Tuesday, March 8, 2011

Selamat Tinggal Blok 84, Seksyen 24

Shah Alam, bandar penuh nostalgia kesayanganku....
Lebih spesifik di Seksyen 24, spesifik lagi Blok 84.
6-Enam-Six tahun kami bermastatutin di sana. Penuh memori suka-duka.

Takkan kami lupa tempat ini.


Tahun kedua di sini (2005), baru saja habis pantang bersalinkan kakak Uzma. Ruang tamu kami waktu itu.
Nampak sikit sebelah kanan tu dapur cinonetku.

Ruang tamu lagi. Kat sini lah paling banyak aktiviti dilakukan. Sini lah tempat rehat-santai, ruang menonton, ruang makan, ruang permainan...segala-galanya berlaku di sini. Waktu ni pregnankan si Umar. Kakak pun tembun lg masa nih. Kedudukan tv pun dah berubah waktu ni, so ruang lebih luas. mcm la hampa nampak

Ruang tamu lagi. Kedudukan ni mmg lama tak berubah. Sebelah kanan ruang tamu ada meja makan cinonet utk 4 org makan. Kat bawah2 kusi tu la tempat adventure-eksplorasi Uzma time dia menyulur/merangkak, diperturunkan pada Umar jugak.

Ruang tamu lagi, taman permainan Uzma+Umar. Kadang2 jadi bilik lukisan Uzma, boleh nampak kan mural Uzma kat blakang tu.

Beralih pulak ke ruang ke-3 paling byk aktiviti. No.2 yang mana? Mesti la kat dapor kecilku.
Ruang ke-3 a.k.a bilik tidur 'utama' la sangat...... Ini masa Uzma 3 bulan. waktu ni katil masih wujud.

Bilik yang sama tapi cuma tinggal tilam saja berserta kelambu yg serabai. Penggunaan kelambu adalah wajib semenjak aku admitted bcoz of denggi. Takmo pkai ubat nyamuk or spray nyamuk, kami ambik alternatif lain dengan memakai kelambu. Ni kelambu ke-2 kami beli kat giant. Yg 1st dah barai. Waktu nih Umar dlm 5-6 bulan. Satu lg sebab takmo pakai katil takut budak yg lasak ni jatuh. Kalau camni jatuh pn takla teruk sgt kan.

Bilik utama ni jadi ruang ke-3 byk digunakan sbb komputer juga diletakkan disini. Bila en. cikgu buat keja si kenit2 ni mula la nk kacau. Terus kena hambat ke ruang-1 td la.

Di tingkat satu di lorong gelap. Ya, tingkat 1 la lorong paling gelap skali. Bila ambik gambar nampak horror jugak keadaan luar rumah kami...huhuhu..Ya la asyik gelap ja selalu. Ni sekali dgn flash nampak mcm...mak aiii...

Laluan ke tangga tengah. Nak naik tak la mengah sgt sbb tingkat 1 jek

Rumah flat kami mmg takdak ground floor sbb dijadikan parking motor. Salah satunya motor en. cikgu yg amat jarang sgt digunakan. Janji ada saja...

Port yg selalu kami ambik utk parking kereta. Dari tingkap boleh namapk in-case kalo ada apa2 berlaku kan. Dah ada kes kecurian pernah berlaku kat sini, So, kena sentiasa berjaga-jaga.

Kat bawah ni jugak la kadang2 kalo aku rajin nak mengankut dua2 beskal tu turun bawah tempat anak2 bermain. Tapi kena berjaga2 jugak kenderaan lalu-lalang. Kalo turun bawah mesti diorang pamggil "Mak!!!!...Mak!!!!....Kak izah!!!!...."
kadang2 ada tambah lagi
"Along!!!!....Angah!!!!!...Ayah!!!!"

Nak melangkah longkang mesti kena cari tempat yg ada jaring2 besi ni demi keselamatan. Dah berlaku insiden jatuh longkang. Bukan setakat Uzma, aku pn kena...huhuhu...

Lagi di ruang bawah.

Semua tempat2 ni memang tidak akan kami lupakan. Banyak sangat kenangan di sini. Suasana pun amat menyeronokkan. Komuniti Melayu yang ramai. Facilities pun byk dan dekat. Kalau lapar & malas nk pegi jauh2, kat bwh blok tu je dah ada gerai jual. Giant, Mydin, bank sekangkang kera je. Memang bestlah kat sini.

Best mcmana pun mulai 2011 kami dah berpindah ke tempat lain. Tak la jauh sgt dalm setengah jam perjalanan ke sini. Bagi en. cikgu masa dan jarak perjalanan ke tempat kerja sama saja. Cuma agak drastik bg diriku. Dulu 10-15 min dah sampai ofis. Sekarang 1/2 jam baru sampai sek. 18..huhuhu...
Takpalah demi keselesaan di rumah. Kini kami menetap di Klang.

Selamat Tinggal Blok 84...Selamat Tinggal Seksyen 24...
Kamu tetap dihati walau jasad sudah tiada.....

Thursday, March 3, 2011

Serangan Rotavirus 6-8 Jan 2011

  • Muntah tanpa henti, even masa tengah minum air masak boleh tersembur keluar mcm air paip.
  • Demam
  • Cirit birit berpanjangan & bau busuk yg lain macam
  • Lemah dan tak bermaya
Sequence yang terjadi pada Umar sebelum disahkan terkena jangkitan Rotavirus. 'Rotavirus' macam pernah terdengar tapi not sure sakitnya mcmana. Lepas Dr. explain baru tau plus cari info sendiri untuk mengetahui dgn lebih lanjut.

Akibat dari cirit birit yg berpanjangan berserta tak blh makan/minum langsung, Umar terpaksa menginap di P**tai Hospital, Klang selama 3 hari 4 mlm. Langsung kena drip sbb tak blh makan dan minum, cuma susu ibu saja blh masuk.

Bukannya Umar takmo makan/minum, masalahnya apa saja benda yg masuk pasti akan keluar balik. Kesian sgt tgk, mesti penat sbb selalu sgt muntah. Sampaikan masa masuk bilik air nak basuh berak, Umar siap ambik air paip tu nk minum. Betapa dahaganya anak ibu. Tp tak blh minum, bila minum lg byk yg keluar. Sedih sgt2 tgk keadaan adik masa ni.



Kesian tengok, melepek tak bermaya. Jarang sangat nampak dia berkeadaan macam ni sebab selalunya aktif. Nampak kerempeng ja anak ibu masa nih..huhuhu...sedihnya. Kalau boleh nak letakkan semua kesakitan adik tu pada ibu.

Bila dah sihat sikit baru la boleh nak main2 sikit.

Rotavirus sangat mudah berjangkit. Lepas handle Umar dah cuci tgn dgn alkohol but still habis kami satu family pun kena lepas tu. Simptom yang sama cirit+muntah+demam.

So, pada ibubapa yg masih ada baby kecik (before 6 months old) better ambik lah vaksin rotavirus. Nowadays byk sgt kes virus nih. Prevention is better than cure. Malangnya Umar & kitorang tak blh ambik. So for next baby insyaallah memang kena ambik.

Sedikit info pasal Rotavirus...sharing is caring...
Apa Itu Rotavirus?

Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus.


Apa itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.

Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.

Perkataaan “Rota” yang bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dilihat dibawa elektron mikroskop. Dalam kebanyakan kes,kanak-kanak yang berusia lebih daripada 3 tahun yang mendapat penyakit ini selalunya tidak perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Malangnya jangkitan Rotavirus pada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun boleh menyebabkan keadaan yang agak serius malahan boleh membawa maut.

Walaubagaimanapun, jangkitan Rotavirus di kalangan bayi berusia di bawah umur 3 bulan yang menyusu badan selalunya tidak begitu serius. Ini adalah kerana terdapatnya ‘passive immunity’ daripada ibu dan juga perlindungan daripada susu ibu. Kebanyakan kanak-kanak boleh dijangkiti Rotavirus sebelum berumur 5 tahun. Dengan jangkitan yang berulang, seorang individu akan meningkatkan tahap immunitinya terhadap jangkitan virus ini.

Punca jangkitan Rotavirus

Pada kebiasaanya, muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan maslah yang berterusan. Walaupun ianya berpunca mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, namun kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai Gastroenteritis Akut.

Gastroenteritis biasanya dikaitkan dengan masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes ianya dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.

Virus ini menjangkiti usus manusia dan mudah merebak. Ianya dapat masuk ke dalam usus kita melalui mulut. Cara jangkitan adalah melalui “feco oral” ataupun dari najis ke mulut. Oleh kerana virus ini mudah merebak, wabak ini amat senang berlaku khususnya di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau TASKA.

Justeru itu langkah pencegahan adalah amat penting dan pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Apakah simptom jangkitan Rotavirus?

Selepas masa inkubasi selama 2 hingga 7 hari, kanak-kanak atau bayi yang mendapat jangkitan Rotavirus akan mula demam diikuti dengan muntah-muntah dan cirit-birit. Najis mereka biasanya berbentuk cecair tetapi tidak berdarah. Demam dan muntah selalunya akan pulih selepas 2 hari namun masalah cirit- birit akan berterusan.
Di kalangan kanak-kanak yang lebih muda terutamanya yang berusia di bawah 2 tahun, mereka akan mengalami ‘lactos intolerance’ iaitu oleh kerana usus mereka tercedera dan kehilangan enzim Laktase, biasanya najis mereka akan bertukar menjadi asid yang mana boleh mencederakan dan menyebabkan punggung kanak-kanak tersebut melecur. Sekiranya masalah cirit birit ini berlarutan,mereka akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi), kekurangan tenaga serta berkeadaan letih. Tanda-tanda dehidrasi di kalangan kanak-kanak adalah mulut dan bibir yang kering, mata terbenam, kurang kencing, sentiasa letih, tidak bermaya serta kelihatan pucat.

Rawatan
Pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. Bagi pencegahan di rumah, tabiat mencuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas ke tandas dan sebelum makan adalah amat penting. Bagi ibu- ibu yang menjaga bayi adalah sangat penting untuk mereka mencuci tangan sebersihnya selepas membersihkan najis bayi mereka serta sentiasa memastikan puting botol atau puting payudara berkeadaan bersih sebelum memulakan penyusuan.
Kebersihan peralatan rumah seperti peralatan makanan (sudu, garpu, cawan dan pinggan mangkuk), alatan permainan, lantai serta tahap kebersihan makan yang disediakan perlulah sentiasa berkeadaan bersih. Semua langkah tersebut mampu mengelakkan jangkitan Rotavirus tersebar terutamanya kepada bayi anda.
Oleh yang demikian, langkah-langkah kebersihan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit ini. Pesakit yang mengalami dehidrasi memerlukan rawatan di dalam wad di hospital. Dehidrasi dapat diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan. Rawatan untuk muntah dan cirit birit selalunya terhad dan akan berhenti selepas 2 hingga 5 hari. Jika pesakit mempunyai masalah dengan “lactos intolence” maka rawatan menerusi susu tanpa laktos perlu diberikan selama beberapa hari atau minggu (bergantung pada keadaan pesakit). Penyusuan ibu juga boleh disambung. Ubat demam akan diberikan sekiranya pesakit mengalami demam.
Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu serius, pengambilan “oral rehydration salt” (ORS) dengan kerapnya, bergantung kepada kekerapan pembuangan najis pesakit tersebut. Pengambilan antibiotik tidak diperlukan kerana ianya tidak memberi akan memberikan kesan kepada kuman Rotavirus. Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah daripada jangkitan Rotavirus adalah melalui pengambilan suntikan vaksin untuk kanak-kanak.

Langkah berjaga-jaga yang umum
Sentiasa menjaga kebersihan., itulah satu nasihat yang perlu ditekankan di mana jua anda berada. Cuci tangan dengan bersih selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Ibu-ibu yang sedang dan masih menyusu bayi atau anak mereka digalakkan untuk terus menyusu. Secara amnya didapati susu ibu dapat mengurangkan masalah cirit birit di kalangan bayi atau kanak-kanak.

Kini terdapat 2 vaksin Rotavirus yang boleh diberikan kepada bayi anda. Vaksin ini akan diberikan dalam 2 atau 3 dos bermula dari umur bayi anda di antara 6 hingga 12 minggu dan perlu di habiskan sebelum umur bayi mencecah 8 bulan. Walaupun kos vaksin ini agak tinggi, ibubapa digalakkan untuk memberi vaksin ini kepada anak-anak mereka kerana jika dibandingkan dengan kos rawatan bagi masalah cirit-birit terutamanya yang melibatkan kemasukan ke wad, kosnya sudah pasti lebih tinggi daripada kos vaksin tersebut. Justeru itu kepada ibubapa, buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anak anda

Credit to DEMC & for more info please click on the link.

Wednesday, March 2, 2011

Umar turn 2

Alhamdulillah Umar Saidi dengan sekelip mata dah menjejak ke umur 2 tahun. Begitu pantas masa berlalu.
Ayu adikku pun cakap. macam baru je teman kakak pi beranak hrtu. Ayu masih tak dpt lupakan dialog aku hrtu. "Kakak rasa mcm nak beranak ja hr ni" tp muka still nampak relax...wakaka.. Mesti Ayu imagine bila sakit nk beranak mcm dalam tv tu selalunya...

Tak pernah lg clebrate birthday Umar. Thn lepas pun 1 Mac berlalu begitu saja. Budak 1 tahun manatau apa lagi. Kang mak bapak yg mkn lebih. Tahun ni jugak mcm yg diceritakan di entry lepas Umar dah start dok di Taska so I decide to celebrate at Taska together dengan kenduri kesyukuran sempena Umar dah makin sihat. Oppss..lupa laa nk buat entry Umar masuk hospital... Nanti2 la lepas ni sbb ada info yg boleh share sama2 sekali.

Even Ibu & Abah tak join, yang penting Umar happy bersama kakak & kawan2...dok tertanya2 jgk la, mcmana la Umar behave kat taska ni. Sama ka mcm kat rumah yg membuas...

Semua gambar2 ni ihsan dr cikgu taska. Memang dah bg kamera pagi2 tuh soh wakilkan ambik gambaq.. Thanks nora for the idea.

Umar with the cake....excited ke hapa tu,
budak sebelah baju merah yg lebih2 nampaknya...heheheh
Thank to aunty sha for the discount card


Antara ahli jemaah yg ada & menu yg disediakan..
Cuba cari mana Umar? mana Uzma?

 tima kasih cikgu2 tolong masakkan. Ibu belikan bahan2 je...muerekekekeke...Nampak mcm kurang meriah skit sbb takdak belon. Actually dah beli belon kaler2 & benda tiup2 tuh (ntah penama lupa lak)..bila tanya pg td dgn cikgu tak nampak pn dlm gambar benda2 tu...cikgu blh terlupa plak nk keluarkan menda2 tuh ..
takpelah cikgu2..bg diorang main lenkali je lah...janji diorang semua happy. Tp kalau ada benda2 tu sure lh happy kan...

Umar memotong kek dgn cikgu Ija...
ni la antara cikgu yng menjaga geng2 seumur umar

 Umar & kawan2...

 Bersama ahli jemaah lagi....
Kakak pun ada yg berbaju hijau tuh.

Kakak Uzma pun dah request nnt birthday dia pun nak buat cenggini gak. Insyaallah lps ni dah sampai kita buat ekk. Buat kat tadika plak. Siap dah nak pilih kek apa yg dia nk tuh...heheheh..

Moga Umar akan menjadi anak yang soleh dan berguna suatu hari nanti. Jangan lupakan ibu & ayah & kakak & adik2 (kalau ada lg). Ibu akan berusaha membantu seboleh2 nya untuk menjadikan Umar Saidi menjadi akhlak sebaik Umar Al-Khattab..Insyaallah..

Thanks to all aunties for the lovely wishes

Lastly...lagu birthday from all taska's friends & teacers
Related Posts with Thumbnails