Monday, September 12, 2011

Family's Photo Raya 2011

Mood Raya belum habis lagi.
So this is our theme for Syawal 2011. Chocolatiers.....
En. Cikgu tu malas nak tukaq seluaq lepas solat...belasah je bang kain pelikat lalalala....


Agak mencabar nak ambik gambar kekanak2 nih..dok tak diam & susah pandang kamera...priceless sgt kalo ada gambaq Umar senyum camnih...uhuhu



Acara salam bersalaman...maklumlah adat berumah tangga mesti ada jugak tersilap & tersalah...ni pun kang lepas ni mesti 'ter' buat lagik...'ter' ye bang, bukan sengaja..kekekeke


Men of my life...



our joy & happiness....
gambar 2 beradik pun lupa plak nak ambik..punya la bz bebudak ni bila dah jumpa geng kan....



Selamat Hari Raya semua.....
cemana raya korang tahun ni??


Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI



Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin. Berhati-hati masa balik kampung nanti.
Raya secara bersedehana supaya lepas raya nanti tak kopak sangat.
Jangan malu-malu jemput saya ke open house nanti..:)



Tuesday, August 9, 2011

Cabaran Berpuasa buat Uzma

Alhamdulillah dan sangat tidak sangka. Memang tak la mengharap sangat, tapi memang sungguh tidak menyangka dengan kemampuannya. NURUL UZMA BERJAYA PUASA PENUH. Penuh sehari la, takkan sebulan pulak, baru 9 hari kita berpuasa kan.

Tahun lepas masa 5 tahun setiap hari Uzma berjaya puasa separuh hari waktu hari pertadikaan (ganti persekolahan..heheh).  Memang tadika Islam nak menggalakkan murid2 berlatih berpuasa dan menghormati bulan puasa. Alhamdulillah tak sia-sia hantaq situ. Tahun ni lebih berjaya sebab faktor dan keadaan sekeliling jugak. Tahun ni kan dah start dok taska, so ramai la kawan2 seumur Uzma yang puasa, ada jugak kawan2 dr tadika yang sama. Of course la malu nk makan kan.

Hari pertama kakak tak sahur, tapi dia still nak meneruskan posa dia, tapi aku tak bagi, memang pun sampai rumah je terus mintak susu. Kesian sangat tengok melepekkk ja. Oleh kerana keinginan yg kuat berpuasa makan setiap pagi kakak dikejutkan untuk bersahur.
Alhamdulillah senang plak bangun, sekali kejut ja. Memang Uzma jenis yg senang bangun bila dikejut. Hari pertama Uzma sahur berselera plak dia makan, tapi kena makan bersuap la. Takpalah kakak, nak bangun sahur pn ibu dah cukup bersyukur sangat.

Setakat ni dah 6 hari Uzma berpuasa penuh, Alhamdulillah. Hari cuti memang byk sikit cabarannya terutama bila suap adik Umar makan. Dan2 lapar jugak dia. Dapat puasa banyak tu pun ibu dah cukup bersyukur kakak. Ikut kemampuan sebab tahun pertama nak cuba.

Si abah, maktok dan pakcik2 plak yang risau bila tahu Uzma puasa. Takut nanti Uzma kurus sangat.
Takpa time sahur dan berbuka nanti kakak Uzma mkn banyak-banyak ek.
Menu utama of course lah laksa, memang setiap hari kena beli nasib baik beli je. Satu hari tu ibu buat gulai ikan bawal, wuish!!! 3 kali tambah, abah pun for the 1st time berbuka dengan bertambah. Rasa puas hati sangat masak.


Sangat-sangat berbangga dengan pencapaian Nurul Uzma dalam berpuasa. Alhamdulillah!!!!
Walaubagaimanapun, solat pun tak boleh lupa, perlu didahulukan dari berpuasa. Pelan-pelan kena biasakan.
Insyaallah kita cuba sama-sama.

Ya Allah! Bantulah hambamu ini untuk mendidik anak-anak menjadi umatmu yang beriman dan beramal soleh!
Related Posts with Thumbnails