Wednesday, April 27, 2011

Cute Ruffles

Seharian meng'google' pasal flower girl dress. Merelakan diri menolong moksha yg nak jadikan baby Qaisara as a flower girls. Mesti comel sgt-sgt dia nanti kan. Tak sabarnya nk tgk. Dalam misi pencarian terjumpalah beberapa perkara yang menarik dan baru tau. Tutu skirts and pettiskirts. Kedua-duanya adalah skirt kembang yg verry cute cuma bezanya tutu skirt made of kain net. Peetskirt plak made of chiffon. Sooooo cute, tak tahan sgt tgk. Kalaulah si Umar tu pompuan, rasanya memang terjebak jugak nak beli nih. Tapi kalau dah beli nanti ntah la nk pakai masa bila melainkan event mcm kenduri dan birthday party kan. Tapi memang tak tahan sgt, serius so cute!!!
Pettiskirt


Tutu skirt

cute gila kan, tgk lah budak ni dengan kamki montoknya tu, mesti nanti jalan terkedek-kedek pastu jatuh atas lantai terus skirt tu kembang atas lantai..geramnya!!!!

So adorable...bila pusing mesti skirt tu kembang dan beralun-alun...ahhhh aku sudah jatuh cinta.

Nak ke kakak Uzma pakai macam ni? Nak pegi mana? Takkan jalan-jala nak pakai macam ni? Nak sambut birthday nanti Uzma dah cakap dia nak celebrate kat tadika. Tadika Islam OK. Huhuhu...



Mesti Qaisara is the most super cute baby on that day dengan baju ni. Tak sabarnya nak tengok.
Tumpang seronok dengan kecomelan Qaisara, adorable's moksha little girl. Mak orang lain plak yang terlebih...

Monday, April 25, 2011

Dia datang lagi bulan ini

Dah menjadi rutin bulanan. Dia pasti datang, kadang-kadang lambat seminggu, kadang-kadanag cepat seminggu, kadang-kadang on-time. Pasti dia akan datang. Datang kadang-kala disertai dangan rasa yang tidak selesa, kadang-kala sakit. Walaupun tidak sakit, pasti tidak selesa, pergerakan menjadi terbatas. Walaupun banyak brand disogokkan dapat memberikan keselesaan, selembut kapas, tapi memang betul-betul selesakah???. Pastinya lain dari hari-hari normal. Lumrah bagi semua wanita. Begitu hebat ciptaan Allah. Ianya juga merupakan satu indicator kalau ada sebarang perubahan yang tidak elok terjadi pada badan kita, untuk wanita sajalah ya.

Banyak terms yang kita selalu dengar, menstrual, period, datang bulan, datang kotor, mai haid. bulan sabit merah, berdarah, semuanya merujuk pada benda yang sama.  Apa term korang?? Bukannya tidak suka dengan kedatangannya, cuma rasa sikit tidak selesa. Mood kali ni kurang sikit sebab ada sedikit sakit. Dah lama tak sakit macamni. Rasa macam berat sangat kat punggung nih. Rasa macam ada benda nak jatuh tapi still hanging, mcmana nak cerita ye? Susah nak nk describe perasaan ini.

Masa bujangan dulu kerap jugak kena sakit senggugut. So, memang takkan kemana-mana cuma terperuk di katil/sofa sambil tekan perut. Memang betul bila tekan peurt rasa macam kurang sikit sakitnya. Kalau tak tahan sangat siap ambik botol isi air panas tuamkan pada perut. Buat macam ala bertungku gitu. Hehe.

Tapi memang betul la yang selalu orng tua-tua cakap bila dah kawin nanti mesti takkan/kurang sakit sikit. Kenapa ya? sebab dah luas sikit kot...opss..
Masa kecik-kecik dulu tak kenal banyak brand pun, yang paling glemer Lady, Sanita. itu pun mama yang belikan. Tuala wanita adalah benda yang sangat memalukan pada waktu itu. Kalau nak beli pun memang malu sangat-sangat & siap sorok-sorok letak kat belakang lagi nih nak bawa ke kaunter. Dah sampai ke kaunter siap suruh balut macam balut hadiah tu, sebab takmau bagi nampak. Rasanya bukan aku sorang macamtu, bila ke kedai runcit memang sorang lain pun buat macam tu. Cashier pun dah tahu dan memang bersedia nak tolong balut. Haha. Dulu-dulu pun memang lady, Sanita di bungus dalam kotak keras kan, so memang sebijik nampak macam hadiah.

Hadiah setiap bulan.

Dulu mama tak panggil pad/tuala wanita panjang sangat nama, 'modes', macam tak best ja nama dia kan hehe. Modes pun modes la. Penah jugak dengar abah/pakcik-pakcik panggil 'roti planta'. Memang blur sangat-sangat waktu tuh, Apakebendanya roti planta, dah tu bila sebut siap senyum-senyum lagi. Dah dalami sendiri baru tahu rahsia disebalik nama 'roti planta'. Haha.

Teringat lagi satu insiden memalukan, memang tak pernah cerita kat orang, tiba-tiba aku nak membuat pengakuan berani yang sangat memalukan. Eksklufif nih. Hehe. Masa 1st time pakai 'modes' Sanita. Sanita pelekat nya tak lah kuat sangat dan harganya pun biasa-biasa saja. Tiba-tiba mama bertempik memanggilku "Sapa punya nih??? tinggal merata-rata mana boleh macamtu!!!"

Ohh rupanya tanpa tersedar modesku telah terjatuh masa tengah berjalan-jalan. Nasib baiklah waktu tu dah nak 'hampir habis'. So jemnya tak banyak dah dah bertukar rupa (sila jgn imagine). Nasib baiklah jatuh dalan rumah, cepat-cepat kuambil tersipu-sipu malu. Huwaaa..malunya. Nasib baik adik-adik lain tak nampak. Mama sorang saja la saksi. Biasa la budak umur 12 tahun memang masih sangat lasak walaupun waktu itu. Sejak dari itu memang aku sentiasa check, dia masih berada di kedudukan asal atau tidak. Haha.

Kini sekali lagi, pada bulan ini aku mengalaminya lagi. Tapi kali ni kalau terlambat ke tandas samada untuk kes kecil/besar seakan ada satu 'contraction'. Betul rasa betul-betul macam nak beranak tu. Sakitnya!!!. Masa ni jugak emosi kurang stabil disebabkan perubahan hormon yang terjadi dalam badan. Lumrah Wanita.

Thursday, April 21, 2011

Sup Ayam periuk baru

Tajuk sangat tak boleh blah. Haha. OK demi merealisasikan impian kawan-kawan yang bertanya, disini saya mempersembahkan resepi asal untuk sup ayam tu. Empunya asal resepi tu di MyResepi. Pada mulanya hasrat nak cari resepi untuk sup tulang. Selalu kena komplen buat sup tulang tak sama macam mama. Kalau jadi pun tak konsistent. Kadang-kadang sedap macam mama. Kadanag-kadang rasa biasa-biasa saja means kurang sedap la. Dalam tengah meng'google' tiba-tiba bertemu jodoh dengan resepi ni.

Nampak sama macam yang selalu dibuat cuma tambah kiub ayam, walaupun utk sup tulang. Kalau tambah ini benda memanglah masak apa pun jadi sedap kan. Satu lagi yang menarik sebab bwg putih & halia ditumis dahulu hingga betul-betul garing berwarna kuning keperangan, lepas tu baru masukkan air ye puan-puan. Part ni sebenarnya paling kritikal dan ialah yang menentukan kesedapan rasa sup itu nanti. Jangan sampai terlebih garing hangit pulak, pahit pulak nanti rasanya. Memang kaler sup nanti pun akan berwarna keperangan sikit. Sebab dah sedap, so aku cuba aplikasikan pada sup ayam, ya betul memang masuk jugak dengan ayam dan proses memasak off course lagi cepat. Cuma tak letaklah cili padi, barulah anak-anak pun boleh makan sekali.

Cuba ye kawan-kawan, ntah-ntah hampa memang dah tau dah, aku yang ketinggalan ketapi?. Hehe. Enjoys. Sekali lagi ku persembahkan gambar sup ayam periuk baru takdak kena-mengena...miahahaha


Sup Tulang

Bahan-bahan ( 4 orang )


500g tulang lembu

1 sup bunjut adabi

2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie

2 1/2 liter air.

3-4 ulas bawang putih

1 cm halia

minyak untuk menumis

daun sup/ daun bawang

bawang goreng

cili padi -kalo nak pedas :)

limau nipis- kalo suka masam2 sket..

2 ketul ubi kentang

1/2 batang lobak merah

Cara-cara
1.Mula-mula cucilah tulang temulang.
2.Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
3.Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
4.Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
5.Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
6.Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
7.Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
8.Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
9.Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
10.Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.
Related Posts with Thumbnails