Tuesday, May 6, 2008

Peng'war'-'war'an

- Ha...call aku pesepa td? aku dok masak tadi...
- Wife aku sakit...
- Keguguran...
- Dalam 2 bulan lebih la...
- Sakit la, siap kena jolok dengan batang apa ntah wife aku cerita...
- Boleh dah la jalan-jalan sikit, tapi pelan-pelan la...

Tu antara dialog yg terdengar abg cerita kat kawan-kawan dia. Ada la dalam 4-5 orang. Hmmm.. kawan-kawan sendiri pun belum tau lagi, kawan-kawan abg plak kebanyakkan semua dah tau. Ada yang siap mai melawat lagi. Malu la jugak. Kawan-kawan sekolah dia pun abeh tau dah semua.

Terharunya rasa, betapa abg sayang & mengambil berat. Syok sangat masa tu, tak payah masak, nak ambil barang apa pun semua dia tolong...sayang nya abang kat isteri dia nih....

Dalam masa kami dok tak bercakap tu rupa-rupanya dia concern & perasan perubahan yang berlaku.. Abg, love you so much, really appreciate what you've done.

Saturday, May 3, 2008

Complete Abortion -2 May 2008-

Klinik Mediviron dituju lagi, nak habaq la baby dah keluaq & dgn harapan dpt MC & ubat saja.

Smalam call mama tanya nak kena pantang dak? Rupanya mama pun penah abortion sampai 2 kali, siap kena cuci lagi. Mama la suruh jumpa Dr. kot nanti dia bg ubat. Adik kat blakang dok hingaq sebab dengaq mama kata ‘mengandung’. Tu la dengaq cerita tak habih lagi.

K. Chaq kata dulu dia ada gak keluaq darah, tapi pagi keluaq petang tu terus jumpa Dr. Then Dr. bg ubat bagi rahim kuat & tak boleh angkat berat-berat. Even raga baju dia tak angkat. Hmmm… lain kes skit la, silap aaa dah ¾ hari lepas keluar darah baru jumpa Dr. Lepas ni kena ambik precaution awai la mcm k. chaq.

Saya dulu darah keluar sehari saja, tapi awak dah 2 hari still banyak lagi? Takpe nanti saya bagi surat awak pergi hospital. Terpulang nak pergi kerajaan atau swasta. Hari ni saya bagi MC. Pergi hari ni jugak ye.
Alamak, serius & tak normal ka rupanya. Nasib baik mai jumpa Dr. Pi la pulak hospital. So, pi hospital Klang lah. Manatau jd apa-apa yang lebih serius dah tak risau. Lagipun murah le sikit. Bukannya kedekut sebab ni kan first time, better pi hospital yang well-equipped.

Rupa-rupanya kes mcm ni dikira kecemasan. Tak sangkanya, dah la mai sorang-sorang. Kalau abg tau pun kena mai sorang gak. Buat pregnancy test garis kedua tu samar-samar. Aik, kan dah keluaq yang ala-ala perut ikan tu. Kena pi jumpa pakar plak. So, 1st time masuk wad bersalin hospital klang. Ya Allah ramainya umat. Ramai sungguh ibu-ibu yang tunggu nak bersalin. Tunggu dok atas kerusi ja. Yg active labour baru dok atas katil. Sampai siap kena tanya “ada katil kosong dak”. Takpa la kena lambat sikit pun, settlekan ibu-ibu ni dulu, boleh dibayangkan kalau berada di tempat mereka, sure lagi risau kan, Tapi takmau la lambat sangat.

Lama jugak menunggu, biasak la government. Rupanya bukan aku sorang ja kes mcm tu, ada lagi sorang 1st pregnancy dah gugur, kesian dia. Tapi nampak muda lagi, baru kawin bulan 12 lepas. Kakak sorang lagi bleeding ala-ala kes macam kak chaq. Dia pun susah nak dapat anak. Umur 38 baru anak sorang, dah 2 kali gugur. Kakak ni penah buat D&C. Sakit sangat masa buat tu mcm sakit nak bersalin. Vacuum akan dimasukkan dalam rahim lebih kurang 15 minit digerodok-gerodok. Ngerinya!!!!!. Lebih baik sakit bersalin sebab ada baby dibandingkan kena D&C. Hmmm…hai..takutnya…Ya Allah mintak-mintak la tak kena cuci.
Insyaallah, harap-harap kita semua tak kena lah cuci mcm tu kan…

Echewah, saja la bagi kata semangat kat depa, diri sendiri sama la. Terus tiba-tiba teringat, jangan-jangan ini adalah balasan sbb cakap kat abg haritu. Hmmm..tapi takdak niat pun. Ya Allah ya tuhanku, harap-harap tak kena la cuci, kalau cuci nanti kena stay hospital & menyusahkan abg pulak nak mai sini, Tak mau bagi abg & kakak susah.

Budak muda tu kena panggil dulu, lama jugak, bila dia keluaq ja, dia kata takdak apa dah, selamat dari cuci (Mcm filem CUCI plak hehehe) tapi kena scan kat dlm. Nampak muka dia macam baru lepas kesakitan. Alamak!!!! Risaunya!
Kena panggil last skali, saja minum air banyak-banyak so nanti dia scan perut bleh nampak (pengalaman masa kat klinik haritu). Tapi Dr. Fadilah terus nak scan kat dalam. Alamak!!!! Dari tadi dah Nampak batang besar yg mmg akan dijangka bakal nak masuk ke dalam rahimku ini.
Masuk ja kepala batang tu Arghhh!!!! Sakitnya.
Jangan kemut, dok relax ja..

Tapi nak buat cemana, tu tindakan reflex tak boleh nak control. Pastu ditekan-tekan pulak perut sampai terjerit sakit. Dr. tu relax ja, takdak la nak pujuk-pujuk.
Pi kencing dulu, tak nampak la.

Taktik nak bagi senang nampak masa scan tak jadi, tak pasai-pasai kena scan dalam dua kali. Adeh la… Takpa la, harap-harap tak kena cuci.
Bleh rasa Dr. Fadilah roll benda tu dalam rahim. Kadang-kadang nampak muka dia kerut-kerut & tengok dekat sgn screen. Risau nih.
Takde ape dah ni…

Alhamdulillah…lega bila dengaq macam tu.

Mesin ultrasound yng digunakan. Batang panjang yg kat tengah
tu la telah digerodokkan ke dalam rahim. Eiii!!! teringat & terasa lagi nih..

Zoom up. Gabaran yang lebih clear probe untuk acara gerodokkan itu.


Gambaran jelas dibahagian dalam. Gambar sebelah kanan tu la acara gerodok- gerodok tu erkk!!!. Gambar kiri tu biasa je, mcm dok scan baby selalu tu lah.

PS 1:

Sebelom diri sendiri discan, sorang lady ni dah pregnant 26 minggu, datang check-up sebab baby tak bergerak. Semasa Dr. Fadilah scan perut dia, ada cakap "baby dah takde la". Tak dapat bayangkan kalau berada ditempat dia. Sure sedih sangat-sangat. Takpalah baby takdak sekarang daripada dah besar macam tu dah tak ada kan. Simpati sungguh pada that lady.

PS 2:

Abg pernah cakap lepas ni nak bersalin kat government ja sebab dia boleh dapatkan bilik 1st class. Tapi time bersalin semua sama ja. Takmau lah bersalin kat sini. Kesian tengok ibu-ibu yang lain. Kena bayaq sendiri pun sanggup. At least kat Putrajaya ka kan. Insyaallah.

PS 3: (brapa banyak PS daa...)

Balik dari hospital bertembung dengan abg kat tangga. Guess what??? Abg dah start cakap...heheheh.

Abg: balik awal ke?

Pi hospital

Abg: MC?

Ya

Adakah Benar????

Mata dah bengkak, tak larat nak menangis, bila teringat ja kat baby, menangis.
Ya Allah, aku redha dgn ketetapanmu. Maybe bukan rezeki kami kali ni.
Manatau kalau betoi baby ada pun tp dia tak sihat, lebih baik dia pergi awai-awai macam ni.
Lagipun, boleh la nak pi Brisbane November ni, kalau jadi la kononnya.


Dari tghari semalam lepas jumpa Dr. tgk ada darah merah with lender-lendir sikit.. aik lain macam ja ni, dah start risau. Maghrib tu tiba-tiba rasa senggugut, then ½ jam tu lagi sakit, tak penah rasa senggugut mcm nih, ditambah plak dgn rasa splushhhhh!!! Ada benda keluaq. Rasa mcm keluar darah ketul-ketul bila period, tp kali ni benda yg keluaq tu besar skit. Waaaaa!!!! Ni confirm la keguguran. Sedihnya!!! Dok nangis tak henti, bila teringat baby. Mmg takdak rezeki ibu nak jumpa baby. Perut sakit dengan mata bengkak menangis.

Abg lalu nampak dok menangis sambil pegang perut, mesti dia curios sangat nak tau pesepa, tapi dia tahan jugak wooo, takmau tanya & cakap. Ego gila.

Malam tu, nk pi tgk la mcmana keadan baby .Kalau period biasa kat pad selalunya ada darah ketul-ketu;. Tapi kali ni ada mcm daging/isi kaler putih gitu.
Hmmm..selamat tinggal baby. Takdak rezeki ibu nak jumpa baby. Ibu sayang baby.

Threatened Abortion -30 April 2008-

Masuk hari ni, dah 4 hari kami tak bercakap. Takpa la kalau dia nak buat mcmtu, jom kita buat sama. Tugas-tugas harian dirumah tetap dijalankan. Masak, basuh baju semua chores macam biasa jugak, Cuma mulut diam membisu. Kakak la jadi pengantara.

Pagi ni pi klinik lah, darah koi banyak plak keluaq. Dah confuse, bleh solat ka dak nih? Semalam la paling dasyat, keluaq hitam-hitam mcm mula-mula period. Risau pun ada gak nih, dulu baca dlm forum sorang pempuan tu keluaq mcm tu jugak, then abortion. Insyaallah tak jadi macam tu… Ya ALLAh ya tuhanku, selamatkanlah anakku ini kalau betoi la pregnant…

Dr. scan terus perut, tak nampak sebab pundi kencing kosong. Ultrasound ni base on air, so, kalau air kurang, tak nampak la.
Keluar darah masa pregnant ni boleh jadi disebabkan dia tak kuat, so selalunya lepas ni akan keguguran lah, kebanyakan macam tu la. Tapi ada jugak kes yang keluar darah sampai bersalin.
Ayat last tu may be ditambah sebab dr. nampak sangnt kecuakanku bila ada perkataan ‘keguguran’.Dr. soh pi kencing nak buat pregnancy test. Alhamdulillah Nampak clear sangat line kedua tu.
Memang confirm pregnant. Maybe dia tak kuat sebab tu keluaq yang darah & hitam-hitam tu. Apa yg kita boleh buat, tunggu dulu bagi dia besaq sikit, baru Nampak bila scan. Insyaallah kalau ada rezeki dia dok diam-diam dalam tu. Lagi 2 mggu mai scan skali lg.
Tp kalau keluaq darah banyak mcm period tu memang gugur la.
Fisrt time ka gugur? Saya faham, memang kita rasa sayang sangat.
Dah nak menitik air mata ni, sedihnya jadi mcm ni. Ya Allah, selamatkanlah baby.

Dapat MC. Inform kat boss. Biasak la bila tak kerja dan-dan tu jugak ada kerja urgent suruh settle. Tak pasai-pasai kena kacau colleague tolong sama. Kat surat MC tulis
‘Threatened abortion’. Kena pi cari info nih.
Related Posts with Thumbnails