Thursday, March 22, 2012

Chicken Pox...pok..pok..pok..!!!

Perbezaan Penyakit Demam Campak (Rubeola) dan Cacar Air (Chicken Pox)
Adakah penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah sama atau berbeza? Jawapannya ialah penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah penyakit yang berbeza. Apa perbezaan penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox)? Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Manakala virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang. Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali. Bergantung pada sistem imun setiap orang. Demam Campak (Rubeola) pula boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).
Credited to CikTom

Banyak info tentang demam campak & chicken pox kat sini....sila jengah utk lebih lanjut.
Thanks so much to CikTom, barulah aku tau nama sebenar dan perbezaan dengan demam campak. Selama ni dok ingat demam campak ada 2 jenis, yg berair & ruam. Chicken pox tu in English la...hahahaha.

Cerita Jakarta tak habis2....konon nk berehat sejenak, tapi dah jadi berjenak2 nih. Dugaan datang bertimpa-timpa tapi Redha saja dengan ketentuanNya. Anak bujangku tiba-tiba terkena serangan chicken pox. Seminggu lebih jugak bercuti nak menjaga anak bujang 3 tahun tu. Yg lebih menyedihkan lagi tu kena betul2 time birthday dia yg ke-3. Takpalah Umar, kita anggap saja demam nak besar org tua-tua kata.


Budak kecik kalau sakit apa boleh buat, merengek-rengek kalau sakit. Kesian sgt tgk tambah2 kalau dekat gelembung yg pecah tu. Pegi Klinik doktor bekalkan ubat
  • PCM utk demam
  • Zorax Suspension
  • Acyclovir lotion
Dalam seminggu lebih alhamdulillah dah tak nampak kemunculan gelembung2 baru dan cuma nk tunggu gelembung sedia ada mengering. 3 hari pertama yang berserta demam memang Umar akan tidur & menangis saja. Masuk hari ke-4 gelembung air tu dah mula bertukar kehitaman dan nak start kering, demam pn dah kebah. Masa ni kan dia dah sihat, kita pn faham betapa boringnya cuma dok dirumah, terkurung, hanya melihat keluar rumah melalui tingkap atau pintu. Tambahan pulak musim hujan sekarang ni haruslah lebih berjaga-jaga. Menurut mama hujan akan menyebabkan parut chicken pox akan jadi timbul. Perkara ini telah dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Disamping berpantang makananan yg gatal.

Oleh kerana hanya dok dirumah saja, macam2 lah aktiviti memunggah, mengirai, menyelongkar, mengetuk dan segala macam 'me' lagi dibuat si Umar nih. Keaktifan Umar juga terlebih daripada biasa dalam aktiviti "me" ni lah sebab hidup umpama terkurung  kan. Oleh kerana orang tengah sakit, tak berapa nak marah la sangat kan, just cakap baik2 jgn buat & kemas balik. Tapi salah satu aktiviti 'me' yang sangat menyedihkan aku dan sangat tak disangka-sangka ialah MENGETUK. Yang sangat menyedihkan tu sebab benda yang dia ketuk tu.....dalam banyak2 benda boleh ketuk dia boleh ketung menatang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Pic Googled

Maka jadilah rupanya seperti ini lebih kurang.....

Pic Googled
 Dengan menggunakan hammer menan dia yg mcm nih....

Pic Googled
Apa yg aku bleh buat???? Terlampau marah sampai tak boleh nak marah boleh gitu? Nak marah bersungguh-sungguh pn tak berguna, bukannya dia tahu apa lg pun kan. Cuma mampu menangis dan meratap nasib henfonku...huhuhuhu....Memang menangis semahu-mahunya. Baru 6 bulan pakai dah jadi mcm ni. Mintak simpati dengan si Umar...Apa dia boleh cakap?? "Umar ketuk tefon ibu!!!!" camtu saja jawapannya tanpa riak rasa bersalah.....Ohh Umar!!!...

Alhamdulillah Umar dah beransur sihat, parut of course lah ada. Habis jadi putih2 ditempat yg naik gelembung2 tu. Takes time nak hilang. Alhamdulillah dah boleh start keja dan menyambung semua keja2 yang terbengkalai di ofis.....

Memang takut sangat akan dijangkiti dengan conditionku yg mengandung sekarang ni. Ya amat bahaya untuk perempuan mengandung dijangkiti sebab akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang. Nauzubillah!. Kebarangkalian utkku dijangkiti agak rendah sbb masa kecik2 dah penah kena dulu. Insyaallah antibodi aku kuat utk melawan. Saban hari berdoa moga2 diriku dan anak yg dikandung akan terselamat. Insyaallah.

Hari ini...daku masih lagi bercuti dirumah....Perkara sebegini yang dah sedia mentally and physically. Si KAKAK pulak dijangkiti..huhuhu. Memang aku redha dengan ketentuannya. Moga kami sekeluarga lepas ni akan jadi lebih KUAT.  Hampir sebulan merasa menjadi suri rumah sepenuh masa, seharian di rumah mengemas, membasuh, memasak, menyambut suami pulang dari kerja. So setiap hari suami tak perlu lunch diluar sebab dah ada org menanti dan siap sedia masak dirumah. Best jugak...

Sunday, February 19, 2012

Java Trip, Day 1 - KLIA (KUL) to Jakarta (CGK)

Kuala Lumpur (KUL) to Jakarta (CGK) KLM 0809
Flight 5.10 pm

Our flight ready to bring us for having fun...yeahh!!!

Sebab dah naik KLM, so stewardess semuanya minah salleh la kan, cantik2 la diorang ni, tp ramai gak yg senior2.

Antara barisan penumpang yg dah teruja dan tak sabar2 nk berangkat

Mari belajar bahasa Dutch...amenda la dia tulih nih
Ooooo...ini ka maksudnya....sibbaik ada dwibahasa...

Selamat tinggal Malaysia......nantikan kepulangan kami nanti

Muka2 yang riang dan gembira nk berseronok


Samalah minah ni pn, seronok bukan main, tapi dlm masa yg sama risau gak meninggalkan anak2 dirumah utk jangkamasa yg agak lama, terutamanya si kenit umar tu....abahnya takpa....heheheh..
Kalau sayang tinggal-tinggalkan...
Couple sebelah aku tu even dah senior still romantik kan...pegang2 tgn lagi


Food in flight merangkap our early dinner
bagus ada nasik terutamanya utk mak buyung cam aku ni yg selalu lapar

Dah habis makan sambil rilek2 nk tunggu sampai ke destinasi kita isikan dulu borang declaration & kastam.
takdela kelam kabut nk isi masa kt airpot sana nnt

Alhamdulillah selamat sampai di Soekarno Hatta Airport, Jakarta
Keluar je dr flight memang rasa suasana lain, bau pn lain, sgt ke-Indonesia-an..
taktau nk cakap camner tp mmg bleh rasa lain lah
Sampai sini dlm pukul 7pm waktu Indon, kat sini 1 jam lebih cepat dari Malaysia.

Soekarno Hatta Airport

Soekarno Hatta Airport
Sebahagian ahli jemaah

Bas kontot yg akan membawa kami ke sana kemari...

Antara suasana bandar Jakarta di waktu malam
bas ni 2 kali ganda panjang dari bas biasa, sesak ala tin sardin plak dalam tu...huhuhu
Wajah2 excited...tak brapa nk penat lagi nih....

Ok, kita berehat dulu, kang sambung lak lain kali...tungguuu....

Saturday, February 18, 2012

Java Trip Itinerary

Sebelum memulakan penceritaan, kita ambik mood dulu, buat rangka cerita, catatkan dulu mana2 isi penting, then baru buleh mulakan utk membuat karangan. Dah mcm nk jawab essei SPM plak..hahahah. Kita aplikasikan apa yg dah kita belajaq dulu ya murid2.....
Our itinerary mcm kat bawah ni, memanglah sgt tight. Berpindah randah ala2 nomad sbb nak merasa semua hotel yg best2 kat sana. Memang pengalaman yg sgt menyeronokkan. Bercuti bersama keluarga & bercui bersama rakan2 memang lain. Secara tak langsung merapatkan hubungan sesama kami dan dapat mengenali watak masing2 semasa di luar kawasan pejabat...jeng..jeng..jeng.... macam2 perkara dan watak yg boleh tau..hahahah.

Tapi tak semua perkara mengikut seperti yang telah dirancang. Kita hanya merancang, Allah yg menentukan. Memang ada jugak sikit perubahan tempat, ikut sesedap rasa, maklumlah trip arrange sendiri2...
Kot2 korang nk buat company trip/family trip nanti, at least ada sedikit panduan kan.....silakan!!!...silakan tiru!!!

Friday 3/2
-KLM flight 5:10pm
-Dinner: Mbah Jingkrak @ Setiabudi

-Check in hotel Morissey @ Jl K Wahid Hasyim

Saturday 4/2
-Breakfast from 6:00am,
-frm hotel @ 8:30am to Taman Mini Indonesia,
-Lunch:Indonesian food
-Afternoon to Jkt old city,
-Dinner: Indonesian food

Sunday 5/2
-Breakfast @ hotel - 9:30am check out
-Transportation provided to Gambir station to Bandung, train 10:30am
-2pm arrive Bandung, check in Hotel Palais Dago,
-Free and easy (shopping @ Dago) -
-Dinner @ Sajian Sambara

Monday 6/2
-Breakfast @ hotel - 9:00am check out,
-Pasar Baru (shopping)
-Lunch - Sapu Lidi Sawah ;
-To Tangkuban Prahu Volcano,
-Check in: Hotel Santika, Bandung
-Dinner - the Peak


Tuesday 7/2
-Breakfast @ hotel
-Free and easy, shopping @ Merdeka and Riau, Martadinata area - walking distance


Wednesday 8/2
-Breakfast @ hotel - (free and easy) 12pm check out
-Lunch - Ampera, to Angklung Udjo Cultural Show
-Early dinner - , to train station for 8pm train to Yogyakarta


Thursday 9/2
-4am arrive Yogyakarta; watchsunrise at the top of Borobudur, B/fast at Manohara Hotel
-Lunch at Pesta Perak restaurant, then Shopping at Beringharjo and Malioboro and
-Check in Joglo Plawang Villa for rest and relax,
-Dinner at Den Nany Restaurant


Friday 10/2
-Breakfast @ hotel: 9:30am Check out .
-Visit "Palace” - Kraton, Tamansari/Water castle, visit Kota Gede Silver factory,
-Kota Gede royal mosque, the royal cemetery.
-Lunch at Sekar kedaton Restaurant; Check in Hotel All Season for rest and relax,
-Early Dinner at Prambanan Garden restaurant, and proceed to Prambanan to enjoy Ramayana Ballet performance.


Saturday 11/2
-12pm check out
-Flight to Jkt , 3:20 by Garuda Indonesia
-Flight to KL 7pm KLM

Sila bayangkan, berapa entry cek nk kena buat nih?? takdak sapa pun yg suruh....

Kemungkinan tak byk sgt penceritaan yg akan kubuat. Tapi....gambar yg banyak akan menyusul. Just let the pictures tell the stories. Ya sgtlah banyak koleksi gambar2 kami...beribu2 lemon. Memang tgk gambar lg best kannnn.....dasar pemalas!!!!

Untuk penceritaan yg lebih detail, kita tunggu lagik acik syikin...heheheheheh
Related Posts with Thumbnails