarang masih lagi berisitirehat di rumah. Kenkadang rasa macam melelong-lelong dan pening. Jalan pun pelanpelan lagi walau sakit dah kurang. Sedih sikit perihal susu terpaksa sedikit diabaikan. Maafkan ibu ye Adik. Nanti ibu dah sihat boleh minum puas-puas.

Sebelum pulang, memang dah suruh Dr. snap gambar cemana la rupa cyst yang dikendong selama lebih kurang 6-7 bulan nih. Alhamdulillah Dr Siti dgn baik hatinya dah tunjukkan dan dah bg gambar tu. Memang agak mengerikan bila dilihat. Nasib baik la tak sedar apa-apa masa tu.


Gambar ini adalah gambar sebenar & bukan di google. Tuan empunya badan tu memag adalah diriku. Kot mana kepala? Rasanya belah kiri kot. Agaknya masa ni Dr. cuba nak keluarkan cyst tu. Baru sebahagian la. Eeee...banyaknya darah.


Inilah saiz sebenar cyst bila dah dikeluarkan. Even yg ni Dr. dah pecahkan skit supaya tak payah koyak besar sgt peutku. Nampak tak cekang sgt kan banding yang tadi. Gambaq ni dah tersebar melas dah...hehehehe...

Memanglah nampak sangat mengerikan. Hakikatnya aku tak sedar apa-apa pun. Tahu-tahu saja Dr. dah kejut bangun, then kat perut rasa macam berpijar dan sakit.

Rupa cyst bila Dr dah pecahkan, dah mengecut. Air yang terkandung didalamnya. Menatang durjana ni memang dapat ditengok & dikebek real life, semua family yang meneman dah tengok. Pastu akan dihantar ke lab for test. moga-moga lab result nanti menggembirakan.

So, jangan tunggu-tunggu lagi kalau rasa sangsi. Better go & check. Scan mcm scan baby tu je. Pap smear pun tak pernah buat lagi, itu pn dah kena marah dgn Dr. Baik sakit sikit daripada nak menanggung sakit yg lg azab. Tapi kalau boleh takmo lah ada apa-apa kan.


Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan diri moga dijauhkan dari sebarang penyakit. Tapi kalau dah takdir dapat, kita perlu redha dan terima dengan seadanya. Anggaplah ini semua ujian Allah. Mungkin Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil dan untuk memberi peringatan pada kita.


DOAKAN SUPAYA CEPAT SEMBUH

Tuesday, January 26, 2010

Terima Kasih Semua




Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pembedahan yang dilakukan telah Berjaya. Berkat doa keluarga dan rakan-rakan semuanya berjalan dengan lancer. Tiada lagi kata yang dapat dilafazkan melainkan rasa kesyukuran dan kelegaan yang sangat-sangat. Apa yang dirisaukan sekarang adalah penjagaan luka pembedahan. Harap segalanya lancar dan selamat. Bab-bab penjagaan luka ni agak fail, dari 2 pengalaman bersalin yang lalu kedua-dua lukaku sedikit terbuka. Harap-harap kali ni Berjaya. Maklumlah orang yang berbadan besar ni susah sikit penjagaannya.





Jutaan terima kasih yang tak terhingga pada keluarga dan semua rakan yang telah sudi
· Memberikan sokongan baik dari segi zahir dan batin
· Mendoakan supaya pembendahan ini berjaya
· berkunjung dan melawat semasa di hospital
· menghadiahkan buah tangan yang tak terhingga banyaknya
· mengajar doa dan zikir yang dapat diamalkan
· membayar premium insurans untuk kos pembedahan….off course my company Averroes Pharmaceuticals Sdn Bhd & Mr Shamshul
· Melancarkan semua proses kemasukan ke hospital
· Dr Siti Esah yang telah melakukan pembedahan dengan jayanya
· Kakitangan Selangor Specialist yang very helpful & friendly
· Rakan-rakan sekerja yang menanggung beban tugas

Tak tersenarai gamaknya, untuk semualah…..terima kasih sangat. Mohon maaf kiranya tak tersenarai. Semuanya kalau boleh dibalas saya akan cuba untuk membalas, jika tak termampu hanya Allah yang dpt melakukannya.

Juga untuk Sikin & Zuzie yang buat special entry for my story on their personal blog. Terharunya!!!!!!

Sesungguhnya saya amat menghargai sangat-sangat di atas semua bentuk penghargaan yang telah diberikan.

Saturday, April 18, 2009

Period

Mustahil!!!! Tapi memang benar. Haid telah datang kembali pada hari ke-46. Lebih memusykilkan lagi keadaanku yg fully breastfeeding. Adik masih belum dicampurkan walau setitik susu formula. Bagaimana benda ini boleh berlaku??

Pandangan mama supaya berjumpa dgn doktor bertanyakan hal ini. Terasa hanya ingin mendptkan jawapan dari Bik Na saja. Hmmm..hairan, hairan, raihan..

Justify FullUpdate :-
Doktor belum berjumpa, tetapi hari ke-2 haid (47) hadir ketulan darah merah cerah+putih seperti mula-mula dalam pantang dulu.

Hari ini hari ke-49 nekad mandi hadas. Hanya 2 hari darah itu datang. Semalam tidak ada tapi sengaja dibiarkan dulu sebg pemerhatian, kalau-kalau dia datang kembali. Mungkinkah ini dikira sbg darah penyakit??? Lebihan nifas dulu yg belum habis?? Harus bertanya dgn yg pakar.
Walaubagaimanapun, setakat ini lebih selamat dikira darah penyakit. Maka perlu diqado solat-solat sebelum ini yg telah ditinggalkan (Peringatan!!!)

Thursday, April 16, 2009

I'm Free

Alhamdulillah tempoh berpantang sudah pun tamat. Tidaklah terlalu berbeza waktu berpantang dgn waktu-waktu lain. Ada benda yg sudah boleh dimakan/dibuat tetapi sengaja ditahan sehingga habis waktu darurat ini.

Makcik
Perkhidmatan makcik hanya setakat hari ke-40. Diri sudah terasa lebih sihat, jadi sudah banyak perkara yg blh dilakukan sendiri. Lgpun lebih lama, maka lebihlah lg ongkosnya. Terima kasih kepada abang kerana mengingatkan.

Serasa makcik bukanlah berkira sgt sedikit meleset, tambahan makcik yg mulut agak riang selalu bercerita perihal semasa menjaga org lain. "Intan" itulah nama yg selalu diceritakan dek makcik.
"Dulu dengan Intan buat mcm ni, Intan takmau buat mcm ni"
"Masa nak balik tu depa bg kat makcik RM2000, siap bg kain pasang, bwk shopping-shopping"

Hmm..mcm dibagi hint saja berapa patut diberi. Katanya semasa ditanya tentang harga
"Ikut suka, ikhlas la nak bagi berapa pun"
Oleh kerana makcik kira berapa hari dia tak dtg dan berapa hari utk halfday, perkiraannya:-
Deliver - 01/03/2009
Makcik start - 03/03/2009 = 2 days off
Halfday - 2 days = 1 day
Absent - 1 day
Last day - 09/04/09
Hari ke-40 is the last day makcik datang, so tolak dgn 4 hari = 36 hari
Pemerhatian mama menyebabkan kami semua sepakat untuk membayar RM30/day.
36 days x RM30 = RM1080 digenapkan kepada RM1100
Tudung e-kin warna purple juga diberi sebagai hadiah kepada makcik

Patut tak bayaran yg telah diberikan?? Puas hatikah makcik nanti??
Isu ini berlarutan 2-3 hari selepas pemergian makcik

Kakak
Malam last day berpantang Kakak tiba-tiba bangun dan memuntahkan isi perut. Sangatlah banyak agak-agak 1 mangkuk besar. Menggigil kaki kakak selepas muntahan itu. Kesiannya anak ibu nih. Pasti kakak lapar kerana dari isi yg dikeluarkan sedari tengahari td. Poor you Kakak. Kakak jarang sekali muntah dan inilah 1st time Kakak muntah sebanyak ini. Keadaan yg sgt asing baginya. Tangisan sakit dan simpati darinya begitu menyayat hati. Minyak angin disapukan seluruh badan Kakak selepas di salin ganti baju. Kakak diselimutkn dan digosok badannya utk meredakan sakit. Esakannya masih berbaki. Pelbagai cara cuba dilakukan utk mententeramkan Kakak. Badan Kakak masih menggigil. Sayu hati ini melihat keadaan Kakak. Terlena akhirnya anak tersayang.

Kakak agak terpinggir sejak kehadiran Adik, Perhatian 100% seperti dulu tak dpt diturutkan. Kakak kena belajar menerima keadaan baru ini.

Tiba-tiba Kakak merengek lagi, Ya Allah panasnya badan kakak. Suhunya badannya tiba-tiba naik. Kakak menangis lebih kuat dan muntah sekali lagi. Kasihannya Kakak. Kakak dicuci dan ditenangkan sekali lagi sebelum sambung tidur. Ribena diminta selepas keluar semua isi perutnya. Tiba-tiba Kakak bangun sekali lagi dan terhambur dari mulutnya bak air paip ribena yg diminum tadi. Kasihan sungguh-sungguh padanya. Kali ini ini ubat cousin diminta utk meredakan muntah & demam kakak. Kasihan Anakku. Sakit kakak datang pabila tamat sakit ibu.

Adik
Adik makin sihat dan makin besar. Susu juga makin bertambah diminum. Bagaimana diketahui? Tiap kali mama susukan EBM utk Adik 2oz seperti tidak puas. Jadi 0.5oz ditambah lg utk Adik. Menjawab kepada production susu yg agak byk tiap kali diperah.

Luka Episiotomy
Masih belum sembuh sepenuhnya. Bukaan masih belum tertutup tetapi muncul isi baru untuk menutupinya dibahagian dalam. Bersila sudah berani dilakukan namun, mencangkung masih belum berani. Hmmm...bila nak baik ni!!!!


Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kesihatan yg baik utk keluargaku sepanjang zaman. Jadikanlah anak-anakku menjadi anak yg soleh. Mudahkanlah segala urusan keluarga. Banyakkanlah rezeki anak-anakku. Sesungguhnya engkaulah maha pemurah lg maha penyayang.

Ps: Rupa-rupanya makcik OK dengan harga tu. Alhamdulillah....

Friday, April 3, 2009

Episiotomy

Entah bila luka akan baik sepenuhnya. Dah tak larat menanggung azab menjaga cara berjalan dan gerak duduk.

1st Episiotomy
Kelahiran pertama dahulu episiotomy dilakukan kerana dikatakan ini merupakan rutin bagi semua ibu yg melahirkan anak pertama dimana insisi dilakukan. Berlaku bukaan pada luka disebabkan sembelit yg dihadapi pada hari ke-20. Dek kerana sengaja makan Forlax berselang hari. Anggapan tidak menjadi hal ternyata meleset.

Perlu dipotong kembali sehingga berdarah utk dijahit semula yg didengari sgtlah mengerikan. Harapan agar tidak perlu dijahit semula tertunai pabila doktor memberikan 2 option:
i- dijahit semula 2 jarum, proses pemulihan 1-2 minggu
ii- kaedah conservative, hanya disapu ubat, proses pemulihan 3-4 minggu

Sudah semestinya option ke-ii dipilih biarpun memakan masa sedikit. Terpaksa 'berpuasa' selama 5 bln selepas kelahiran. Redha demi kesihatan sepanjang zaman.

2nd Episiotomy
Anggapan tidak perlu dijahit langsung nyata meleset sama sekali. Malah semakin teruk ada la. Insisi tidak dilakukan maka koyakan dengan sendirinya terjadi yakni perineal injuries. Second-degree vaginal tear. Hmmm... sungguh-sungguh frust! Ditambah dengan kedudukan semasa proses kelahiran "terangkat punggung". Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku memandangkan size Adik yg lebih kecil dr Kakak.

Rata-rata mengatakan termasuklah doktor sendiri luka terkoyak sendiri lebih sakit dari dipotong. Ternyata benar. Tambahan pula luka tersebut berlaku di bahagian perineum iaitu mengarah ke dubur. Kali ini luka perlu dijaga lebih rapi disamping kehadiran cyst dalam rahim semasa kehamilan. Aduhh!!! sudah melalui penderitaan semasa kelahiran yg hanya sekejap dengan bonus tambahan penderitaan semasa jahitan. Penderitaan menjaga jahitan memakan masa yg sgt panjang pula mesti dilalui.

Gerak jalan dan duduk kali ini dijaga lebih rapi. Itupun masih berlaku bukaan pada luka. Sudah sehabis jaga tetapi masih juga berlaku perkara yg sama seperti dulu. Hmmm.. mati akal dibuatnya. Luka diperiksa oleh nurse yg berkunjung saban hari mengatakan ada sedikit bukaan akibat kehadiran nanah. Sama seperti dulu bila berkunjung ke klinik doktor menyatakan bukaan tidak semestinya dijahit, boleh juga hanya disapu ubat tetapi memakan masa. Lega mendengarnya. Sehingga ke hari ini hari ke-36 luka sudah tidak sakit lagi cuma kadang-kadang terasa sedikit pedih. Bahagian lain sudah sedikit sembuh, hanya bahagian yg terbuka masih belum bercantum.
Ya Allah! permudahkanlah urusan hambamu ini. Harap luka ini akan cepat sembuh, sesungguhnya aku hanyalah hambamu yg kerdil.

Untuk mempercepatkan sembuh luka, ubat yg sama digunakan dulu dicari. Terima kasih sekali lagi pada gynae Kakak dulu Dr Annuar Husaini. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas segala jasanya.


Harapan di masa depan
Sengaja mencari info pasal perineal injuries, terjumpa dgn satu alat yg mungkin dpt mengatasi masalah episiotomy ini. Kenapalah baru sekarang bertemu jodoh. Alangkah baiknya kalau bertemu awal, kemungkinan masalah kesakitab akibat episiotomy tidak ada lagi. Insyaallah jika ada lagi rezeki yg mendatang, akan diusahakan untuk mendapatkan this wonderful gadget, Insyaallah....




Ps1: Kadang-kadang terfikir, penderitaan kali ini lebih hebat dari dulu, adakah kerana terlalu banyak dosa yg dilakukan???? Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup hambamu ini. Perlu dibanyakkan ibadat selepas ini.


Ps2: Setiap kali teringat detik-detik kelahiran dan semasa dijahit lebih lagi, airmata pasti mengalir. Kenangan terburuk. Tak tertahan sungguh rasanya......

Tuesday, March 31, 2009

Adik The 30th Day

Diiringi TokMama, TokAbah & 2 budak nakal, kami berdua dikehendaki membuat check-up utk tempoh 1 bln. Klinik Kesihatan Sg Dua dituju. Suasana lengang hanya 4-5 patient yg ada. Tambahan dibahagian ibu & kanak-kanak hanya 1 org patient sedang diperiksa. Berbeda dgn keadaan di Poliklinik Shah Alam. Alangkah bahagianya jika suasana yg sama di sana. Utk bulan-bulan yg mendatang ditempat yg sesak disanalah yg bakal dikunjungi selepas ini.

Adik di catit kesemua perinciannya. Antaranya:
Berat : 3.1kg
Panjang/Tinggi: 48cm
Lilitan kepala: 36cm

Alhamdulillah, ini bermakna berat Adik telah bertambah 530gm dr berat lahirnya dahulu. Moga Adik akan membesar dgn sihat dan pintar. Insyaallah. Kulit Adik dikatakan agak kering kerana adanya ruam-ruam merah dimukanya. Nurse mencadangkan penggunaan losyen atau baby oil kepadanya. Kesian Adik, moga adik cepat sembuh nanti. Staff nurse yg sama ditemui semasa kunjungan bacaan kuning adik yg lalu. Charanjeet Kaur, akan diingat keramahan dan kejelitaannya. Walaupun badannya yg agak sasa dan besar, rupanya cantik dan manis sekali. Cara percakapan dan rupa ada iras maksu, badan pun ada jugak.

Berat ibu hari ini 85kg. Penurunan hanya sebanyak 6kg dr berat akhir semasa mengandung yakni 91.6kg. Very shocking!! Sangkaan penurunan 10kg rupanya meleset. Harus bekerja keras lg selepas ini. Tetapi kualiti & kuantiti susu Adik perlu lebih diutamakan. Ahh!! biarkan saja dulu, buat mana yg lebih penting. Ujian-ujian lain juga menunjukkan keadaan badan adalah normal, Alhamdulillah. Harap-harap abang tak memandang ke arah yg lain memandangkan isterinya yang lebih membesar bagai johan. Insyaallah cita-cita ke arah itu akan diusahakan kemudian.

Selesai urusan disitu, farmasi berdekatan dituju utk menambah stok Forlax yg kehabisan. Ini merupakan kotak yg ke-3. Benda penting nih. Dek kerana luka yg belum baik sepenuhnya, ubat tambahan luka diminta untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Barang-barang yg telah dikaut:-

i- Forlax RM22.00/box (lg murah dr Guardian, cehh)
ii- Baby SebaMed Liquid Cleanser RM18.00
iii- Puting botol RM1.50/unit (3 for Adik, 2 for Kakak)
iv- Savlon wash RM2.00/botle
v- Antibiotic cream RM4.50/unit
vi- Baby oil RM3.50/bottle

Selama sebulan Adik dimandikan tanpa sabun dikatakan kulit bayi masih sensitif. Sudah sedikit acemm baunya. SebaMed dipilih sebagai mandian pertama Adik kerna diketahui kebaikannya. SA disitu bertanya jika Adik mengalami Allergic, diiyakan saja. Sesuai sangatlah disebabkan kulit Adik yg banyak ruam yg kemerah-merahan. Baby oil dipilih atas nasihat nurse tadi. Moga kulit Adik cepat sembuh & senantiasa sihat


Sunday, March 29, 2009

Confinement Period

Berpantang kali ni lebih selesa dirumah ibu sendiri. Mama telah dipesan mencari helper to prepare mother & baby. Alhamdulillah 2 mggu sblm EDD telah dikhabarkan sudah berjumpa. Mama tentun yang lebih penat kali ni mengendalikan 2 cucu nakal, tambahan kesihatan mama yg baru habis operation.

Memang berbeza berpantang kali ini dengan yg pertama dahulu. Kali ini dibelai dgn lebih manja bak sang puteri oleh makcik. Tutup mata saja pabila nak membayarnya nanti demi kesihatan dimasa akan datang. Lagipun kos bersalin kali ini sangatlah rendah berbanding dulu, jadi kos tersebut akan berpindah ke sini. Tambahan pula tiada set bersalin lengkap diperuntukkan memandangkan badan yg tidak tahan panas dengan herba-herba tersebut.

Bermula hari ke-4 makcik akan dtg setiap 8.30-9 pagi, balik kerumahnya selesai tugas dan dtg semula utk sesi ke-2 sebelah petang 3.30 p.m.

Tugas-tugas makcik:-
i- Menungku 1 jam
ii- Menyiapkan baby
iii- Menyiapkan ibu
iv- Mengurut

Insyaallah urutan mega@sepenuhnya akan dilakukan penghujung pantang yakni pabila luka disitu sudah baik kerana akan terdapat beberapa step kepak-mengepak yg akan dilakukan. Ngeri ja dengaq. Demi menyihatkan badan akan ditempuhi jua.

Rutin sepenuhnya sepanjang berpantang:
Setiap pagi sebelum kedatangan makcik perlu dipastikan sudah bersarapan



Dan ubat yg diperuntukkan hanya berupa vitamin disebabkan Adik kuning. Setelah reda kuning Adik, hari ke-20 ditambah dengan ubat lain yg agak panas!


Forlax amatlah membantu dlm menangani masalah sembelit ditambah dgn luka yg sgt banyak dan mengarah ke dubur menyebabkan ubat ini adalah satu kemestian. Iktibar perlu diambil dari pengalaman dulu pabila mengalami masalah sembelit sehingga luka terbuka kembali. Forlax dibeli sebelum bersalin lagi memandangkan ianya satu kemestian.

8.30 - 9 pagi makcik akan sampai dan mula memanaskan tungku. Setelah tungku siap, proses menungku akan dilakukan selama 1 jam hanya disekitar perut yakni rahim. Jika Adik tiba-tiba hendak menyusu, mama akan susukan adik dgn EBM yg telah disediakan utk kes-kes seperti ini.


Selesai menungku lazimnya Adik akan dimandikan dahulu dengan air rebusan inai. Mulanya adik dimandikan dgn cara ini utk menurunkan bacaan kuningnya, amalan ini akhirnya dilakukan hinggalah habis berpantang selagi stok daun inai masih ada.


Setelah mandi Adik akan didemah dengan kain yg telah di'iron', disapukan minyak telon seluruh badan disertai dengan bedak sejuk dan dipakaikan barut, baju, mitten & booties. Hasil daripada demahan setiap hari, Alhamdulillah Adik tak pernah kena kembung perut.

Selesai bab Adik, si ibu pula dikerjakan. Hari 1-3 berpantang diurut secara mild dan dimandikan air inai utk kesegaran badan. Hari-hari berikut sehingga habis berpantang dimandikan air biasa, dipakaikan barut, even dipakaikan stokin.

Dalam berbarut, minyak herbanika & minyak Mustajab Nona Roguy yg sudah dibeli hanya menjadi perhiasan & utk kegunaan sesiapa yg sesuai. Hanya ini yg mampu diterima badan. Akan disapu sebelum memakai barut dan sebelum bertungku.


Makcik akan datang semula untuk sesi petang pada pukul 3.30 p.m. dimana rutin yg sama dilakukan.
Related Posts with Thumbnails